Terkini | New

Majlis Pembukaan Kedai Emas Fareha Di Bandar Saujana Putra

Majlis Pembukaan Kedai Emas Fareha yang di nanti-nanti cukup meriah dengan Majlis Pembukaan kedai pertama Emas Fareha yang telah mendapat sambuatan luar jangkaan dan menerima sambutan
terbaik.  FAREHA Holdings yang sebelum ini fokus kepada jualan tudung kini membuka cawangan Kedai Emas Fareha yang pertama di Bandar Saujana Putra, Jenjarom.



Tahniah buat Pengarah Emas Fareha, Pn. Nurul Fareha Anuar dan juga Pengarah Urusan Emas Fareha, Mohd yusri Mohd yusoff atas kejayaan yang cukup besar dan membanggakan. Usia muda tidak menghalang untuk membuka kedai emas yang mendapat sambutan luar jangkaan. 


Sempena Majlis Pembukaan, Emas Fareha menawarkan harga yang cukup istimewa dan pelbagai hadiah menarik kepada pelanggan istimewa mereka.




Pengeluar tudung jenama popular, Fareha by Cikfa yang telah menghadiahkan 10 kereta Perodua Axia kepada 10 stokisnya sebagai penghargaan terhadap kejayaan mencatatkan jualan memberangsangkan pada tahun 2020 lalu memberanikan diri mahu mencuba dalam bidang baharu selepas melihat ada peluang dalam perniagaan emas yang mendapat permintaan tinggi sejak pandemik Covid-19.



"Pemilihan lokasi kedai emas tersebut apabila mendapati tiada kedai emas dibuka di kawasan ini dan lokasi yang strategik serta berdekatan dengan rumah. Ingin memberi fokus kepada kedai fizikal berbanding jualan secara dalam talian bagi mendapatkan kepercayaan pelanggan terlebih dahulu" menurut Pengarah Emas Fareha, Pn. Fareha Nurul Fareha.

 



Hebahan melalui platform media sosial dan melantik ejen ‘dropship’ yang berminat menjual Emas Fareha adalah strategi pemasaran yang sedang dilakukan. Emas Fareha akan turut di jual secara dalam talian dan akan memberi peluang seramai 250 orang ejen untuk bersama dengan Emas Fareha. 




Emas Fareha menyasarkan keuntungan RM 2.5 Juta sebulan dan berharap agar mendapat sambutan dan pulangan yang memberangsangkan.





Tawaran menarik pada hari pembukaan dengan harga emas 1 gram RM225 sahaja, dan pelanggan dapat menikmati harga upah yang murah dan berbaloi sempena hari yang istimewa ini. Selain itu pelanggan terawal akan menerima loket PURE GOLD 999.9 (916) untuk 30 pelanggan terawal.


Pn. Fareha Nurul Fareha berkongsi video bersama pelanggan dan kedai emas pertama bersama suami tersayang.



Selain itu, pelbagai hadiah percuma menanti pelanggan dan cabutan bertuah cincin Emas 916 untuk tiga pelanggan yang bertuah pada hari pelancaran tersebut. Bagi pelanggan yang berminat untuk memiliki koleksi Emas Fareha boleh melihat facebook live mereka di laman sosial Emas Fareha.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sosial mereka di:

Ingat Emas ingat Emas Fareha Cinta Hari Wanita.
BSP VILLAGE, NO 1, JALAN SP5/5 BANDAR SAUJANA PUTRA, JENJAROM, 42610 KUALA LANGAT SELANGOR.