Terkini | New

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Radiance Studios Sdn Bhd Dan Yayasan Artis Veteran Malaysia

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Radiance Studios Sdn Bhd Dan Yayasan Artis Veteran Malaysia


Tahniah kepada Radiance Studios Sdn Bhd yang telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Radiance Studios dan Yayasan Artis Veteran Malaysia.



Radiance Studios, sebuah syarikat pengeluaran di bawah Radiance Assets Berhad, sebuah syarikat pemegangan pelaburan Patuh Syariah bekerjasama untuk menjalin hubungan jangka panjang dengan Yayasan Artis Veteran Malaysia.



Yayasan Artis Veteran Malaysia adalah sebuah organisasi yang diwujudkan untuk membantu dan mempertahankan kesejahteraan Artis Veteran yang terlibat dalam pelbagai bidang seni industri hiburan seperti pelakon, penyanyi, pelawak, pemuzik dan penari.





Radiance Assets Berhad, menerusi anak syarikatnya Radiance Studios Sdn Bhd, merupakan syarikat korporat pertama yang mengangkat martabat artis veteran negara dengan mewujudkan kerjasama strategik dengan Yayasan Artis Veteran Malaysia.

Pengerusi Eksekutifnya, Dr Mohd Ezman Zamani, berkata menerusi kerjasama itu, penerbitan filem pendek yang menawarkan pelbagai pengisian memberi peluang kepada artis veteran terbabit dalam karya seni itu.