Terkini | New

Galaxy Tab A8 Peranti Tablet Keluarga Yang Dibina Untuk Tahan Lebih Lama



Dari pembelajaran, mengeratkan silaturahim, gaming, penstriman dan banyak lagi, tablet mampu mengendalikan pelbagai fungsi. Oleh itu, sangat penting untuk mencari peranti yang dilengkapi dengan bateri yang tahan lama untuk memenuhi permintaan keluarga anda. Galaxy Tab A8 adalah salah satu peranti yang memberi anda dan keluarga anda pelbagai manfaat di rumah dan semasa dalam perjalanan.

Kanak-kanak memiliki banyak tenaga, dan begitu juga dengan Galaxy Tab A8 yang dilengkapi dengan bateri 7,040 mAh. Ini memberikan anda dan anak-anak anda lebih banyak masa dan kemampuan untuk melakukan apa yang anda perlu atau gemar.

Dengan pengecasan pantas 15W, anda boleh mengecas semula bateri dengan lebih cepat, memberikan masa yang sama rata untuk anak-anak anda menggunakan tablet.



Anda juga boleh mengalami pengalaman tontonan yang mengasyikkan dengan Galaxy Tab A8 kerana ia mempunyai skrin 10.5 inci yang diperluaskan, bezel nipis 10.2mm dan nisbah aspek 16:10. Ditambah pula, empat pembesar suara Dolby Atmos® yang memberikan audio yang padu dengan perincian, kedalaman dan realisme yang tiada tandingan.

Sama ada keluarga anda terdiri daripada pemain permainan mudah alih atau peminat filem, anda memerlukan peranti berkuasa dan berprestasi tinggi untuk mengecapi keharmonian keluarga. Galaxy Tab A8 memenuhi keperluan ini dengan pemproses yang lebih cepat daripada model terdahulu. 

CPU dan GPU peranti ini ditingkatkan sebanyak 10% untuk memberi prestasi yang lebih cepat, dan lancar tanpa sekatan yang mengecewakan. Dari segi storan, Galaxy Tab A8 dilengkapi dengan RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Kad microSD pula membolehkan anda untuk menambah ruang sehingga 1TB.

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak kadangkala boleh menjadi cuai. Oleh itu, Samsung sedang mengadakan promosi untuk memudahkan hidup anda. 

Sehingga 28 Februari 2022, pembeli Galaxy Tab A8 akan menerima satu Clear Edge Cover bernilai RM99 dan pelan perlindungan Samsung Care+ setahun bernilai RM110. Hadiah percuma ini akan membantu mengurangkan tekanan yang berlaku apabila peranti anda rosak secara tidak sengaja.


Galaxy Tab A8 (Wi-Fi 3 + 32GB) kini boleh didapati dengan harga runcit disyorkan RM999.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Galaxy Tab A8, layari: https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-a/galaxy-tab-a8-wifi-pink-gold-32gb-sm-x200nidaxme/

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi, layari: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-tab-a8-launch/