Terkini | New

Filem pendek berjudul 'Istimewa' Dari Siti Khadijah

Seni lakonan merupakan bentuk ekspresi manusia dalam menyampaikansesebuah idea atau gagasan dalam bentuk tersirat serta menghiburkan. Plot yang kemas serta penghayatan pelakon dalam menghidupkan watak menjadikan sesebuah cerita itu berkesan dan dapat meninggalkan impak yang berpanjangan kepada penonton.

Menyedari impak penceritaan seni lakonan ini, pengeluar telekung berinovasi di Malaysia, Siti Khadijah (SK) mengambil peluang untuk menyampaikan mesej tentang makna cinta sebenar menerusi sebuah filem pendek bertajuk "Istimewa".

Filem pendek berdurasi 3.5 minit ini dibintangi oleh Amerul Affendi, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di AIFFA 2019, dan Nadia Aqilah, pelakon wanita prolifik dengan pengalaman luas merangkumi filem, telefilem, drama dan teater.

Filem pendek dengan "plot twist" yang pastinya menjentik emosi ini berkisar pengertian sebenar frasa "aku terima dia seadanya". Filem ini turut sama memberi gambaran betapa perbuatan itu jauh lebih bermakna daripada ucapan sayang dalam kerukunan rumah tangga. Ini selari dengan kempen SK untuk tahun 2021,

"KitaAda Hadiah Paling Bermakna". Sejak mula ditayangkan pada 25 Mac 2021, filem pendek ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, dengan 42 ribu views di laman Facebook rasmi Siti Khadijah dan 2.2 ribu views di channel Youtube Siti Khadijah TV.

Bermula awal tahun ini juga SK melancarkan kempen #KitaAda telekung SK. Kempen #KitaAda membawa tiga elemen dan mesej kepada semua Famili SK iaitu kualiti produk SK yang selesa dan berkualiti, produk SK ada buatan anak tempatan dan #KitaAda produk SK untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang.