Terkini | New

TOURISM MALAYSIA DAN FIREFLY BERGABUNG UNTUK KEMPEN VM2020.

Subang Skypark menyaksikan kerjasama Tourism Malaysia dan Firefly, dalam pelancaran logo (livery) VM2020 dan pakej pelancongan 'The Best of Langkawi Discovery'.



Pakej yang baru dilancarkan "The Best of Langkawi Discovery" dengan 6 tonggak iaitu 'See It , Hear It , Sense It , Feel It , Touch It , Taste It' menyasarkan supaya pelancong mendapat kepuasan berganda.





Kempen ini menyaksikan paparan logo VM2020 pada badan pesawat Firefly, serta maklumat produk pelancongan pelbagai negeri pada tempat simpanan serta tempat hidangan dalam pesawat. Selain itu, hiasan dalaman yang ceria dan berwarna-warni turut ditambah pelbagai imej makanan, budaya, pantai, eko-pelancongan, seni dan pemandangan indah Malaysia.




Kesemua paparan visual itu diharap dapat menyemarakkan kempen VM2020 untuk pasaran domestik dan ASEAN, serta menarik minat generasi muda untuk menghargai produk pelancongan domestik.



Selain paparan logo dan imej, Firefly turut menawarkan potongan diskaun 30% untuk para pelancong menikmati pelbagai pakej pelancongan yang menarik.

Pakej ke destinasi unggul Pulau Langkawi menjadi pembuka tirai tawaran Firefly dengan tempoh tempahan bermula pada 17 Februari hingga 13 Mac 2020, sementara tempoh perjalanan adalah sehingga 30 Jun 2020.



Terdapat 70 buah hotel terlibat di Langkawi, dengan baucar penginapan percuma, aktiviti island-hopping dan tiket ke Crocodile Adventureland juga ditawarkan.