Terkini | New

Caring Pharmacy Sambut Ulangtahun 10,000 Dan Sumbangkan Kotak 500,000 Unit Mask Pelitup Muka NEUTROVIS


Caring Pharmacy menyambut ulangtahun 10,000 harinya dengan menyumbangkan 10,000 kotak (500,000 unit) Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium NEUTROVIS kepada 10 buah organisasi, dihadiri oleh Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah, anakanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, ditemani oleh Penolong Pesuruhjaya (PA) Abdul Wahab bin Haji Rahim, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Pejabat Perdana Menteri.


Turut hadir dalam majlis gilang gemilang ini ialah wakil-wakil dari Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Persekutuan Rantaian Runcit dan Francais ASEAN (ARFF) dan Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd.


Sambutan 10,000 hari ini melambangkan 27 tahun penubuhan Caring Pharmacy sejak September 1994 di Taman Muda, Cheras. Caring Pharmacy ditubuhkan oleh 5 orang ahli farmasi bertujuan menyediakan kemudahan barang-barang penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik untuk para pengguna. Setelah 27 tahun beroperasi, Caring Pharmacy telah berkembang kepada 158 buah cawangan di seluruh negara, termasuk di kompleks membeli-belah terkemuka.




Kini, mereka memperluaskan perniagaan mereka melalui program-program kesetiaan, melancarkan aplikasi mudah alih Caring, pengambilalihan 36 buah cawangan Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy, serta menembusi pasaran Asia Tenggara.


Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah berkata, “Jenama tempatan seperti Caring Pharmacy menjadi kebanggaan kita melalui usaha mereka di dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangan ikhlas mereka, setiap usaha diambil kira, dan setiap tindakan ada impaknya. Bersama-sama kita mampu melakukannya.”.


Sedang negara berada di fasa pemulihan akibat pandemik dan bencana alam, jenama tempatan – Caring Pharmacy dan NUETROVIS bekerjasama dengan 10 buah organisasi untuk melindungi mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki pelitup separuh muka gred perubatan yang bersesuaian. 


Pelitup separuh muka yang disumbangkan ini akan digunakan oleh para anggota dan sukarelawan dalam operasi seharian mereka, dan juga akan diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik, terutama kepada mangsa banjir yang terkesan sejak dua bulan lepas. 


Dengan sumbangan ini, mereka berharap dapat memberi peluang kepada semua dalam melawan COVID-19 dan mengingatkan kita untuk menyambut Tahun Baru Cina secara berhemah, semasa berkunjungan sesama keluarga dan sahabat handai.

10 penerima sumbangan adalah seperti berikut:

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Kechara Soup Kitchen
Kelab Rotary Puchong
Yayasan OrphanCare
Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia
The Giving Bank
Yayasan Food Bank Malaysia
Uncle Kentang
World Vision Malaysia
Worldwide Wellness Club



Penolong Pesuruhjaya (PA) Abdul Wahab bin Haji Rahim berkata, “Saya menyokong usaha Caring Pharmacy yang masih menjaga kebajikan golongan kurang bernasib baik di sebalik sambutan ini, dan juga NEUTROVIS dengan kerja-kerja CSR luar biasa mereka pada tahun lepas. Jenama-jenama tempatan ini menjiwai slogan #KITASUPPORTKITA dengan mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan saudara kita yang berbilang kaum di Malaysia, pada masa-masa yang diperlukan.



Pengarah Urusan Maystar Beauty, Encik Zayn Puah berkata, “Saya berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Caring Pharmacy dalam kempen ini, kerana objektif kami adalah sama iaitu melindungi rakyat Malaysia dan menyumbang kembali kepada masyarakat. Setelah melibatkan diri di dalam kerja-kerja CSR, saya tahu usaha di dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan memberi makna. Ia membuatkan kita tidur lebih lena, dengan mengetahui kita telah berbakti kepada masyarakat Malaysia. 


Saya amat berbangga dengan pencapaian 10,000 hari Caring Pharmacy, dan saya lebih menyanjungi mereka kerana manyambutnya dengan menyumbang kembali kepada masyarakat dan memberi impak pada kehidupan ramai, termasuk saya. Ini amat penting terutamanya pada masa yang mencabar ini, dan kita perlu berganding bahu demi menolong saudara kita yang memerlukan.”


Menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, selebriti tempatan popular, Nadia Brian dan Tong Bing Yu turut menyertai sambutan ini dengan menggunakan pengaruh mereka untuk memberi kesedaran tentang kepentingan penggunaan pelitup separuh muka gred perubatan yang efektif untuk melawan COVID-19, dan mengingatkan semua orang supaya sentiasa mematuhi SOP untuk melindungi orang tersayang dalam menyambut kehadiran Tahun Harimau. 



Dalam majlis ini, Nadia Brian dan Tong Bing Yu dilihat mengagihkan Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium NEUTROVIS kepada orang awam di pintu masuk utama Pavilion Kuala Lumpur.


Pengarah Urusan Caring Pharmacy, Chong Yeow Siang berkata, “Ianya memberikan kebanggaan kepada saya untuk merayakan sambutan 10,000 hari ini dengan menyumbang kembali kepada masyarakat melalui 10 buah persatuan tersebut. Ianya merupakan pencapaian bersejarah dan amat bermakna buat kami, untuk membantu orang awam dalam urusan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Seperti nama kami, kami amat prihatin terhadap rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai rangkaian farmasi terbesar tempatan, 


kami akan terus berkhidmat menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan yang paling relevan semasa dan selepas pandemik ini.Bersempena dengan sambutan ulangtahun 10,000 hari, Caring Pharmacy akan memberi 1000 mata ganjaran tambahan kepada 10,000 orang ahli terawal yang berbelanja sebanyak RM100 ke atas di cawangan Caring Pharmacy. 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://caring2u.com/.

####


Mengenai Caring Pharmacy Retail Management Sdn Bhd

rangkaian runcit farmasi terbesar di Malaysia, Caring Pharmacy Retail Management Sdn Bhd, telah ditubuhkan pada 10 September 1994 oleh lima orang ahli farmasi, yang merupakan rakan kursus di Pusat Pengajian Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM). sehingga kini, Farmasi Penyayang telah berkembang ke lebih 158 cawangan di seluruh negara dan 36 kedai pemerolehannya, Georgetown Pharmacy & Wellings Pharmacy.