Terkini | New

ANITA Entertainment & Productions anjur Program Santai Selebriti Dan Media Bagi Meraikan anak-anak Yatim Rumah Amal Limpahan Kasih , Puchong.

ANITA Entertainment & Productions anjur Program Santai Selebriti Dan Media Bagi Meraikan anak-anak Yatim Rumah Amal Limpahan Kasih , Puchong.

Bersempena dengan kehadiran Bulan Ramadan ini, Anita Entertainment & Productions yang sebelum ini banyak menganjurkan acara Jelajah Rentas Bantuan Kemanusiaan bermotosikal bersama kumpulan Kelab Permotoran Anita Bikers Club Malaysia telah menganjurkan kembali Program Santai Jelajah sirinya yang ke 54 iaitu Santai Selebriti Salam NUR Ramadan 2021.


Program ini dianjurkan bersama CornerStone IPC ( International Convention Centre ,Jalan Ampang , KL yang telah menaja lokasi rasmi acara dan Busana Villa yang turut berkerjasama bagi penajaan khas dekorasi bertemakan ala pengantin.

Majlis berbuka puasa Ramadan yang bertemakan suasana seakan majlis perkahwinan oleh Villa Busana mendapat penyertaan daripada pihak media ,selebriti,ahli korporat disamping meraikan anak-anak yatim.


Antara artis yang hadir pada acara ini ialah Ritchie Rachman ,Yantzen ,Rohana Jalil ,Rozita Rohaizad , Royce Saayan dan pelakon Sari Zamshuri dan Khaty Azian sebagai pengacara majlis.




Turut memeriahkan Majlis Iftar Salam NUR Ramadan ini ialah undangan khas persembahan kumpulan Qasidah El-Qashh dari Kuala Lumpur dibawah pimpinan Cikgu Siti Hajar dan diketuai oleh penyanyi Royce Saayan dan persembahan silat oleh ATWRS RIDERS CLUB SENI GERAK ALIFF.



Barisan selebriti turut memeriahkan acara dengan menyanyikan bersama lagu hari raya bersama anak -anak Yatim seramai 15 orang ini yang berumur antara 5-6 tahun.

Antara penyumbang yang terlibat bagi sumbangan ramadan adalah dari CornerStone IPC ,Kuala Lumpur ,Villa Busana ,Barisan Selebriti ,Ahli korporat, syarikat Solvy, Dato' ' Zamshuri Ramli


Siri Jelajah Santai Kemanusiaan ini akan diteruskan lagi oleh Anita Entertainment & Productions & Villa Busana dan syarikat korporat yang lain bagi membantu sektor perniagaan ,industri Seni ,pelancongan domestik terus berkembang seiring dengan bantuan kemanusiaan oleh pihak penganjurnya Anita Entertainment & Productions.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai dewan Corner Stone boleh menghubungi Facebook: Corner Stone IPC atau boleh hubungi talian: 01123704245