Recent comments

Terbaru

Hannah Delisha Dilantik Sebagai Duta Jenama Baharu vida C

Hannah Delisha Dilantik Sebagai Duta Jenama Baharu vida C.

Tahniah DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan vida Vitamin C - minuman sparkling baharu yang mengandungi 1000mg vitamin C serta secara rasminya memperkenalkan Hannah Delisha sebagai duta jenama vida C. 


Pelantikan Hannah Delisha menandakan vida C sebagai minuman Vitamin C sparkling sedia untuk diminum pertama di Malaysia, yang menepati kehendak para pengguna dan usaha mereka untuk terus memperkenalkan inovasi minuman Jepun yang berevolusi ke pasaran Malaysia.


Sebagai pengeluar minuman terkemuka dan inovatif di pasaran, DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd mengambil langkah yang memberi kelebihan kepada mereka memandangkan terdapatnya minat yang mendalam oleh orang ramai terhadap kesihatan imun, dengan memperkenal minuman baharu - vida Vitamin C yang mengandungi 1000mg vitamin C yang bakal memenuhi peningkatan permintaan di kalangan pengguna berikutan pandemik ini.


vida Vitamin C serba baharu ini adalah peluasan kepada jenama minuman sparkling vida yang diformulasikan menggunakan R&D dan kepakaran negara Jepun yang maju. Dengan kandungan 1000mg Vitamin C dalam setiap tin, vida Vitamin C adalah minuman Vitamin C sparkling sedia untuk diminum pertama di Malaysia. Selain mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), minuman sparkling vida Vitamin C juga mendapat penganugerahan Healthier Choice Malaysia and Singapore kerana kandungan gula yang rendah dan untuk mengandungi dos Vitamin C harian yang disyorkan. 





Sistem imun tubuh sangat penting untuk kelangsungan hidup kita dan tanpa sistem imun yang kuat, tubuh kita akan terbuka untuk mendapat serangan bakteria, virus, parasit, dan banyak lagi. Cara yang berkesan untuk meningkatkan daya tahan tubuh adalah dengan pengambilan Vitamin C secara berkala kerana ia adalah komponen pemakanan penting yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan dan melindungi tubuh daripada jangkitan. 

Diktiraf di peringkat antarabangsa sebagai ‘Your Immunity Shield’, minuman sparkling vida Vitamin C diperkaya dengan 1000mg Vitamin C dan tawaran utamanya adalah untuk menjawab keperluan kepada minuman Vitamin C dalam format sedia untuk diminum yang penuh dengan nutrien dan manfaat kesihatan yang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan badan kita semasa pandemik ini.


Minuman sparkling vida Vitamin C ini sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya bagi golongan pengguna yang selalu sibuk dan menjalani gaya hidup yang aktif serta senantiasa mencari minuman kesihatan berasaskan Vitamin C yang tidak renyah. 

Diperkaya dengan 1000mg Vitamin C, minuman sparkling vida Vitamin C adalah pilihan yang tepat semasa pandemik ini kerana ia menguatkan sistem imun, mengurangkan risiko penyakit jantung dan mencegah kekurangan zat besi di dalam badan kita serta mencerah dan menyerikan kulit kerana manfaat antioksidan. Dengan minuman sparkling vida Vitamin C pengambilan Vitamin C harian yang disyorkan menjadi lebih mudah.

  

Minuman sparkling vida Vitamin C didatangkan dalam dua perisa menyegarkan iaitu vida Vitamin C Lemon Sparkling dan vida Vitamin C Orange Sparkling dengan khasiat dan vitamin dari 18 lemon dan 19 oren masing-masing. Setiap perisa memenuhi pengambilan Vitamin C yang disyorkan dalam saiz tin 325ml. Kedua-dua perisa ini boleh didapati oleh pengguna secara eksklusif di kedai serbaneka 7-11, petrolmart dan boleh dibeli melalui pembelian atas talian.



Pelantikan Hannah Delisha sebagai duta jenama minuman sparkling vida Vitamin C amat tepat kerana beliau melambangkan maksud sebenar vida C sebagai sebuah jenama - sparkling, cantik, berpewatakkan anggun dan sentiasa ceria. Hannah memulakan kariernya di Singapura sebagai ahli kumpulan Delisha, kemudian muncul di beberapa rancangan televisyen yang diterbitkan oleh MediaCorp Suria yang kemudian membawa kejayaan sulung dan komersialnya di Malaysia menerusi adaptasi drama novel Mencintaimu Mr. Photographer pada tahun 2017.

