Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Fold8 dan Flip8: Peranti Boleh Lipat, Diperkemaskan Untuk Setiap Gaya Hidup
Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Fold8 dan Flip8: Peranti Boleh Lipat, Diperkemaskan Untuk Setiap Gaya Hidup
Siri Galaxy Z baharu membuka babak baharu peranti boleh lipat dengan tiga pengalaman berbeza yang direka untuk produktiviti Ultra, penjelajahan mendalam dan ekspresi diri.

LONDON – 22 Julai 2026 – Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini memperkenalkan siri Galaxy Z baharu, barisan peranti paling lengkap setakat ini, yang direka untuk meluaskan penggunaan peranti boleh lipat kepada khalayak lebih luas. Barisan ini memeperkenalkan Galaxy Z Fold8, bentuk baharu dan menarik yang menyediakan pengalaman boleh lipat jenis baharu berteraskan cara pengguna meneroka, menemui dan mendalami kandungan kegemaran mereka.

Galaxy Z Fold8 Ultra, Fold8 dan Flip8 membuka babak baharu peranti boleh lipat dengan tiga pengalaman berbeza yang direka untuk produktiviti Ultra, penjelajahan mendalam dan ekspresi diri.

Barisan ini turut merangkumi Galaxy Z Fold8 Ultra, yang membawa piawaian Ultra terkemuka Galaxy ke dalam peranti boleh lipat dengan produktiviti maksimum dan penciptaan kandungan dalam ruang kerja yang lebih luas. Galaxy Z Flip8 yang paling anggun setakat ini dibina untuk ekspresi diri dan interaksi pantas di mana jua. Dibina berteraskan inovasi peranti boleh lipat dan pemahaman pengguna selama tujuh generasi, siri Galaxy Z baharu memberi pengguna lebih banyak pilihan berbanding sebelum ini, dengan tiga pengalaman berbeza yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan.

Galaxy AI telah dioptimumkan untuk setiap bentuk peranti ini. Di seluruh barisan peranti, setiap maklumat terasa lebih praktikal dan setiap tindakan terasa lebih terhubung. Tugasan berganda (multitasking) menjadi lebih mudah pada skrin besar Galaxy Z Fold8 dan Fold8 Ultra, manakala FlexWindow berasaskan AI pada Flip8 memastikan maklumat relevan dan pintasan sentiasa mudah dicapai. Dengan pengalaman AI rakan kongsi seperti Gemini Intelligence, Galaxy memberi pengguna lebih banyak cara untuk menyelesaikan sesuatu dalam langkah yang lebih sedikit dengan ketelusan, privasi dan kawalan pengguna yang telah terbina.


"Apabila AI menjadi lebih bersifat ejen (agentic), peranti mudah alih akan menjadi titik permulaan paling peribadi kepada pengalaman yang memahami dan menyesuaikan diri dengan setiap pengguna," kata TM Roh, Ketua Pegawai Eksekutif, Presiden dan Ketua Bahagian Device eXperience (DX) di Samsung Electronics. "Dengan menetapkan piawaian baharu untuk peranti boleh lipat, kami sekali lagi memajukan pengalaman mudah alih premium dan membuka era kecerdasan seterusnya kepada lebih ramai orang."

