Terkini | New

Kisah Suka Duka Dan Persahabatan “Small Town Heroes” sempena Tahun Baru Cina

Kali ini ingin berkongsi dengan anda salah satu lagi filem menarik pasti kena tonton yang bakal di tayangkan pada Tahun Baru Cina kali ini. 

Filem “Small Town Heroes”  dipersembahkan oleh Sunstrong Entertainment, sebuah produksi LOMO Pictures, diedarkan oleh GSC Movies dan diarahkan oleh Ryon Lee.

Filem ini pasti akan menarik perhatian anda dengan kisah yang padat dengan kisah suka duka kehidupan dua sahabat baik Hero dan Feng.

 Cabaran yang di tempuhi mengisahkan kehidupan anak yatim yang sentiasa penuh dengan cabaran dan dugaan ketika berada di rumah anak yatim bernama ‘Xin Fu Yuan’ (House of Happiness).



Semasa pandemik covid-19 melanda, pulang ke kampung halamannya untuk menyertai majlis perkahwinan orang Melayu selepas dikuarantin. Dia mengambil kesempatan ini untuk berjalan-jalan ke tempat rahsianya, bernama 'Tao Hua Dao', ia membawa kembali banyak kenangan manis. 

Menerusi pandangan dua kanak-kanak (Hero & Feng) untuk mengeluarkan detik-detik sentimen tentang perjalanan hidup dan persahabatan kanak-kanak yang memberi inspirasi kepada penonton untuk berani dalam perjalanan mengejar impian.



Anda bakal terhibur dengan lakonan pelakon veteren komidi Jack Lim dan berasa kagum dengan kepetahan Layla Sania bertutur dalam bahasa Mandarin yang merupakan seorang cikgu gantian yang mengajar dan membantu kanan-kanak di ‘Xin Fu Yuan’ (House of Happiness) dan bakat pelakon kanak-kanak Phua Chandler dan Roger Shak di dalam filem SMALL TOWN HEROES yang cukup hebat memegang watak mereka.



Selain daripada itu, penggambaran filem yang telah dibuat di Pulau Pinang bakal menyajikan sinematografi yang sangat indah dan menakjubkan seperti di Bukit Katak, sebuah kuari terbengkalai di Kampung Guar Petai. 

Tempat ini sangat terkenal kerana tasiknya yang berwarna biru kehijauan. Filem ini juga merakamkan saat-saat akhir perkhidmatan feri ke Penang yang kini telah dihentikan buat selama-lamanya. Terdapat juga lokasi tarikan di Pulau Pinang seperti makanan jalanan dan beca.


Filem ini bakal memberi inspirasi kepada kita semua agar berani mengejar impian dan menjadikan diri sendiri sebagai wira dalam kehidupan.

Jangan lupa menonton ketika tahun Baru Cina nanti di semua pawagam terdekat.