Terkini | New

MAJLIS TAJAAN IFTAR ANAK YATIM DAN ASNAF BERSAMA SUPERCUBE

MAJLIS TAJAAN IFTAR ANAK YATIM DAN ASNAF BERSAMA SUPERCUBE
SUPERCUBE menceriakan bulan Ramadan ini dengan meraikan golongan anak yatim dan asnaf dan sumbangan duit raya.


Majlis Tajaan Iftar Anak Yatin dan Asnaf bersama Supercube  berlangsung dengan meriah bertempat di Grand Oasis Hall, Seri Kembangan, Selangor. Majlis turut di hadiri seramai 200 anak yatim dan asnaf daripada Rumah Anak Yatim Baitul Ulfah, Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa dan Rumah Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia diraikan oleh pihak Supercube yang cukup meriah.



"Supercube sebagai satu platform beri peluang untuk orang ramai menjadi usahawan bukan sahaja ingin mendidik cara perniagaan tapi ingin juga menunjuk jalan kepada usahawan cara yang boleh kita berkongsi kembali kepada masyarakat. Majlis ini bertujuan memberi peluang kepada usahawan Supercube untuk sama-sama berkongsi rezeki" Puan Hayfa Amira



"Program berbuka puasa bersama Asnaf dan Anak2 Yatim ini julung kali diadakan oleh kami bersama para ejen Supercube. Kami sangat beruntung mempunyai ajen-ajen yang sangat prihat akan nasib golongan asnaf dan anak-anak yatim. Kita pun dah 2 tahun hilang suasana macam ni Jadi kesempatan yang ada ini kami nak bahagiakan golong asnaf dan anak-anak yatim ini." ujar, Encik Aizuddin Alif Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Supercube





Supercube ingin berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan dan menganjurkan majlis ini untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan Supercube memberi semula kepada masyarakat dengan menaja majlis iftar dan sumbangan duit raya. 



Majlis turut meriah dengan pemberian duit raya buat anak-anak yatim dan asnaf serta persembahan nyanyian dan selawat oleh kumpulan nasyid popular tanah air UNIC. Kanak-kanak turut membuat persembahan bagi memeriahkan majlis.





Produk Supercube dilancarkan pada Disember 2020 manakala setahun sebelum ianya dijual secara kecil-kecilan. Supercube yang mempunyai lebih 26,000 ejen ini berkonsepkan perniagaan yang dijalankan tanpa modal. Melalui rangkaian tujuh jenis produk, 

Supercube sentiasa memperkenalkan produk baharu agar masyarakat berpeluang untuk menjana pendapatan. Hasil jualan Supercube adalah hampir RM 2,000,000 untuk sebulan. Target mereka pula adalah RM4,000,000 sebulan di mana mereka berjaya capai nilai ini pada tahun 2021.



Antara produk yang dikeluarkan oleh Supercube adalah Supercube Molasses Drink, Soothe Mist, Superbytes dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial mereka di :

Laman Web : https://supercube.my/
Facebook : https://www.facebook.com/supercube.hq
Instagram : https://www.instagram.com/supercube.hq/