Terbaharu | New

JEMU DENGAN PIZA BIASA DAN NIPIS? DAPATKAN PIZA HAND-CRAFTED BAHARUSECARA PERCUMA!

PIZZA HUT Tampil dengan Kempen Istimewa, 200 piza Hand Crafted PERCUMA dan 50% Potongan Harga Sepanjang Oktober 2021.



Bersempena kejayaan pelancaran Hand-Crafted San Francisco Style Pizza, Pizza Hut sekali lagi tampil memberi penghargaan dan kepelbagaian kepada rakyat Malaysia dengan satu lagi kempen istimewa. 

Untuk semua penggemar piza yang sudah jemu dengan menu pizza yang lain, mereka kini boleh menikmati menu Hand-Crafted dari Pizza Hut dengan hanya menukarnya menggunakan kupon atau baucar diskaun yang mereka perolehi dari mana-mana restoran atau jenama piza.



Dengan menggunakan kupon / baucar diskaun ini, rakyat Malaysia kini dapat menikmati piza
Hand-Crafted terbaharu secara percuma tanpa perlu membelinya. Untuk menyertai kempen ini, anda hanya perlu kongsikan gambar kupon / baucar diskaun dari mana-mana jenama piza di media sosial dan tag dua orang rakan anda dengan tanda pagar #PizzaHutMalaysia dan #NewHandcraftedPizza. 


Dua ratus (200) penyertaan terawal setiap hari akan menerima pizza Hand-Crafted secara percuma. Kempen ini akan berlangsung dari Selasa, 12 Oktober hingga 31 Oktober 2021.

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk menukar kupon / baucar diskaun ini, mereka masih boleh mencuba pizza ini dengan diskaun sebanyak 50% sehingga 31 Oktober 2021.

Hand Crafted San Francisco Style Pizza baharu ini telah dijual di kesemua 418 cawangan
Pizza Hut di seluruh negara, melalui khidmat penghantaran atas talian dan juga khidmat bawa pulang dari www.pizzahut.com.my, Aplikasi Pizza Hut, GrabFood, Food Panda atau anda juga boleh datang ke mana-mana kedai Pizza Hut untuk khidmat dine-in atau bawa pulang. 

Kerak inovatif ini boleh didapati dengan semua topping kegemaran anda, sama ada hidangan kombo atau ala carte. Pesan promo ini di www.pizzahut.com.my/order/promos