Terkini | New

Starvendors 2021 Vaksin Raya Di World Trade Center (PWTC)

Starvendors Mega Raya Fest 2021 kembaili meneruskan tradisi acara tahunan dengan menghimpunkan 400 jenama fesyen, kecantikan dan kelengkapan rumah pada 7 hingga 9 Mei 2021 bertempatkan di Starvendors 2021 Vaksin Raya @ World Trade Center.


Ifa Raziah adalah selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star Vendors Event Sdn Bhd. Terkenal sebagai selebriti tanah air yang berpengelaman selama 20 tahun. Ifa Raziah komited demi mencapai lebih banyak kejayaan dan percaya dengan kebolehan dan kepakaran pasukannya bahawa mereka mampu menganjurkan festival yang sentiasa dikagumi di dalam mahupun luar negara.



Misi utama Starvendors berskala besar untuk membantu perniagaan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dan juga usahawan-usahawan di kalangan selebriti. Acara tahun lepas terpaksa dibatalkan kerana pandemik yang berlaku di seluruh dunia dan salah satu sebab mengapa Starvendors ingin meneruskan acara tahunan ini adalah untuk meningkatkan ekonomi negara dan membantu para usahawan bangkit dan mempromosi produk mereka.



Acara ini akan berlansung dari jam 10 pagi sehingga 2 pagi selama 16 jam tanpa henti bertempat di Hall 4 Dewan Tun Razak, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr.Ismail. Sebanyak 300 lebih booth di sediakan dan lebih 400 jenama tanah air majoritinya dimiliki usahawan bumiputera. Turut memeriahkan acara ini adalah 50 selebriti dan artis tanah air terkenal membawa jenama mereka sendiri.

Starvendors 2021 adalah kebangkitan untuk acara dijalankan di lokasi terhangat Kuala Lumpur World Trade Center dengan kerjasama jenama-jenama seperti Jubahsoug, Ekkidos, Nealofar Hijab, Alha Alfa Cosmetics, Secret Desire dan ramai lagi.


Antara selebriti yang turut menggegarkan Starvendors tahun ini ialah Dato AC Mizal, Datuk Ser Vida, Cik B, Rozita Che Wan, Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Erra Fazira, Liza Hanim, Zizi Kirana, Bob Yusof, Zoey Rahman, Shila Amin, Amelina, Putera Amaris, Kumpulan Rabbani, Nana Mahazan, Syamel dan Erni Zakri, Yonnyboii, Tuju & Noki K-clique, Zulin Aziz dan ramai lagi.

Starvendors 2021 menampilkan pengacara selebriti seperti Anfad, Watie Elite, Ani Maiyuni, Acong Sweetchild dan pengacara ‘on ground seperti Mamu Penang, Kelly Azman dan Sham pujangga.


Penyiar media rasmi Starvendors iaitu Astro bersama-sama radio ERA, SINAR dan MIX FM. Hotel rasmi Starvendors untuk tahun ini adalah Seri Pacific Hotel.

Starvendors juga akan mengadakan acara tahunan Year End Sale (YES FEST) pada akhir tahun ini diikuti beberapa acara di negeri-negeri lam pada tahun 2022. Selain itu, Starvendors akan mengadakan cabutan vaganza berwah terkumpul dengan hadiah yang bernilai RM100,000.00 termasuk sebuah kereta. 3 buah motor dan hadiah ekskiusif dalam peraduan Beli dan Havoc pada tahun ini. Pemenang akan dumumkan selepas cabutan terkumpul di Starvendors Mega Raya Fest dan Starvendors YES Fest tahun ini.

Bagi menganjurkan acara dengan norma baharu, pihak Starvendors akan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membendung penyebaran Covwd-19 Segaia langkah berjaga-jaga akan diambil seperti pemeriksaan suhu, aplikasi My sejahtera, santas: di setap ruang legar dan penjarakkan sosial. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak di galakkan untuk di bawa dan had umur sehingga 60 tahun sahaja dibenarkan masuk.

Festival No 1 Di Malaysia kini kembali untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri Di tahun 2021!

STARVENDORS
LEBIH MERIAH, LEBIH HAVOC, STARVENDORS PASTI LEBIH GAH!
SILA HUBUNGI KAMI SEKARANG!

ARIF tel +601120678910
ZUE tel +60123436988
REEN tel +60192020968
SHASHA +60108966759