Terkini | New

AMAZFIT RAIKAN RAMADAN DENGAN MENZAHIRKAN MINAT DAN SEMANGAT MELALUI PERALATAN PINTAR


Amazfit, jenama perkakasan pintar boleh pakai dimiliki oleh Zepp Health Corporation (“Zepp Health”), akan memastikan anda di hadapan dengan menggunakan kuasa teknologi dan sains yang memberi kebebasan kepada lebih ramai orang dengan membolehkan mereka menzahirkan minat dan menunjukkan semangat aktif dengan siri perkakasan pintar yang direka untuk gaya hidup sihat dan cergas.

Dikuasakan oleh system pengoperasian Zepp, Amazfit menghubungkan peralatan pintar, data besar dan juga perkhidmatan pengurusan sukan dan kesihatan untuk memberikan pengalaman pengguna dan pengalaman memakai yang tersendiri. Peralatan pintarnya dibuat khas untuk kegunaan harian ataupun di luar sama ada untuk kesihatan atau bersukan, termasuklah alat pendengaran sukan di telinga stereo tanpa wayar, mesin sawat injak pintar, skala komposisi badan pintar dan peralatan sukan.

Jacob Jin, Pengarah Amazfit Asia Tenggara berkata, “Amazfit adalah satu daripada jenama yang disukai golongan muda di seluruh dunia yang menjalani gaya hidup aktif dan positif dengan mengikut fesyen dan teknologi terbaru. Kini kami mempunyai lebih 100 juta orang pengguna aktif bagi produk kami termasuklah jam, gegelang, alat pendengaran telinga, peralatan kecergasan dan aksesori lain.”

“Kami sangat teruja untuk melancarkan tawaran istimewa Ramadan pada bulan April ini untuk jam-jam pintar kami, di mana enjin AI di dalam peralatan pintar ini boleh memantau degupan jantung, mod senaman, tahap kepekatan oksigen, status tidur dan pernafasan ketika tidur yang memberikan gambaran lebih jelas tentang bagaimana keadaan badan ketika aktif atau ketika rehat.”


Amazfit memberikan tawaran khas Ramadan pada April untuk jam pintar yang boleh didapati pada tarikh berikut: 4 April, 5 April, 18 April dan 25 April 2022. 

Pembeli yang membeli T-Rex Pro pada tarikh-tarikh itu akan mendapat pelitup Amazfit percuma, kepada yang membeli siri jam pintar GTS 3 dan GTR 3 akan mendapat pengikat rambut, pelitup dan botol percuma. Hadiah-hadiah boleh didapati selagi stok masih ada.

T-Rex Pro direka untuk mereka yang menjalani gaya hidup luar yang aktif memandangkan ia menyokong empat Global Navigation Satellite Systems, 10 ATM kalis air, sistem pengukuran kepekatan oksigen dalam darah, penjejak cuaca, pemantau matahari naik dan turun, paparan fasa bulan semasa, kompas dan altimeter barometrik, bateri tahan lama sehingga 18 hari dengan penggunaan biasa, dan lebih 100 mod sukan berbeza.

Model jam pintar Amazfit yang lain termasuklah Bip U Pro yang direka khas untuk mereka yang mahukan gaya hidup lebih sihat dan aktif untuk kekal cergas ataupun menjaga badan. Bip U Pro didatangkan dengan 50 muka jam untuk disesuaikan dengan mood dan pakaian atau pengguna boleh juga memuatnaik foto mereka untuk muka jam yang lebih tersendiri. 

Mereka yang mahu kekal berfesyen dan pada masa sama menikmati sukan boleh menggunakan jam pintar mini GTS 2 dengan reka bentuk ultra nipis dan ringan. Ia juga didatangkan dengan 60 mod sukan untuk pengalaman sukan lengkap di dalam dan di luar.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran Ramadan, sila layari www.amazfit.com