Hidangan Makanan laut Halal Terbaik Di Selangor Dan Kuala Lumpur Bersama Ombak Kitchen.

Julai 27, 2022

Hidangan Makanan laut Terbaik Di Selangor Dan Kuala Lumpur Bersama Ombak Kitchen.
Restoran Makanan Laut Halal terbaik dan kini melebarkan sayap ke Putrajaya


Jom kali ini kami akan kongsikan satu lagi lokasi menarik untuk anda terjah menikmati makanan Hidangan Makanan laut Halal Terbaik ⁣⁣⁣yang menawarkan masakan makanan laut yang sedap dan menyelerakan. Apa yang paling penting Ombak Kitchen menyajikan makanan laut mampu milik yang segar dari laut. 


Ombak Kitchen adalah restoran dengan konsep rebus makanan laut terkenal yang berasal dari negeri Louisiana, Amerika Syarikat. Konsep ini digunakan untuk mengekalkan kesegaran dan juiciness.

Ombak Kitchen telah mendapat sambutan yang sangat baik dan kimi telah membuka 3 cawangan cawangan di Bukit Jelutong, Bangsar dan yang terbaru di IOI City Mall, Putrajaya. Ombak Kitchen Putrajaya terletak di luar di The Symphony Walk dan anda boleh memilih untuk menikmati makanan laut anda di tepi air pancut menari dengan pemandangan yang indah.


Ombak Kitchen mempunyai hidangan promosi makan tengahari iaitu Lunch Pot dari jam 12pm-3pm yang sesuai untuk 2 orang. Antara promosi menarik Lunch Pot adalah Lunch Pot Ketam, Lunch pot Slipper Lobster dan Lunch pot udang XL. Ombak Kitchen juga menawarkan promosi istimewa premium oyster 6 ketul oyster segar pada harga RM39.90 sahaja.



Senarai Harga Bagi Lunch Pot (2PAX)
Memang berbaloi untuk menikmati makanan bagi 2 pax dan anda boleh memilih sos signature mereka yang popular Signature Crazy Cajun Sauce, Buttermilk Indulgence dan Cheesy Zesty Lemon yang pasti dapat menawan hati semua. Rempah-rempah masakan memang terasa padu dan aslinya.

1. Crazy Cajun Sauce
Sos cajun asli yang diperbuat daripada campuran unik rempah Cajun, paprika, bawang putih, herba.  Campuran rempah rahsia ini kemudiannya dimasak dengan mentega untuk rasa yang menarik.

2. Buttermilk Indulgence
Adunan mentega kaya serai, daun kari, bawang putih cincang dan susu berkrim.

3.  Cheesy Zesty Lemon
Rempah  dengan campuran keju, rempah Cajun dan jus lemon segar

Terdapat 10 pilihan sos menarik yang lain dan kami kongsikan senarai harga makanan Lunch Pot untuk pilihan anda cuba.

Lunch Pot Crab | RM 99.90
Crab XL (1/2 nos), Fresh Prawn XL, Squid, Broccoli, Corn and Rice


Lunch Pot Slipper Lobster | RM 89.90
Slipper Lobster, Fresh Prawn XL, Clam Hamaguri, Broccoli, Corn and Rice


Lunch Pot Prawn XL | RM 79.90
Fresh Prawn XL, Squid, Blue Mussel, Clam Hamaguri, Broccoli, Corn and Rice


Bukan sahaja menu promosi sahaja anda juga boleh menikmati ala-carte yang lain termasuklah makanan laut seperti snow crap dan udang besar-besar. Tengok menu pun semua segar dan menarik!



Ombak Kitchen juga menawarkan promosi istimewa premium oyster. Untuk 6 ketul Oyster Segar Premium harga cuma RM39.90 harga yang sangat murah dan berbaloi. Tiada pembelian minimum diperlukan dan hanya untuk Dine-In sahaja. Promosi sah sehingga 7 Ogos 2022. Anda semua mesti cuba!



Anda juga boleh membuat tempahan istimewa pencuci mulut dari Ombak Kitchen iaitu Ombak Kitchen Signature Rainbow Dessert untuk raikan bersama keluarga dan kawan-kawan. Pastinya menarik, unik dan kreatif untuk dinikmati bersama. Nak deco untuk majlis dan sambutan hari lahir pun boleh.




Jom jangan lupa singgah jika berada di Kuala Lumpur dan kami kongsikan lokasi ini untuk anda mencari lokasi yang lebih tepat lagi. Jangan lupa singgah bersama kawan dan keluarga ke Ombak Kitchen.. Pakai tangan jer....

Senarai lokasi cawangan Ombak Kitchen

 Ombak Kitchen Bangsar 
12, Lorong Ara Kiri 2, Lucky Garden, 59100, Kuala Lumpur,
Tel : 60 10 240 5946

 Bukit Jelutong
5.G.01, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

 Putrajaya
GE-15, Ground Floor IOI City Mall, Lebuh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Laman web : https://ombakkitchen.my/
Facebook : https://www.facebook.com/ombakkitchen/
Operation Hours: Monday to Sunday 12pm to 11pm
⁣⁣⁣

You Might Also Like

0 comments