Terkini | New

Oja Rakam 28 Lagu Raya Baru Isi Masa terluang PKP

Oja Rakam 28 Lagu Raya Baru Isi Masa terluang PKP   


Penyanyi yang memulakan kariernya seawal umur 10 tahun dan terbit dengan album pertama sejak tahun 1992 ini mengakui kerja-kerja studio adalah terapi jiwanya dan memang tidak boleh dipisahkan sama sekali terutamanya instrumen gitarnya.



Sesudah tamat rancangan Gegar Vaganza, saya terus kembali ke studio merakam kembali pelbagai kerja-kerja tertunggak dan juga kerja-kerja baru. Sudah lebih 10 tahun rutin saya siang malam dalam studio “ Ujar Oja atau nama sebenarnya Daninaz Huza Daud.

Apabila menyedari PKP terus di sambung , tanpa berfikir panjang saya dan rakan-rakan terus mengumpul material lagu-lagu bersesuaian dengan tema raya , sedar- sedar 28 lagu baru terkumpul. Saya terus mulakan langkah menyusun, merakam , menyanyi hinggalah proses adunan , semuanya di lakukan secara kendiri di studio kami Tunable Record yang terletak di Danau Kota’ Ujar beliau lagi menceritakan kronologi penghasilan album ini yang turut mendapat sentuhan komposer lain seperti Norule, Amad, Am, Ismazarra dan lain-lain teman terdekat.

Kini terbitlah secara rasmi album " Oja Nostalgia Raya 2021 " dengan 28 track lagu baru serta album bonus Mesra Raya yang diterbitkan oleh Tunable Record pada tahun 2017 yang menampilkan 13 lagu , maknanya semuanya ada 41 lagu raya yang dijual dalam format peranti Thumbdrive istimewa yang dikeluarkan dalam kuantiti terhad 500 salinan dengan harga paling ekonomi iaitu hanya RM 50 ringgit sahaja"

Ketika ditanya mengapa lagu-lagu raya di fokuskan,  beliau menyatakan raya merupakan diantara anugerah terindah yang harus diraikan semua orang dan ianya pasti mengembirakan. " Dikala kanak-kanak,  saban tahun kita menanti raya dan pastinya pengisian aktiviti sepanjang raya amat-amat menyenangkan. Ianya nostalgia yang harus di kenang biarpun tahun ini kita beraya dengan serba sederhana akibat kekangan PKP. Album ini diterbitkan dalam pelbagai genre , banyak juga lagu-lagu rancak berentak asli dan moden.

Menurut penerbit album ini , Saudara Norule, album ini juga akan diunjurkan kepada pihak The Malaysia Book of Records dalam masa terdekat bagi pengiktirafan penghasilan “Lagu Raya Baru Terbanyak” yang dirakam dalam satu album yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau apa-apa kategori bersesuaian sebagai kenangan kerja keras kami selama 6 minggu menyiapkan album ini.



“Kami juga baru menyiapkan muzik video pertama untuk album ini bagi lagu “ Oja Nostalgia Raya "pada 27 haribulan April yang menampilkan suasana beraya di kampung. Tahun ni tak boleh balik kampung, jadi ini cara kami berimaginasi untuk terus mengembirakan para peminat dan diri kami sendiri.

Jadi apa lagi, bagi yang ingin mendapatkan Album Kad Thumbdrive Terhad bertandatangan “Oja Nostalgia Raya” yang menampilkan 28 lagu + ( tambahan Bonus 13 Lagu ) dengan harga ekonomi RM 50.

Bagi yang berminat anda boleh menghubungi laman Facebook tunablerecord atau hubungi 
0194144188 ( Norule Fikri ). Ianya himpunan lagu-lagu raya yang bakal menceriakan anda semua.