Terkini | New

Terbang Bersama FireFly Airline Ke Langkawi

Kali ini kami akan melihat lokasi-lokasi menarik di Langkawi dan terbang bersama khidmat dari Firefly Airline yang cukup selesa. Sekarang ni nak check in dan boarding hanya menggunakan kad pengenalan. Lebih senang dan bertambah cepat.



Bagi yang belum mencuba jom kami bawakan pengalaman menaiki penerbangan Firefly Airline. Perjalanan menaiki penerbangan adalah lebih mudah, cepat dan selamat dari perjalanan jalan darat dan kapal laut yang akan mengambil masa yang lebih lama.

 

Penerbangan kami akan berlepas dari SkyPark Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Bagi memastikan keselesaan, penumpang harus hadir awal ke lapangan terbang dan cuma dibenarkan membawa bagasi tidak lebih dari 7 kg ke kabin ruang atas kapal. Pastikan anda check-in awal agar mendapat perjalanan yang selesa.


Penumpang diarahkan agar memakai pelindung atau penutup muka ketika berada di atas kapal terbang. Penumpang akan di pantau oleh pihak Firefly yang sentiasa ada bagi mengikut SOP yang sedia ada. Semperna norma baru ini hanya penumpang yang cukup 2 suntikan dos vaksin dan selesai tempoh matang 14 hari sahaja dibenarkan terbang.


Semua staf Firefly Airline peramah dan penuh dengan senyuman jadi jangan risau untuk bertanya soalan.


Penerbangan mengambil masa selama 1jam 20 minit dan jangan risau anda akan mendapat makanan ringan di dalam kapal terbang dan jika ingin membeli koleksi barangan Firefly pun boleh atau di atas talian https://store.fireflyz.com.my/



Penerbangan pergi dan balik bersama dengan Firefly Airline memang mudah dan perjalanan semuanya lancar. Tahniah kami ucapkan kepada staf dan crew kapal yang sentiasa menjaga penumpang dengan baik dan layanan yang mesra.


Firefly Airline Subang (Kuala Lumpur) sedia terbang ke Penang, Langkawi, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Alor Setar. Firefly juga terbang ke Singapura dari Subang (Kuala Lumpur), Ipoh dan Kuantan. Bolehlah lihat waktu perjalanan untuk anda semua bercuti nanti.



Jom set percutian anda semua bersama Firefly Airline dan terbang dengan selesa. Kami sertakan laman web untuk anda melihat promosi-promosi dan jadual penerbangan pilihan anda semua.
Jom terbang bersama Firefly Airline...


#FireflyAirline #Firefly #TerbangBersamaFirefly #FireflyBeyondConvenience