Galaxy Z Fold8 Baharu: Pengalaman Galaxy Fold Baharu Untuk Pengalaman Harian yang Mendalam
Galaxy Z Fold8 direka semula untuk pengguna yang mahukan peranti boleh lipat yang terasa semula jadi sewaktu rasa ingin tahu bertukar menjadi penjelajahan yang lebih mendalam. Fold8 memperkenalkan bentuk yang direka untuk beralih dengan mudah daripada interaksi pantas di skrin paparan luar kepada tontonan, pembacaan dan permainan video yang lebih mendalam pada skrin paparan utama. Dengan nisbah paparan yang intuitif dan prestasi tahan lama, Fold8 memudahkan pengguna untuk memanfaatkan sepenuhnya kandungan, cerita dan idea yang penting.
Nisbah paparan Galaxy Z Fold8 direka berteraskan cara semula jadi pengguna menikmati kandungan sepanjang hari. Dengan menyesuaikan skrin mengikut kandungan, Fold8 mencipta pengalaman yang lebih mendalam sama ada pengguna sedang melayari internet, menonton, membaca atau bermain peranti permainan. Dengan berat hanya 201 g, Fold8 merupakan Galaxy Z Fold paling ringan daripada Samsung setakat ini. Walaupun dengan reka bentuk yang ringan, ia menggabungkan Platform Mudah Alih Snapdragon® 8 Elite Gen 5 untuk Galaxy dengan bateri 4,800 mAh yang lebih besar, memberikan prestasi yang lancar dan responsif serta kuasa tahan lama supaya pengguna boleh kekal fokus lebih lama.
- Apabila dilipat, skrin paparan luar 10:16 terasa biasa dan selesa untuk saat-saat singkat yang paling kerap diulangi pengguna, seperti penghantaran mesej, kemas kini sosial, semakan maklumat dan video berdurasi pendek.
- Apabila dibuka, skrin paparan utama 4:3 mencipta ruang lebih besar yang membantu pengguna mendalami permainan video dan filem.
- Apabila diputar, nisbah paparan yang sama menjadi sangat sesuai untuk pembacaan, memberikan pengguna cara yang lebih selesa untuk membaca artikel, e-buku dan kandungan berformat panjang tanpa perlu membawa peranti lain.
Secara keseluruhan, nisbah paparan ini direka berteraskan cara semula jadi pengguna menikmati kandungan, membantu Fold8 terasa lebih ganjil dan mendalam sama ada pengguna membuat semakan pantas atau menggunakannya untuk tempoh yang lebih lama.

