Al-Ikhsan Sports Lancar Barangan Rasmi Harimau Malaya Edisi Kedua

Disember 07, 2021

Sebagai tanda sokongan terhadap skuad Harimau Malaya yang telah memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura, semalam, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd telah mengambil peluang untuk melancarkan barangan Harimau Malaya edisi Piala AFF Suzuki di Football Republic, Sunway Pyramid.



Selain pelancaran barangan berkenaan, majlis menandatangani perjanjian penajaan turut diadakan selepas ia ditunda pada Ogos lalu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dijalankan seluruh negara.



Pelancaran itu dihadiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Timbalan Presiden FAM, Dato S. Sivasundaram, Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran FAM, Dato' Sri Shahril Mokhtar, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar serta Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Vach Pillutla.




Koleksi terbaharu Harimau Malaya x Al-Ikhsan edisi kedua itu akan mula dijual secara fizikal di semua cawangan Al-Ikhsan Sports dan Football Republic bermula 7 Disember ini pada harga RM59 untuk kanak-kanak dan RM79 untuk dewasa selain boleh didapati secara dalam talian menerusi https://www.al-ikhsan.com dan kedai rasmi Shopee Al-Ikhsan Sports.

You Might Also Like

0 comments