HOSPITAL BERSALIN DAN POLIKLINIK PUSRAWI MDC KINI BERWAJAH BARU

Mac 24, 2022

•Perkhidmatan yang ditawarkan adalah pada harga yang berpatutan selain memberikan
keselesaan kepada pelanggan
•MDC Asia Link Berhad turut mempunyai perancangan jangka masa panjang memiliki lebih
banyak hospital selain tersenarai di Bursa Malaysia



MDC ASIA LINK BERHAD, syarikat yang terbabit dalam perkhidmatan kesihatan melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pembukaan semula secara rasmi Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara, Selangor bermula 20 Mac 2022.

MDC ASIA LINK BERHAH ketika ini mempunyai lebih 14 rangkaian klinik pergigian My Dental Care di sekitar Lembah Klang, farmasi serta aplikasi mudah alih Hi-Doktor dengan inisiatif “Digital Health Citizen” (DHC).

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MDC ASIA LINK BERHAD, Dr Hj Aslan Bacho, berkata, dengan berkonsepkan ‘Beyond Healthcare’ iaitu melangkaui dunia kesihatan, MDC Asia Link Berhad mempunyai visi kearah menjadi “A Leading Halal Healthcare Solution Provider In Southeast Asia” iaitu sebagai peneraju Halal didalam perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan.

Beliau berkata, pembukaan semula Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara ini adalah permulaan kepada langkah kumpulan untuk terus memperkukuhkan kehadiran di dalam sektor kesihatan Halal di Malaysia dan seluruh rantau ini.

“Langkah kumpulan mengambil alih dan memberi wajah baru kepada Hospital Bersalin dan Poliklinik
Pusrawi , Kota Damansara ini adalah batu loncatan ke arah pembukaan lebih banyak hospital berkonsepkan hospital ibu dan anak di seluruh negara pada masa akan datang.

“Ketika ini kumpulan mempunyai beberapa hospital yang berpotensi untuk diambil alih atau mengambil sebahagian besar kepentingan di dalamnya,” katanya selepas majlis perasmian pembukaan Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara di sini hari ini.


Majlis dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina
Harun. Turut hadir Penasihat-penasihat MDC Asia Bhd yang juga usahawan wanita berjaya Malaysia, Datuk Faridah Hanim serta Pakar Shariah, Dr Zaharuddin Abd Rahman.


MDC Asia Link Berhad juga optimis, langkah pembukaan Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara serta perancangan masa hadapannya memiliki lebih banyak hospital akan membantu
perancangan jangka masa kumpulan untuk disenaraikan di dalam Bursa Malaysia, yang akan dapat direalisasikan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.


Dr Hj Aslan Bacho berkata, perancangan kumpulan memiliki hospital serta pelbagai perkhidmatan
kesihatan lain adalah bagi memberikan orang ramai pilihan perubatan yang terbaik pada harga mampu
milik. Beliau berkata, pandemik COVID-19 telah meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan penjagaan kesihatan serta memberikan lonjakan positif kepada sektor kesihatan.

Selain itu katanya, langkah agresif kumpulan ini juga turut menyumbang kepada sumbangan sektor
kesihatan dan perubatan kepada ekonomi negara serta memberi peluang pekerjaan yang baru kepada
tenaga kerja tempatan.


Tawaran perkhidmatan kesihatan komprehensif
Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara akan menjadi cawangan flagship kepada
operasi kumpulan yang lain dari segi pengurusan, operasi dan reka bentuk dalaman serta luaran. Penjagaan kesihatan yang holistic adalah fokus utama Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota
Damansara, disamping memberikan kesempurnaan kepada menyambut kelahiran little Caliphs ke dunia
ini.

Dr Hj Aslan Bacho, berkata fokus utama dalam operasi hospital adalah untuk memberikan pengalaman
yang bermakna kepada seluruh ahli keluarga yang akan turut bersama menyaksikan kelahiran little Caliphs ke dunia ini.
 
“Itu adalah tugas utama kami di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara,” katanya.

Dr Hj Aslan Bacho berkata, pelbagai lagi perkhidmatan akan ditawarkan di Hospital Bersalin dan
Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara dalam tempoh akan datang, menjadikannya sebagai hospital yang
komprehensif dalam bidangnya.

Beliau berkata, antara tarikan utama yang akan diperkenalkan adalah Pusat Berpantang Ibu Selepas
Bersalin yang dinamakan sebgai The Sanctuary – Pusrawi. Ia akan menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin dan bayi, menjadikan urusan lebih mudah dan selesa.

“Konsep ini akan memberikan kemudahan dan keselesaan mutlak kepada pelanggan Hospital Bersalin
dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara.

“Bermula dari perkhidmatan bersalin sehinggalah habis tempoh berpantang. Tiada lagi hospital yang
memberikan perkhidmatan seperti ini,” katanya.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara,
adalah:
• KLINIK OBSTETRIK & SAKIT PUAN
• KLINIK PEDIATRIK
• KLINIK FERTILITI & PERANCANG KELUARGA
• KLINIK KESIHATAN & PEREMAJAAN WANITA
• WAD BERSALIN 24 JAM
• BILIK PEMBEDAHAN 24 JAM
• PERKHIDMATAN EPIDURAL
• PERKHIDMATAN AMBULAN
• KHATAN BAYI LELAKI & PEREMPUAN
• PENDIDIKAN PENYUSUAN BAYI
• SONOGRAFI IMBASAN TERPERINCI & IMBASAN 3D/4D
Barisan Doktor Pakar dari bidang:
• OBSTETRIK & GINEKOLOGI
• SAKIT PUAN
• PEDIATRIK (KANAK-KANAK)
• ANESTHESIOLOGIST (BIUS)
• KESIHATAN AWAM & PEREMAJAAN WANITA

untuk maklumat lanjut sila lawati laman web dan laman sosial media di
www.mdcasiaberhad.com | www.mdcpusrawi.com | www.mydental.com.my

You Might Also Like

0 comments