Paparan yang Direka Dari Dalam ke Luar
Di seluruh siri Galaxy Z baharu, kepakaran kejuruteraan paparan Samsung berfungsi sebagai asas kepada pengalaman boleh lipat yang lebih halus, menyokong reka bentuk yang lebih nipis, ketahanan lebih tinggi dan tontonan yang lebih lancar.
Teknologi Flex Titanium baharu daripada Samsung memperkenalkan struktur paparan berasaskan titanium yang direka untuk membantu menjadikan peranti boleh lipat lebih nipis sambil mengekalkan ketahanan. Menggabungkan filem aloi titanium dengan plat titanium yang dipertingkatkan, Flex Titanium membantu mengukuhkan sokongan paparan, menyerap tekanan dan impak, serta mengurangkan keterlihatan garisan lipatan berlalunya masa. Struktur ini juga memperkemas cara peranti dibuka, mengimbangi mekanik engsel, tegangan paparan dan daya magnetik untuk menjadikan proses membuka peranti terasa lebih lancar, ringan dan semula jadi.
Dengan kecerahan sehingga 3,000 nits, Vision Booster dan kemasan paparan pantulan rendah, skrin utama kekal cerah dan mudah dilihat walaupun di luar bangunan.
Pengalaman Kamera yang Jelas dan Pelbagai Fungsi
Galaxy Z Fold8 direka untuk membantu pengguna merakam dan berkongsi detik-detik yang menarik perhatian mereka. Sama ada pemandangan luas, foto berkumpulan atau detik spontan semasa bergerak, Fold8 menjadikan fotografi dan video harian lebih mudah dirakam, disunting dan dikongsi.
- Kamera Dual 50 MP memberikan perincian beresolusi tinggi yang konsisten merentasi perspektif sudut lebar dan sudut ultra-lebar, membantu mengekalkan kualiti imej merentasi pelbagai suasana dan keadaan penggambaran.
- Dual Recording membolehkan pengguna merakam kedua-dua belah detik sambil melihat pratonton diri mereka melalui skrin paparan luar, menjadikan rakaman reaksi dan pengalaman bersama lebih mudah dibingkaikan.
- My FanCam menjejak subjek yang dipilih secara automatik dan membingkaikan semula rakaman ke dalam nisbah aspek pilihan, menukarkan suasana dinamik menjadi video yang sedia untuk media sosial dengan kurang penyuntingan manual.
Galaxy Z Fold8 Ultra: Peranti Boleh Lipat Ultra yang Dibina Untuk Produktiviti Maksimum
Ultra mewakili piawaian tertinggi Galaxy untuk prestasi, keupayaan dan inovasi. Dengan Galaxy Z Fold8 Ultra, piawaian tersebut bertemu dengan reka bentuk boleh lipat Samsung yang paling canggih. Skrin paparan utama 8 inci yang luas membuka ruang kerja produktif untuk tugasan berganda, manakala sistem kamera canggih dan bateri tahan lama membantu pengguna berkarya sepanjang hari. Semua ini didatangkan dalam reka bentuk Z Fold paling nipis daripada Galaxy setakat ini — berukuran hanya 4.1 mm apabila dibuka dan berat 215 g, ia melonjakkan piawaian untuk produktiviti mudah alih.
Kreativiti Gred Profesional Dengan Sistem Kamera Tahap Ultra
Galaxy Z Fold8 Ultra dibina untuk memberikan pencipta kandungan lebih kebebasan daripada rakaman hingga penyuntingan, dengan sistem kamera tahap Ultra dan alat kreatif yang menjadikan penghasilan kandungan berkualiti tinggi lebih mudah daripada satu peranti.
- Sistem kamera utama 200 MP merakam foto yang kaya dan terperinci dengan kejelasan lebih tinggi, dan kini dipertingkatkan dengan keupayaan High Dynamic Range (HDR) dalam mod 200 MP untuk imej yang lebih nyata.
- Kamera ultra-lebar 50 MP baharu membawa perincian dan kejelasan yang lebih tinggi kepada pemandangan yang lebih luas dan foto makro, memberi pengguna lebih fleksibiliti apabila merakam pemandangan, hiasan dalaman, foto berkumpulan dan perincian dekat.
- Nightography yang dipertingkatkan membantu foto dan video kelihatan lebih cerah dan jelas dalam cahaya redup, supaya pengguna boleh merakam detik-detik penting walaupun dalam keadaan pencahayaan yang mencabar.
- Untuk pencipta kandungan lanjutan, rakaman video 8K melalui kodek APV baharu memberikan pengguna fleksibiliti dan kualiti yang lebih tinggi untuk alur kerja penyuntingan dan pengeluaran, manakala Cine LUT menambah kawalan warna dan ton sinematik terus daripada peranti mudah alih.
Kuasa, Bateri dan Penyejukan Dibina Untuk Produktiviti Sepanjang Hari
Galaxy Z Fold8 Ultra direka untuk kekal pantas, responsif dan boleh dipercayai melalui beban kerja yang paling menuntut, daripada tugasan berganda yang berat dan penciptaan kandungan hingga alur kerja beruasaskan AI.
- Dengan Platform Mudah Alih Snapdragon® 8 Elite Gen 5 untuk Galaxy sebagai terasnya, Fold8 Ultra memberikan prestasi yang diperlukan pengguna untuk bertukar antara aplikasi, bekerja pada skrin yang lebih besar dan memastikan tugasan berat berjalan lancar.
- Bateri 5,000 mAh yang lebih besar membantu pengguna kekal produktif lebih lama, menyokong kerja, penciptaan dan hiburan seharian dalam reka bentuk boleh lipat yang lebih nipis.
- Fold8 Ultra memperkenalkan seni bina pengecasan laluan berganda (dual-path) baharu dengan pengecasan pantas 45W, membantu mengagihkan kuasa dengan lebih cekap merentasi sistem bateri untuk pengecasan yang lebih pantas, stabil dan boleh dipercayai sepanjang hari.
- Fold8 Ultra menggunakan struktur penyejukan grafit yang diperluaskan yang direka untuk kekonduksian terma yang dipertingkatkan, membantu menyebarkan haba dengan lebih berkesan untuk memastikan peranti kekal responsif semasa tugasan berat.
Galaxy Z Flip8: Pengalaman Flip Berasaskan AI yang Paling Anggun dan Paling Berekspresi

