Terkini | New

Absolut Bazaar X Gaya Raya FESTIVAL RAYA TERBESAR 2022

Tahniah kepada Syarikat Absolut Event & Management Sdn Bhd dan My Events International Sdn Bhd dengan kerjasama Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) yang bakal menganjurkan sebuah festival raya terbesar pada April ini dengan berteraskan slogan "Restart, Reboot, Refresh".

Pengerusi Prisma Galeri Sdn Bhd, Tan Sri A. Rahman Mamat (tengah) bersama Pengarah Absolut Event and Management, Ben Ali (tiga kiri) serta yang lain bergambar kenangan selepas sidang media berkenaan 'Absolut Bazaar X Gaya Raya' yang akan menganjurkan festival raya terbesar di MITEC, Kuala Lumpur.

Festival yang bakal dilangsungkan tanpa henti selama 66 jam ini akan diadakan pada 22,23,24 & 25 haribulan April 2022 yang akan bermula pada hari Jumaat 22 haribulan pada jam 12.00 tengah hari, dan tamat pada hari Isnin 25 haribulan pada jam 6.00 pagi.



Bertempat di MITEC, Jalan Duta Kuala Lumpur, lokasi yang amat strategik di tengah ibu kota bagi penduduk di sekitar lembah klang untuk menghabiskan hari minggu mereka membeli barangan persiapan raya pada tahun ini.


Selari dengan slogan kami iaitu "Restart, Reboot & Refresh". Objektif penganjuran festival ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menghidupkan semula kemeriahan riang ria raya yang sudah 2 tahun disambut dengan suram.


Pada masa yang sama juga ianya diharap dapat menghidupkan semula sektor ekonomi para peniaga tempatan yang terjejas ekoran pandamik Covid-19 yang melanda.


Selaku penganjur, kami bakal menyediakan ruang acara yang kondusif serta persekitaran yang selesa. Kemudahan seperti surau yang mencukupi juga turut disediakan bagi para pengunjung yang hadir. Maka anda tidak perlu risau lagi. 


Antara tarikan yang paling menarik adalah harga lot jualan yang "mesra pandemik" bermula dengan harga serendah RM2,800 bagi satu lot tapak untuk 4 hari acara.


Kami juga bakal mewujudkan pelan pembayaran ansuran serta pinjaman yang akan kami tawarkan demi untuk meringankan beban para peniaga supaya ianya sedikit sebanyak dapat membantu mereka memulihkan semula perniagaan yang terkesan. Festival ini juga terbuka untuk disertai kepada semua jenis industri, seperti makanan, minuman, kuih muih, pakaian, produk kecantikan dan pelbagai lagi.

Tidak ketinggalan juga, kami bakal membawakan Absolut Food Festival berskala mini di bawah satu bumbung dengan memperkenalkan konsep atas bumbung (rooftop) yang pertama kali bakal diadakan seadanya. Membeli belah persiapan raya, tidak akan lengkap tanpa santapan makanan untuk berbuka dan juga sahur. Maka dengan adanya konsep santai di atas "rooftop" ini bakal menampilkan kelainan bagi festival raya kami ini.


Pengarah Absolut Event and Management, Ben Ali (kanan) bersama isterinya, Nadiyah Shahab 

Tidak cukup dengan itu, kami Juga bakal menjemput para pereka terkenal tanah air seperti Dato Jovian Mandagie, Fiziwoo, Rizman Ruzaini dan lain-lain untuk membawa koleksi "Ready-To-Wear" (RTW) mereka untuk sebuah persembahan fesyen (Fashion Show) yang bakal disajikan khas kepada para pengunjung festival raya kali ini.



Festival ini juga bakal memeriahkan lagi suasana, antara selebriti yang bakal membuka gerai jualan adalah Dato Siti Nurhaliza, Fatah Amin, Nelydia Senrose, Uqasha Senrose, Raysha Rizrose,Mira Filzah, Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Neelofa, Haris Ismail, Emma Maembong, Zizan Razak, Syatilla Melvin, Saharul Ridzuan, Shukri Yahaya, Rozita Che Wan, Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Intan Najuwa, Aedy Ashraf dan ramai lagi.

Semestinya ianya bakal menjadikan raya kali ini lebih bermakna. Mahu mencari barang keperluan untuk menyambut Aidilfitri?  Jom ke Absolut Bazaar X Gaya Raya FESTIVAL RAYA TERBESAR 2022

Kepada yang berminat untuk berniaga anda boleh hubungi +60 16 850 7864. dan ke laman sosial media Absolut Bazaar untuk maklumat lanjut.