Terkini | New

Majlis Pelancaran Pembukaan Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh Dan Frozen Foods (Tunas Bumi Jaya Sdn Bhd) di Bandar Baru Selayang, Selangor.

Majlis Pelancaran Pembukaan Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods (Tunas Bumi Jaya Sdn Bhd) di Bandar Baru Selayang, Selangor. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Urusan Major Haji Aziz Bin Haji Mohd Yassin dan Mohd Ridzuan Abdullah Presiden IKHLAS Malaysia



Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods (Tunas Bumi Jaya Sdn Bhd) adalah syarikat penjualan barangan 'segar dan frozen' yang dimiliki oleh usahawan Melayu Bumiputera Major Haji Aziz Bin Haji Mohd Yassin dan Puan Nurul Najwa yang berpengalaman dalam bidang perniagaaan 




Tunas Fresh Dan Frozen Foods memasarkan hampir 80 peratus barang keluaran Bumiputera yang berkualiti dan mereka juga mengalukan penyertaan produk bumiputera lain untuk dijual serta memastikan produk yang halal dan bersih.


Pelbagai produk sejuk beku keluaran terbaik termasuk beberapa jenama dari PELADANG PPNJ, PELADANG NAFAS, CP BRAND, ALSHAH, AL-BAITY, TISHA'S, ESIR dan A&J GRILL WESTERN. Terdapat juga produk steamboat dan banyak lagi jenama berjenama yang menghasilkan barangan standard tinggi dan terbaik.



TBJSB juga mempunyai premis lengkap dengan peti sejuk beku untuk mempamerkan produk makanan sejuk beku kepada pelanggan dan bilik sejuk yang boleh memuatkan produk kami pada bila-bila masa. turut di jual seperti daging ayam, kerbau dan sebagainya yang sangat segar turut di jual.  

Cara penyembelihan yang halal dan pembungkusan yang hebat menjadikan produk daging disini adalah sifar bakteria dan tahan lama.




"Turut memberikan diskaun semasa pembukaan sebanyak 5 peratus diskaun dan 10 peratus untuk 2 barangan terpilih di hari pembukaan. Berharap dapat bekerjasama bagi memasarkan makanan halal dan menjadi syarikat bumiputra yang berjaya dalam perniagaan sejuk beku dan membuka cawangan di setiap negeri dalam masa 10 tahun" ujar  Major Haji Aziz Bin Haji Mohd Yassin


"hari ini kita lihat usahawan bumiputra lebih fokus kepada perniagaan tak kira peringkat kecil atau besar dan saya sebagai Presiden Ikhlas Malaysia akan sentiasa memberikan nasihat mana yang mampu untuk berjaya dan membantu mendapatkan dana dari kerajaan untuk perniagaan IKS. Terdapat juga peruntukan geran yang tidak di gunakan oleh bumiputra dan akan turut memberikan tunjuk ajar. Produk usahawan bumiputra di pinggirkan di pasaraya-pasaraya besar dan harus di tambah dan menaikkan lagi pasaran bumiputraya yang ada", kata Mohd Ridzuan Abdullah Presiden IKHLAS Malaysia


"sebagai kawan dan tuan kedai akan memberikan semangat dan membantu untuk menjadikan perniagaan sejuk beku ini bertambah maju. Kawasan disini mempunyai peluang yang cerah penuh dengan pejabat dan kawasan perumahan yang padat. Penuh dengan barangan yang berkualiti", ujar En Silva.


Untuk menghasilkan produk berkualiti, TBJSB bergantung pada pasukan yang berdedikasi untuk berinovasi setiap hari, dan pada masa yang sama memberi perhatian kepada keperluan tempatan.  Setiap ahli pasukan kami adalah penting untuk menjadikan TBJSB sebagai salah satu syarikat makanan terbesar di Malaysia.  

untuk maklumat lanjut sila layari laman web atau terus ke kedai Tunas Fresh Dan Frozen Foods (Tunas Bumi Jaya Sdn Bhd)

Alamat : No 24, Jalan 3/5 Bandar Baru Selayang
68100 Selangor Darul Ehsan
03-61274255 / 012 3550196