Galaxy Z Flip8 dibina untuk pengguna yang mahukan telefon mereka terasa sedinamik diri mereka. Direka berteraskan interaksi pantas, ekspresi peribadi dan pengalaman berasaskan AI, Flip8 membawa kuasa Galaxy AI lebih dekat dengan detik-detik harian melalui FlexWindow yang direka semula dan bentuk Flip yang unik dan fleksibel. Beratnya hanya 180 g dan ketebalan hanya 6.1 mm, menjadikannya Flip terpanjang dan teringan daripada Samsung yang mendekatkan maklumat, tindakan dan kreativiti dengan kehidupan harian.
Pengalaman FlexWindow yang Lebih Bijak dan Lebih Intuitif
Galaxy Z Flip8 mereka semula FlexWindow sebagai antaramuka harian berasaskan AI, membawa maklumat, tindakan dan bantuan lebih dekat dengan detik-detik apabila pengguna paling meperlukannya.
- FlexWindow baharu membawa aplikasi, maklumat dan tindakan terus ke skrin paparan luar, membantu pengguna mengakses maklumat, ciri berasaskan AI dan tugasan terhubung dalam langkah yang lebih sedikit.
- Ciri Now Brief pada skrin utama FlexWindow memberikan maklumat tepat pada waktunya dan langkah seterusnya, membantu pengguna beralih daripada sekadar melihat maklumat ringkas kepada mengambil tindakan pada saat yang betul.
- Flip8 juga memudahkan akses kepada automatik melalui Gemini Intelligence daripada FlexWindow, membolehkan pengguna melengkapkan tindakan terhubung melalui aktivasi kekunci sisi atau permintaan suara semula jadi.
FlexCam Membuka Pengalaman Swafoto Flip yang Lebih Berekspresi
Galaxy Z Flip8 meningkatkan pengalaman kamera Flip ikonik Samsung, menukarkan detik harian menjadi kandungan yang lebih berekspresi melalui sudut penggambaran yang fleksibel, pratonton masa nyata dan pengalaman kreatif khusus Flip. Daripada penggambaran bebas tangan dan pratonton masa nyata hingga video swafoto skrin paparan luar dan swafoto cermin khusus Flip, Flip8 membantu pengguna mencipta, menyemak dan berkongsi detik-detik yang kemas tanpa memuat naik peralatan tambahan.
- Kamera 50 MP dengan ProVisual Engine memberikan pengalaman swafoto paling canggih Galaxy Z Flip, membantu pengguna merakam potret terperinci dan gambar harian dengan ton kulit semula jadi, bokeh dinamik dan perincian menonjol.
- Flex Mode memudahkan penggambaran bebas tangan dari pelbagai sudut, manakala Camcorder Grip dengan Zoom Rocker memberikan pegangan yang lebih selesa dan stabil apabila merakam aksi dinamik semasa bergerak.
- Super Steady — kini dengan pilihan Horizontal Lock — membantu memastikan rakaman kekal lancar dan terbingkai secara konsisten, sama ada merakam detik penuh aksi atau video swafoto semasa bergerak.
- FlipShot membolehkan pengguna memyesuaikan FlexWindow dan merakam swafoto cermin yang lebih berekspresi, manakala Mirror view memberikan pengguna paparan seperti cermin sebenar untuk semakan rupa pantas sebelum mengambil foto atau keluar.
Kelas Baharu Pengalaman Berasaskan Ejen (Agentic) yang Dioptimumkan Untuk Peranti Boleh Lipat
Sebagai peranti paling peribadi yang dibawa oleh orang ramai, telefon telah menjadi titik masuk utama tempat AI bertemu pengguna — dan siri Galaxy Z baharu menetapkan penanda aras untuk generasi pengalaman AI mudah alih yang seterusnya. Galaxy AI kini berfungsi merentasi lebih banyak aplikasi dan perkhidmatan, dengan pengalaman yang dioptimumkan untuk bentuk peranti boleh lipat. Dengan memahami perkara yang penting kepada setiap pengguna dan membantu menukarkan maklumat menjadi tindakan, Galaxy AI menjadi lebih peribadi, proaktif dan berguna sepanjang hari.
- Now Nudge membantu menukarkan maklumat menjadi tindakan. Apabila perancangan mula terbentuk dalam perbualan, AI boleh menampilkan langkah seterusnya yang relevan seperti menyemak jadual, mencari tempat atau menyimpan lokasi. Pada peranti boleh lipat, pengguna boleh meneruskan perbualan secara sebelah-menyebelah pada skrin yang lebih besar.
- Now Brief membantu pengguna kekal berilmu dan mendapat maklumat dengan cadangan peribadi yang disesuaikan mengikut rutin, minat dan keperluan harian mereka melalui senario yang diperluaskan, kad taklimat yang boleh disesuaikan dan syor peribadi. Ia kini turut menampilkan maklumat keselamatan dan privasi, membantu pengguna sentiasa peka terhadap potensi risiko dan tindakan perlindungan.
- Gemini Intelligence membantu pengguna beralih daripada permintaan kepada hasil dengan langkah yang lebih sedikit. Pengguna hanya perlu menjelaskan apa yang mereka perlukan atau menambah konteks skrin atau imej. Automasi aplikasi kini boleh berfungsi merentasi lebih 40 aplikasi dan perkhidmatan yang disokong, dengan keupayaan merangkumi carian tiket hingga mencari restoran berdekatan dan membuat tempahan. Dengan Gemini Notebook, pengguna boleh menghimpunkan nota, imej, rakaman, fail dan dokumen dalam satu ruang kerja kekal untuk mengumpul, mengurus dan membangunkan idea mereka. Sokongan tarik-dan-lepas (drag-and-drop) dalam pandangan Split view menjadikan alur kerja lebih intuitif, membolehkan pengguna menambah pelbagai fail dan imej dengan mudah serta menukarkan kandungan mereka kepada ringkasan audio, infografik, laporan, ringkasan mesyuarat, ringkasan visual, dokumen dan banyak lagi.
Pengalaman AI menjadi lebih terhubung dan mengikut konteks apabila siri Galaxy Z baharu disambungkan dengan Galaxy Watch Ultra2, siri Galaxy Watch9 dan juga cermin mata pintar yang bakal datang. Daripada maklumat kesihatan hingga rutin harian dan tindakan terhubung, Galaxy AI membantu pengguna beralih dengan lebih lancar antara peranti dengan sokongan peribadi yang tepat pada waktunya sepanjang hari.
Secara keseluruhan, pengalaman ini menunjukkan bagaimana Galaxy AI menjadi rakan yang lebih berkeupayaan dan proaktif, membantu pengguna mencapai lebih banyak perkara dengan kurang usaha. Di seluruh barisan peranti, bentuk boleh lipat menjadikan pengalaman ini lebih mudah dicapai sepanjang hari.

