Terkini | New

Bufet Ramadan Felda D'Saji 2019 bertemakan Sajian Warisan

Bufet Ramadan Felda D'Saji 2019 bertemakan Sajian Warisan.

[ Promosi Ramadhan] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, boleh la kita ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan.





"Sajian Warisan" Persembahan Menu Tradisi Bufet Ramadan 2019 Felda D'Saji Bufet Ramadan Felda D'Saji kini tampil dengan menyajikan tema Sajian Warisan sebagai tema Bufet Ramadan 2019.

Harga bagi buffet Ramadhan:
Harga Biasa dan Early Bird Offer
sehingga 30 April 2018.

Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur : RM 88.00 / Kanak-kanak RM 44
Orchard Villa Gombak : RM 55.00 / Kanak-kanak RM 28
Laman Gemilang Kelana Jaya : RM 55 / Kanak-kanak RM 28
Lake Cempaka Villa, Bangi : RM55.00 / kanak-kanak RM 28
Restoran Terapung D'Saji KL : RM 93 / Kanak-kanak RM 36




Antara menu menarik adalah ltik Salai Masak Lemak Cili Padi, Sup Daging Tulang Berempah. Gulai Kawah Daging Batang Pisang merupakan pilihan utama pelanggan Bufet Ramadan Felda D'Saji. Manakala Kambing Golek, Gulai Urat Keting. Asam Pedas Daging Tetel, Rendang Pucuk Ubi serta Cendawan Kukur Masak Lemak Keledek menambah lagi selera serta menambat hati pengunjung ke Felda D'Saji.











Menampilkan kelainan, Felda D' Saji akan mengadakan sesi Live Cooking' oleh chef-chef berpengalaman iaitu Chef Ismail Jaafar, Chef Mohd Nari Che Mohammad dan Chef Saifulirwan Zainuddin. Barisan Chef Felda D'Saji ini akan penyediaan hidangan Gulai Kawah Daging Batang Pisang. Kuey Tiaw Goreng, Teppanyaki dan Cucur Peneram.




Peka dengan permintaan pelanggan, Felda D'Saji juga menyediakan pilihan menu hidangan masakan Barat, Jepun dan Itali. Variasi menu yang pelbagai ada disediakan di sini khas untuk semua.

Dengan pengalaman lebih 20 tahun di dalam penyediaan juadah Ramadan, pendekatan baharu dan kepelbagaian menu pilihan, "Sajian Warisan" bakal menjadikan Felda D'Saji lebih relevan dan memenuhi citarasa pelanggan. Ini secara tidak langsung meletakkan Felda D'Saji sebagai lokasi utama Bufet Ramadan tahun ini.
















Lima buah cawangan Felda D'Saji yang menyediakan bufet Ramadan ialah Dewan Perdana Felda, Laman Gemilang Kelana Jaya, Orchard Villa Gombak, Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa dan Lake Cempaka Villa Bangi pada tahun ini.

Felda D'Saji turut meneruskan tradisi dengan menyediakan perkhidmatan D'Saji Delivery sepanjang bulan Ramadan. Dengan pakej serendah RM250 yang boleh dinikmati oleh 12 sehingga 15 orang, pelanggan tiada lagi alasan untuk tidak memperolehi hidangan makanan istimewa dan lazat dari Felda D'Saji. Kami bersedia membuat penghantaran di sekitar Lambah Kelang di dalam radius 10 kilometer.








Untuk pihak Korporat dan organisasi-organisasi yang berminat, Felda D'Saji juga menyediakan perkhidmatan tempahan bagi majlis berbuka puasa di lokasi istimewa terpilih. Anda boleh mengadakan majlis berbuka puasa korporat di lokasi seperti Dewan Banquet Menara Felda, Dewan Merak Kayangan dan Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa.

Pakej ini bermula dari RM68.0++ untuk te minimum 300 tetamu.
Untuk Maklumat Lanjut hubungi:
03-26988302 / 012-9304473 / 012-6397296

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM