Terkini | New

KOLABORASI PERTAMA SK BERSAMA YAYASAN RESTU & NASYRUL QURAN TERBITKAN QURAN MUSHAF MUFIQ

Tahniah buat warga Siti Khadijah dengan Kolaborasi Telekung Siti Khadijah, bersama Yayasan Restu (YR) dan Nasyrul Quran (NQ), pusat pencetakan Al-Quran yang terbesar di Malaysia serta kedua terbesar di dunia.



Mengambil kesempatan datangnya bulan Ramadan tidak lama lagi, pengeluar telekung berinovasi terkemuka di Malaysia, Siti Khadijah (SK), telah berkolaborasi bersama Yayasan Restu (YR) dan Nasyrul Quran (NQ), pusat pencetakan Al-Quran yang terbesar di Malaysia serta kedua terbesar di dunia, buat julung kalinya.



Daripada projek kolaborasi ini lahirlah Quran Mushaf Mufiq, sebuah ensiklopedia lengkap berkaitan Al-Quran Al-Karim yang lengkap berserta terjemahan. Al-Mushaf al-Mufiq membawa maksud “naskhah yang bermanfaat”. 



Ini kerana terdapat pelbagai kelebihan pada mushaf ini yang dikira dapat memberi manfaat tambahan selain daripada sekadar boleh membaca ayat-ayat Al-Quran.

Contohnya, mushaf dicetak kemas dalam bentuk susun atur huruf yang jelas dan penggunaan huruf bertindih yang minimum dalam susunan.


Selain itu, mushaf ini juga dilengkapi dengan terjemahan tafsiriyyah mukhtasirah (tafsir ringkas) untuk setiap ayat pada sebelah tepi halaman bagi memudahkan pembaca membezakan di antara maksud perkataan secara literal dan tafsir ayat mengikut konteks secara menyeluruh. 

Siti Khadijah bersama Yayasan Restu dan Nasyrul Quran memperkenalkan dua mekanisme bagi memberi peluang untuk bersedekah melalui pembelian mushaf ini iaitu:-

1. Setiap hasil pembelian mushaf ini akan diinfakkan sebagai sumbangan kepada usaha dakwah Islamiyyah.

2. Setiap pembelian kombo (mushaf dan telekung), pembeli dapat menyumbang kepada aktiviti wakaf anjuran SK kepada golongan yang memerlukan.

Menariknya tentang kolaborasi ini, orang ramai berpeluang untuk menikmati harga istimewa dengan pembelian kombo (mushaf dan telekung). 



Kombo ini menampilkan telekung Signature Tiara (White). Dengan itu, mereka dapat beroleh manfaat menekuni Quran Mushaf Mufiq sambil merasai pengalaman mengenakan telekung SK sewaktu Ramadan tahun ini.


Signature Tiara merupakan koleksi terbaru bagi rekaan Signature. Direka kemas menggunakan renda kapas berkualiti premium dengan sulaman tebal bermotifkan corak bunga Tuberose. 

Koleksi ini juga mempunyai pelapik dagu inovasi, Khadijah Comfy Flex, memberikan lebih keselesaan, tidak mudah mengembang selepas dibasuh serta mudah regang mengikut semua bentuk muka.


Untuk tahun 2021, SK melancarkan kempen #KitaAda. Kempen ini menggariskan tiga mesej utama - #KitaAda telekung paling selesa, #KitaAda hadiah paling bermakna dan #KitaAda telekung buatan orang kita.

Keterangan lanjut sila layari :

https://www.facebook.com/TelekungSitiKhadijah/
https://www.instagram.com/telekung.sitikhadijah/
https://www.sitikhadijah.com/