Keselamatan dan Privasi Terbina Dalam Pengalaman
Apabila AI menjadi lebih peribadi dan bersifat ejen, kepercayaan kekal menjadi asas penting kepada pengalaman pengguna. Pengguna perlu tahu bagaimana data mereka digunakan, memahami apa yang dilakukan oleh AI bagi pihak mereka dan kekal memegang kawalan ke atas pilihan yang membentuk pengalaman mereka. Dengan siri Galaxy Z baharu, Samsung membina kepercayaan itu ke dalam peranti dari awal lagi, memastikan data peribadi kekal selamat sambil memberikan ketelusan, pilihan dan kawalan kepada pengguna ke atas cara maklumat mereka digunakan.
- Samsung Knox melindungi setiap peranti Galaxy dari peringkat cip, dengan pendekatan pelbagai lapisan yang merangkumi pemprosesan peribadi pada peranti dan pemprosesan awan yang dikawal pengguna, serta perlindungan masa depan seperti perlindungan merentasi ekosistem melalui Samsung Knox Matrix.
- Untuk AI pada peranti, Personal Data Engine (PDE) membolehkan pengalaman AI yang peka konteks dan diperibadikan. Bagi melindungi PDE, Knox Enhanced Encrypted Protection (KEEP) mencipta persekitaran storan terenkripsi khas untuk aplikasi, manakala Knox Vault menambah lapisan fizikal tahan godaman untuk maklumat sensitif. Perlindungan peringkat sistem ini berfungsi bersama tetapan Advanced Intelligence dan Personal Data Intelligence untuk membantu pengguna mengawal bagaimana ciri AI mengurus dan menggunakan data peribadi.
- One UI 9 turut memperkenalkan papan pemuka AI Assistant Activity baharu, memberikan pengguna pandangan terpusat mengenai automasi AI yang berjalan bagi pihak mereka. Daripada perlu menyemak pelbagai aplikasi dan perkhidmatan untuk memahami apa yang berlaku, pengguna boleh menyemak tindakan AI di satu tempat dan pergi terus ke ejen berkaitan untuk konteks dan tetapan tambahan.
- Siri Galaxy Z baharu juga membawakan Amaran Privasi (Privacy Alerts) yang dipertingkatkan yang memberi makluman proaktif kepada pengguna mengenai potensi risiko privasi, termasuk percubaan yang tidak perlu untuk mengakses kebenaran latar belakang, membantu mereka bertindak sebelum risiko itu menjadi tidak kelihatan.
Kemas kini ini membina portfolio keselamatan dan privasi siri Galaxy yang sedia ada merangkumi Auto Blocker, Theft Protection, Private Sharing, Secure Wi-Fi dan banyak lagi. Keseluruhannya, kemajuan ini membantu pengguna mengambil peranan lebih aktif dalam mengurus data peribadi dan aktiviti AI, dengan ketelusan, pilihan yang lebih jelas dan perlindungan yang lebih kukuh sebagai teras pengalaman mereka — membantu memastikan pengalaman AI yang lebih peribadi kekal berteraskan kepercayaan.
Bermula Dengan Siri Galaxy Z Baharu
Galaxy Z Fold8 Ultra, Fold8 dan Flip8 boleh dipra-tempah di pasaran terpilih bermula hari ini. Semua model didatangkan dalam warna Graphite dan Cream, dengan warna Violet Shadow eksklusif untuk Galaxy Z Fold8 Ultra, Lavender untuk Galaxy Z Fold8 dan Pink untuk Galaxy Z Flip8. Warna eksklusif dalam talian merangkumi Green Shadow untuk Galaxy Z Fold8 Ultra, Pistachio untuk Galaxy Z Fold8 dan Mint untuk Galaxy Z Flip8.
Siri Galaxy Z baharu akan membawa manfaat AI canggih lebih dekat dengan kehidupan harian pengguna dengan menyediakan ujian percubaan 6 bulan percuma Google AI Pro, termasuk storan awan 5 TB bernilai setara RM97.99 sebulan. Dengan akses yang diperluaskan kepada model AI paling berkeupayaan Google, pengguna boleh meningkatkan produktiviti dan kreativiti mereka pada skrin boleh lipat bila-bila masa yang mereka mahukan.

