Terkini | New

Menara Kuala Lumpur menawarkan PROMOSI KITA PRIHATIN BERSAMA (PKPB) khas buat semua warganegara Malaysia untuk ke "Observation Deck" sehingga 31 Disember 2020

Kami ingin berkongsi dengan anda salah satu promosi sempena pembukaan semula Menara Kuala Lumpur kepada para pengunjung pada 30 November 2020. 

Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar kembali beroperasi untuk membantu merancakkan semula industri pelancongan domestik dengan satu promosi istimewa sepanjang bulan Disember ini. iaitu ‘Promosi Kita Prihatin Bersama (PKPB)’.


Promosi ini menawarkan tiket PERCUMA kepada 100 pengunjung pertama setiap hari untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) di Menara Kuala Lumpur. Manakala tiket PERCUMA kepada 25 pengunjung pertama setiap hari untuk ke Pelantar Pemandangan di Menara Alor Setar.



Bukan itu sahaja, para pengunjung juga boleh menikmati diskaun tiket sebanyak 50% iaitu RM36 dewasa dan RM18 kanak-kanak untuk ke Sky Deck di Menara Kuala Lumpur manakala RM24 dewasa dan RM14 kanak-kanak ke Star View Menara Alor Setar. 

Promosi ini adalah khas buat seluruh warganegara Malaysia sehingga 31 Disember 2020.



Selain itu, promosi-promosi istimewa khas buat para barisan hadapan seperti ‘Untukmu, Wiraku’ dan ‘Untukmu, Delivery Heroes’ juga turut dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.


Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk berkunjung ke Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar bersama-sama keluarga tercinta serta rakan-rakan dan para pengunjung tidak perlu risau kerana mereka amat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVlD-19. 

Sanitasi penuh juga telah dilakukan bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis, sementara pembersihan secara berkala turut dilakukan setiap 45 minit setiap hari.

✓ PROMOSI KITA PRIHATIN BERSAMA (PKPB)
✓ 100 TIKET PERCUMA SETIAP HARI
✓ DARI 11.11.2020 SEHINGGA 31.12.2020
✓ 50% DISKAUN
*Tertakluk Terma & Syarat Promosi



Anda juga boleh mendapatkan tiket Menara Kuala Lumpur dengan harga diskaun istimewa di FB live pada Sabtu, 19 Disember ini. Jualan Lelongan Penutup Tahun 2020, selama satu jam sahaja, mulai 9-10malam!

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga runtuh ini! Anda juga berpeluang untuk memenangi tiket PERCUMA dengan menyertai kuiz pada siaran live tersebut!
Jangan lupa share kepada keluarga dan rakan2 anda juga.


#PromosiKitaPrihatinBersama #MenaraKL #MenaraAlorSetar #PKPB #KLTowerMalaysia #100TiketPercumaSetiapHari

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi tersebut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur di talian: 03-2020 5499 atau layari laman web dan media sosial mereka.

Website: www.menarakl.com.my / 
Facebook: @officialmenarakl / 
lnstagram: @menarakl




Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas, merupakan Menara telekomunikasi teninggi di Asia Tenggara dan ke-tujuh (7) tertinggi di dunia. Berdiri megah pada paras 421 meter di tengah ibukota Kuala Lumpur, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menarik antaranya Sky Deck, Pelantar Pemandangan, restoran berputar, kafe, gerai cenderamata, perkhidmatan shuttle serta kemudahan bagi meletak kenderaan.

Menara Kuala Lumpur telah beroperasi dengan waktu baharu seperti berikut:

Isnin - Jumaat: 11.00 pagi - 7.00 malam
Sabtu & Ahad: 10.00 pagi - 10.00 malam
Cuti Umum: 10.00 pagi - 10.00 malam
Dibuka setiap hari (Termasuk Cuti Umum)
*sebarang perubahan, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.



lanya merupakan ahli “The World Federation of Great Towers’, iaitu sebuah persekutuan yang dianggotai 50 menara terkenal di dunia. Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd juga turut menguruskan Muzium Telekom, Menara Alor Setar, Kedah dan Muzium Telegraf, Taiping.

Menara Alor Setar dengan ketinggian 165.5 meter adalah pusat pelancongan utama dan mercutanda kebanggaan Bandar Alor Setar dan Negeri Kedah Darul Aman.



Muzium Telekom merupakan muzium interaktif pertama di Malaysia dan menawarkan Program Outreach dimana program ini mengutamakan pelajar dan remaja yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar. Di samping itu ianya juga menawarkan pengalaman kepada semua untuk merasai pengalaman perkhidmatan jalur lebar UniFi TM.

Sementara itu, Muzium Telegraf, Taiping dibina bertujuan untuk mempamerkan sejarah dan perkembangan telekomunikasi yang berlaku sejak dari awal kewujudan komunikasi sehingga kini. Dahulunya muzium ini dikenali sebagai Pejabat Pos dan Telegraf yang pertama di Malaysia. Muzium ini bukan sahaja merupakan Muzium Telegraf yang pertama di Malaysia malahan di Asia Tenggara.