Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9: Apa Kata Pakar Teknologi di Asia Tenggara & Oceania
Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9: Apa Kata Pakar Teknologi di Asia Tenggara & Oceania
Pengulas teknologi di Asia Tenggara dan Oceania telah kagum dengan ciri-ciri canggih Galaxy Watch Ultra2, dengan menyorot kesesuainnya untuk pengembaraan luar dan dalam air yang memerlukan ketahanan serta ketahanan jam yang lama.
Ulasan turut menekankan keselesaan Galaxy Watch9 baharu yang ditingkatkan hasil daripada reka bentuk yang lebih nipis, serta kapasiti bateri yang lebih besar untuk tenaga yang tahan lama.
Jam tangan terbaharu daripada Samsung ini bukan sekadar memantau kesihatan anda, malah membimbingnya ke arah matlamat kesejahteraan anda — selain menyediakan data untuk bertindak balas, barisan produk ini menawarkan panduan yang lebih proaktif supaya anda dapat mengambil langkah yang betul pada masa yang tepat. Pakar teknologi di seluruh Asia Tenggara dan Oceania telah menguji Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 sejak pelancarannya. Ikuti dapatan mereka mengenai prestasi barisan baharu ini.
Prestasi Puncak: Apa yang Menonjol Mengenai Galaxy Watch Ultra2?
Galaxy Watch Ultra2 ialah jam tangan pintar paling tahan lasak daripada Samsung, dibina untuk aktiviti luar berprestasi tinggi. Fino Yurio Kristo dari Detik (Indonesia) menulis: "Samsung telah melengkapi Galaxy Watch Ultra2 dengan reka bentuk titanium premium dan tahan lasak yang dibina untuk menahan pelbagai keadaan. Selain itu, peranti ini menawarkan hayat bateri yang lebih lama, GPS yang lebih tepat, serta prestasi yang ditingkatkan, menjadikannya sesuai untuk aktiviti berat dan pengembaraan jarak jauh."
Menyerlahkan keupayaan menyelam baharu peranti ini, Justin Choo dari Potions (Singapura) mengulas: "Galaxy Watch Ultra asal dibina untuk bertahan dalam keadaan kasar, tetapi Samsung tidak mengesyorkannya untuk menyelam. Galaxy Watch Ultra2 mengubah semua itu." Mengakui pandangan positif mengenai ciri dalam air baharu ini, Ken Chu dari Ke En (Malaysia) menambah: "Galaxy Watch Ultra 2 adalah rakan yang lebih praktikal bagi mereka yang gemar meneroka persekitaran dalam air."
Selain ciri-ciri canggih baharu, keselesaan siri Watch Ultra juga telah ditingkatkan. Fuzz.my (Malaysia) berkongsi di TikTok: “Kini ia lebih nipis & lebih selesa dipakai”. Selepas mencuba sendiri Galaxy Watch Ultra2, Valens Quinn dari GadgetGuy (Australia) menyorot “Cip yang lebih pantas, skrin yang lebih terang, dan bateri yang lebih besar, semuanya tanpa kenaikan harga”.
Kesejahteraan Harian: Bagaimana Prestasi Galaxy Watch9 Sebagai Rakan Kesihatan Harian?
Galaxy Watch9 dibina untuk pemakaian sepanjang hari dan direka untuk menjadi rakan kesihatan harian. Fino Yurio Kristo dari Detik (Indonesia) menekankan penambahbaikan utama: “Galaxy Watch9 membawa peningkatan ketara kepada pengalaman pemantauan kesihatan harian. Samsung telah memeperkenalkan reka bentuk yang lebih nipis yang selesa dipakai sepanjang hari, tanpa menjejaskan keupayaan pemantauan kesihatan.”
Kevin Low dari Geek Culture (Singapura) ambil perhatian bahawa jam tangan ini menawarkan penyelesaian pintar baharu untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan dengan lebih baik, sambil berkongsi bahawa: “Galaxy Watch9 menampilkan alatan panduan yang mengesan tanda amaran awal dalam lima kawasan utama.” Ngo Tran Thinh dari HTV (Vietnam) turut berkongsi pandangan bahawa “apa yang menonjol adalah bagaimana AI mentafsir isyarat kesihatan untuk memberikan panduan yang terasa semakin diperibadikan.”
