Terbaharu | New

Sunway Pyramid Melancarkan Sistem Tandas Internet Pertama Di Malaysia.

Sunway Pyramid Melancarkan Sistem Tandas Internet Pertama Di Malaysia.

• Implementasi sistem tandas pintar ini akan menaik taraf pengurusan menggunakan data yang dikumpul melalui pelbagai sensor dan monitor

• Pengguna boleh memberi maklum balas tentang kebersihan tandas dan pengalaman mereka, lantas memudahkan pengurusan tandas dalam masa nyata.

Sunway Pyramid memperkenalkan sistem Internet Tandas atau Internet of Toilet (IoT) yang akan menyaksikan pusat beli-belah ini beralih daripada sistem bilik air konvensional kepada sistem pengurusan yang lebih efisien untuk membekalkan pengalaman yang lebih terhubung lagi lancar buat pengguna dan juga penyelia.


Usaha ini merupakan sebahagian daripada langkah Sunway Pyramid untuk mentransformasikan pelbagai aspek pusat beli-belah ini secara digital, ia usaha menyambung digitalisasi mereka yang terdahulu, termasuk ketika pandemik dan perintah berkurung. 


Sebelum ini, Sunway merupakan yang pertama di Lembah Klang memperkenalkan Parkir Pintar Sunway (Sunway Smart Parking) bagi mendorong penggunaan sistem tanpa tiket dan tanpa tunai di kawasan parkir, serta Hab Jalinan Pengguna (Customer Engagement Hub) untuk menangani keperluan pengguna masa kini melalui pelbagai saluran walau di mana jua mereka berada.


Menerusi kerjasama dengan pakar prasarana yang berpangkalan di Singapura, Rigel Technology, sistem tandas pintar yang baharu ini akan membantu menambahkann prestasi dan efisiensi tandas komersial dengan memanfaatkan sistem IoT menerusi pengumpulan data.

Sistem yang diperkenalkan oleh Rigel ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, dan Singapura merupakan satu-satunya lokasi yang boleh didapatinya setakat ini.


Bagi kerja penyenggaraan tandas konvensional, penyelia perlu berhadapan dengan cabaran seperti prestasi kebersihan serta pelbagai kerosakan yang mungkin tidak dapat disampaikan dengan efektif kepada juruteknik, lantas menjurus kepada pengalaman yang kurang menyenangkan buat pengguna.

Masalah ini boleh diatasi dengan sistem IoT yang akan memberi manfaat dari segi pengalaman pengguna, kelestarian, selain menjimatkan kos. Dengan meletakkan kelestarian sebagai teras utama bagi perniagaan serta komunitinya, Sunway giat mencari kaedah inovatif yang baharu seperti ini untuk melahirkan pengalama bertaraf tingi buat para pelanggan – lantas mereka mengambil bahagian dalam pelaksanaan teknologi baharu tersebut yang akan mula digunakan di Sunway Pyramid pada bulan ini.

Jason Chin, Pengurus Besar Sunway Pyramid berkongsi, “Sunway sejak sekian lama menjulang konsep bandar pintar serta perbandaran lestari. Langkah kami ke sistemIoT memenuhi konsep ini yang mencakupi sebuah visi holistik, turut melangkaui kepentingan yang bukan sahaja berpaksikan kemesraan alam semata-mata. 

Lagi satu aspek terletak dalam penaiktarafan pengalaman buat para pelanggan, yangditerjemahkan kepada pembekalan kemudahan yang terbaik serta pengurusan fasiliti berprestasi tertinggi. Itulah harapan kami dengan IoT.”


Pengenalan IoT ini membolehkan tenaga pengurusan pusat beli-belah ini menyingkap fungsi dan prestasi tandas melalui sensor dan monitor khas yang dipasang pada barangan seperti tong sampah, dispenser sabun dan tisu, termasuk kelengkapan air yang utama seperti pili, ruang urinari, dan injap tekan, serta pemantauan persekitaran seperti kualiti udara, kelembapan suhu, kaunter individu dan panel maklum balas interaktif. 


Juga terdapat sensor ammonia yang akan mengesan kewujudan ammonia untuk mencegah bau busuk di bilik air.

Maklumat yang dikumpul ini akan dihantar ke pelayan awan yang boleh diakses melalui platform web dan aplikasi pintar mudah alih untuk memudahkan pengurusan. 

Sebagai contoh, tenaga pengurusan dapat memantau dengan lebih jelas prestasi bilik air, penggunaan air serta data penting lain yang membolehkan mereka mengesan sebarang kerosakan untuk ditangani dengan segeras ebelum situasi berkenaan menjadi lebih teruk, lantas mengurangkan tempoh gendala dan kos, selain menjimatkan air demi output yang lebih lestari.
 
 
Dengan mengambil pendekatan pintar ini, Sunway Pyramid juga bermatlamat untuk mengoptimumkan tenaga kerjanya untuk memaksimumkan produktiviti. 

Menerusi aplikasi mudah alih IoT misalnya, tukang cuci akan dimaklumkan tentang bilik tandasyang memerlukan perhatian segera dari segi kebersihan atau mengenai bahan-bahan tertentu yang perlu diisi semula, serta diberi tugas dengan serta-merta.
 
“Kami sedar bahawa inovasi perlu diteruskan untuk menunaikan keperluan para pelanggan kami. Dari Sunway Smart Parking hingga Customer Engagement Hub dan Sunway eMalls, anjakan digitalisasi, inovasi dan teknologi kami baru sahaja bermula,”  Jason.

Anda boleh merasai sendiri sistem Tandas Internet Pertama Di Malaysia yang terletak di Oasis Boulevard (bersebelahan Ole Ole Bali atau The Barn). 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan sosial mereka di https://www.facebook.com/sunwaypyramid/