  

Dengan penglibatannya dalam lebih daripada 15 buah drama, telefilem serta filem yang menonjolkan kaliber lakonannya, kerja keras Hannah Delisha sebagai pelakon dan usahawan diiktiraf apabila dia dicalonkan dan memenangi anugerah Pasangan Serasi Filem pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019, Artis Paling Popular Singapura pada Anugerah Planet Muzik ke-16 serta merangkul anugerah Asean Top Social Media Influencer serta diiktiraf dengan anugerah Special Talent Entrepreneur oleh The 100 Top Young CEO Awards pada tahun 2019.

Hannah Delisha menjadi idola dan ikutan kepada 2.6 juta pengikutnya di laman Instagram dan telah membuktikan dirinya sebagai pelakon muda yang berpengaruh serta berjaya menempatkan namanya menjadi barisan utama di dalam industri filem dan drama tempatan.



En. Takeshi Suma, Ketua Pegawai Eksekutif, DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd


“Mengambil kira kriteria kerjaya yang progresif, gaya hidup dan penekanan kepada penjagaan kesihatan terutama semasa pandemik ini, kita tidak dapat mencari yang lebih baik daripada Hannah Delisha untuk untuk kami jadikan sebagai duta jenama minuman sparkling vida Vitamin C iaitu minuman Vitamin C sparkling sedia untuk diminum pertama di Malaysia. kerana Hannah mengamalkan gaya hidup moden yang sihat. Kedua, dia memiliki keperibadian seorang go-gether, di mana dia mengejar cintanya pada dunia lakonan tetapi pada masa yang sama, dia tidak alpa untuk mengamalkan kehidupan yang sihat. Terakhir, kami melihat Hannah sebagai pencetus trend yang aktif berkongsi perihal kerjaya lakonan dan nyanyiannya dengan peminat yang merupakan kumpulan sasar yang sama seperti vida C.


 

Falsafah utama kami di DyDo adalah menghasilkan dan menyediakan minuman sihat yang bermanfaat kepada pengguna. Minuman sparkling vida vitamin C ini, kami menawarkan minuman Vitamin C 1000mg keluaran tempatan yang pertama dalam format siap untuk diminum. Melihatkan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat setiap hari, ditambah pula dengan gaya hidup semasa yang penuh stres serta sibuk, wujudnya keperluan yang penting untuk meningkatkan imuniti dan kami mahukan minuman sparkling vida vitamin c menjadi jawapan kepada keperluan itu.


Dengan rasa segar dan manis buah lemon dan oren, minuman sparkling vida vitamin C adalah puncak pertahanan harian kita. Ia mudah dinikmati dan boleh dibawa kemana-mana kerana didatangkan dalam tin bersaiz 325ml. Sesuai dalam apa jua keadaan dan tidak renyah, dengan minuman sparkling vida vitamin c, untuk mendapatkan dos vitamin C harian yang disyorkan kini menjadi lebih mudah.
 
Kesempatan untuk bekerjasama dengan Hannah sebagai duta jenama kami adalah satu peluang keemasan. Kami berharap dapat meminjam pengaruh dan populariti Hannah untuk memberitahu kepada peminatnya dan rakyat Malaysia, untuk mencuba manfaat kesihatan minuman sparkling vida vitamin C kerana ianya dihasilkan menggunakan R&D dan kepakaran dari negara Jepun yang terkini untuk menguatkan sistem imun, mengurangkan risiko penyakit jantung dan mencegah kekurangan zat besi di dalam badan serta mencerah dan menyerikan kulit.


Untuk mempromsi manfaat kesihatan minuman sparkling vida vitamin C, kami bakal tampil dengan kempen yang akan bermula pada Januari 2021. Kami yakin bahawa kerjasama kami dengan Hannah hari ini membolehkan kami untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup penuh berseri dan meningkatkan perlindungan sistem imun dengan minuman sparkling vida vitamin C.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial mereka di
Laman sesawang DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd: www.dydo.com.my
Laman sesawang DyDo Jepun: https://www.dydo-ghd.co.jp
Laman Facebook Rasmi vida: https://www.facebook.com/vidamalaysia
Laman rasmi Instagram vida: @vidamalaysia

Tiada ulasan

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)