Ciri-ciri seperti Vitals menganalisis kadar denyutan jantung, kebolehubahan kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, suhu kulit, dan ketepuan oksigen darah semasa pengguna tidur, untuk menetapkan garisan asas kesihatan peribadi dan menghantar amaran apabila penyimpangan ketara dikesan. Izami Gadget (Malaysia) berkata, “Ciri kesihatan pencegahan baharu menjadikan Galaxy Watch9 terasa lebih seperti rakan kesihatan harian.”
Kesimpulan: Satu Pergelangan Tangan, Dua Cara untuk Mendahului Kesihatan Anda
Droidsans (Thailand) merumuskan peranti boleh pakai terbaharu daripada Samsung dengan berkata, “Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch 9 adalah jam tangan pintar yang sesuai untuk pengembara dan peminat kesihatan. Dikuasai oleh cipset Snapdragon, ia menawarkan pemprosesan AI untuk panduan kesihatan dan kecergasan yang komprehensif.”
Ciri-ciri kesihatan baharu yang terdapat pada barisan Galaxy Watch direka untuk menyokong pengurusan kesihatan pencegahan. Galaxy Watch mengubah data biologi yang kompleks kepada wawasan peribadi yang mudah bagi membantu pengguna memahami tubuh mereka dengan lebih baik dan mengambil tindakan bermakna merangkumi tidur, aktiviti, kesihatan kardiovaskular, dan pemulihan. Dengan Galaxy Watch, pengguna boleh mengakses wawasan kesihatan yang komprehensif, sekali gus membolehkan mereka mengamalkan pendekatan yang lebih proaktif terhadap kesejahteraan.
Soalan Lazim
S. Apakah perbezaan antara Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2? Dibina untuk pengembaraan luar, Galaxy Watch Ultra2 direka untuk pengguna berprestasi tinggi yang mencari ketahanan jangka panjang, ketahanan yang boleh dipercayai, dan penjejakan yang tepat. Peranti ini boleh menahan hujan lebat, debu tebal, dan tekanan air terbuka, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang gemar berlaris rentas desa (trail running), atau mereka yang ingin meneroka kedalaman lautan. Sementara itu, Galaxy Watch9 direka untuk menjadi rakan kesihatan harian. Memperkenalkan ciri kesihatan berkuasa AI baharu seperti Vitals, Heart Health Score, Daily Cardio Load, dan Fitness Index, peranti ini menyokong pengguna yang mencari penyelesaian pengurusan kesejahteraan yang pintar dan lanca
.
S. Adakah Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 dilindungi jika rosak atau memerlukan pembaikan? Samsung Care+ menawarkan perlindungan – percuma untuk tiga bulan pertama – untuk Galaxy Watch anda dengan pembaikan pantas untuk kerosakan tidak sengaja, perlindungan waranti lanjutan, serta sokongan pakar bertauliah di dalam dan luar negara. Dengan One UI 9.0 pada telefon bimbit Galaxy anda, hab tetapan Waranti dan penjagaan baharu membolehkan anda mendaftar, mengakses, dan mengurus Samsung Care+ secara terus daripada peranti anda, berserta maklumat waranti, diagnosis kendiri, permintaan pembaikan, dan sokongan jarak jauh.
S. Langganan aplikasi manakah yang boleh saya cuba secara percuma dengan Galaxy Watch baharu saya? Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 dilengkapi dengan percubaan percuma Strava selama 60 hari — aktifkan sama ada daripada aplikasi Strava atau aplikasi Samsung Health.
Beli Siri Galaxy Watch Baharu di Malaysia Hari Ini!
Dari 14 Ogos hingga 4 Oktober 2026, beli Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 terbaharu untuk menikmati faedah dan promosi eksklusif.