Peralihan kepada Galaxy kini lebih mudah berbanding sebelum ini, berkat pengalaman migrasi yang lebih lancar merentasi julat peranti yang lebih luas. Dengan Smart Switch yang dikemas kini, pengguna iOS boleh mengimbas kod QR pada peranti sedia ada mereka dan memindahkan data secara tanpa wayar tanpa memuat turun aplikasi tambahan. Smart Switch juga boleh membawa masuk jenis data tambahan termasuk kata laluan dan passkey, sejarah panggilan, tetapan kebolehaksesan, data eSIM dan banyak lagi, membantu mengurangkan masa yang diperlukan untuk menetapkan peranti baharu. Dan dengan keserasian baharu Quick Share bersama AirDrop, perkongsian fail antara peranti iOS dan Galaxy kini berjalan lancar dari kedua-dua arah.
Untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna selepas menaik taraf, Samsung Care+ menawarkan perlindungan komprehensif dengan pembaikan pantas untuk kerosakan tidak sengaja, perlindungan jaminan yang diperluaskan dan sokongan pakar diiktiraf di dalam dan luar negara, memudahkan pengguna untuk kekal dilindungi di mana jua kehidupan membawa mereka. Pelanggan yang membeli peranti boleh lipat Galaxy baharu di Samsung.com dan mendaftar dalam pelan bulanan Samsung Care+ akan menerima perlindungan tiga bulan pertama secara percuma. Dengan One UI 9, hab tetapan Jaminan dan penjagaan (Warranty and care) baharu juga memudahkan pendaftaran, akses dan pengurusan Samsung Care+, bersama maklumat jaminan, diagnosis kendiri, permintaan pembaikan dan sokongan jarak jauh semuanya dari satu tempat yang mudah pada peranti.

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold8-ultra/buy
Samsung Galaxy Z Fold8: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold8/buy/ Samsung Galaxy Z Flip8: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip8/buy/