Recent comments

Terbaru

BUFET RAMADAN PREVIEW 2021 ‘NOSTALGIA SANTAPAN KELUARGA’ DI MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur tahun ini kembali mengadakan Bufet Ramadan dengan konsep ‘Nostalgia Santapan Keluarga’ yang akan bermula pada 15 April hingga 10 Mei 2021, dari jam 6.00 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur.



Konsep ‘Nostalgia Santapan Keluarga’ dipilih pada tahun ini membawa makna yang cukup mendalam buat kita semua rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang ke kampung untuk bersama keluarga tercinta pada Ramadan tahun lepas dan juga tahun ini disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini.



Menara Kuala Lumpur menjemput anda semua untuk mengubati rasa kerinduan kepada kampung halaman dengan menikmati juadah berbuka puasa di ketinggian 288 meter dari aras bumi dengan berlatar belakang panorama indah Kuala Lumpur pada waktu malam.

Sajian istimewa pada tahun ini adalah sajian khas dari Timur Tengah iaitu daging kambing Australia yang dipanggang bersama perapan ‘Arabic Spice’ dan disediakan bersama Nasi Pilaf serta salad timun tomato.

Tidak lupa juga masakan tempatan turun menurun dan pencuci mulut yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung setiap tahun. Semua sajian istimewa ini disediakan khas oleh rakan kerjasama kami iaitu Restoran Berputar Atmosphere 360°.

Sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para tetamu juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu ‘The Sky Band’. Mereka akan membuat persembahan untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari.



Para tetamu Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur dapat menikmati juadah yang menarik dengan pelbagai jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya lazat dan menyelerakan.

Juadah RAMADAN pada tahun ini bertemakan 'Nostalgia Santapan Keluarga’ yang akan bermula pada 15 April hingga 10 Mei 2021, dari jam 6.00 petang hingga 9.30 malam
.
(𝐄𝐀𝐑𝐋𝐘 𝐁𝐈𝐑𝐃) 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟏𝟐 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐊𝐌𝐀𝐓𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐌𝟕𝟕 (𝐃𝐞𝐰𝐚𝐬𝐚) & 𝐑𝐌𝟒𝟒 (𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤)*

Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa dan rasai kelainan berbuka puasa di puncak Menara Kuala Lumpur pada tahun ini kerana kami amat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVID-19.

Sanitasi penuh juga telah dilakukan bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis, sementara pembersihan secara berkala turut dilakukan selama 45 minit setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499 
layari www.menarakl.com.my / facebook @officialmenarakl / Instagram @menarakl
Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini!

#MenaraKL #menarakualalumpur #KLTower #Ramadan2021

Tiada ulasan

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)