Terkini | New

Percutian Lebih Lengkap Bersama Samsung Galaxy S22+

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar Samsung Galaxy S22+ yang menjadi pilihan peminat photography masa kini. Samsung memperkenalkan siri Galaxy S22 semasa acara Galaxy Unpacked 2022.


Jom kami kongsikan gambar-gambar menarik bersama Samsung Galaxy S22+ yang sememangnya lengkap untuk kegunaan semasa percutian bergambar bersama keluarga atau rakan-rakan anda bagi mendapatkan moment indah semasa bercuti nanti. Selain gambar kami sarankan anda membuat video.


Kami sempat menyertai Program Ekspresi Cuti- Cuti Malaysia: Getaway To Perak anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Teluk intan bagi mempromosikan produk-produk pelancongan negeri Perak. Masa inilah kami gunakan untuk mendapatkan gambar-gambar menarik percutian. Jom kita lihat bersama.


Kami mengunjungi destinasi Sky Mirror di Beting Beras Basah yang menjadi salah satu lokasi penting bagi penyempurnaan Istiadat Pertabalan Sultan Perak. Cuaca cantik menjadi gambar lebih menarik juga.


Kamera dalam Siri Galaxy S22 juga diprogramkan dengan Sistem Super Steady, yang bergantung pada sistem Penstabilan Imej Optik (OIS) lensa Samsung. Terbaharu bagi Siri Galaxy S ini menyaksikan OIS yang di pertingkatkan dan gerakan 4x lebih pantas untuk hasil video yang lancar.


Semua ini digabung bersama oleh AI AF, Auto-Fokus disokong oleh AI Scene untuk menjejaki subjek yang bergerak pantas walaupun dalam keadaan cahaya malap. Bergambar di waktu malam pun bertambah mudah dan cerah.




Klik untuk Melihat video suasana ketika waktu malam Samsung, Galaxy S22+ mampu mengambil video dan gambar ketika suasana waktu malam dan tempat yang kurang cahaya.



Di Teluk Intan, kami menyelusuri Jejak Warisan Teluk Intan dengan berbasikal mengelilingi pekan bagi menjejaki Stesen Keretapi Lama, Batu Bertenggek Teluk Intan, Mahkamah Lama Teluk Intan dan Menara Condong Teluk Intan.



Galaxy S22+ menjadikan anda lebih kreatif bagi menghasilkan gambar lebih mempersonakan. Mod Portrait Galaxy S22+ membolehkan anda mengambil gambar portrait dengan 1x dan 3x zoom yang sangat cantik. Jangan lupa menggunakan lensa 12MP ultra-lebar untuk pemandangan landskap yang menarik.



Kami berpeluang memancing udang dan menaiki river cruise bagi menyaksikan matahari terbenam selain memerhatikan kelip-kelip dan kepelbagaian spesies burung di Pulau Bangau. Dengan penggunaan zoom lebih jauh membolehkan kami mendapatkan gambar yang lebih cantik dan menarik.






Kamera utama 50MP yang berkemampuan zoom sehingga 30x zoom. Ciri penggambaran revolusioner ‘Nightography’ yang membolehkan kamera anda merakam gambar yang detail dan warna cerah, tanpa mengira keadaan pencahayaan sewaktu bergambar.











Anda akan lebih kreatif dalam bergambar dengan adanya pelbagai aplikasi tersedia dan pilihan untuk menghasilkan sesebuah content untuk laman sosial anda. Hinggakan anda mampu menghasilkan video bersaiz 8K.




Jadi nantikan gambar-gambar menarik dari Samsung Galaxy S22+ untuk slot teknikal akan datang. 


SPESIFIKASI PERANTI GALAXY S22+

Model: Samsung Galaxy S22+
Paparan: 6.6-inch, Dynamic AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 1750 nits (peak)
GPU: Adreno 730
Pemprosesan: Octa-core (1x3.00 GHz Cortex-X2 & 3x2.40 GHz Cortex-A710 & 4x1.70 GHz Cortex-A510)
Cip: Snapdragon 8 Gen 1 (US); Exynos 2200 (UK)
OS: Android 12, One UI 4.1
Kalis Air: IP68 Water Resistance
RAM: 8GB | Virtual RAM Up to 8GB
Memori Dalaman: 128GB, 256GB
Kamera Utama: Triple: 50 MP, f/1.8, 24mm (wide), 1/1.56", 1.0µm, Dual Pixel PDAF, OIS +, 10 MP, f/2.4, 70mm (telephoto), 1/3.94", 1.0µm, PDAF, OIS, 3x optical zoom +, 12 MP, f/2.2, 13mm, 120˚ (ultrawide), 1/2.55" 1.4µm, Super Steady video
Kamera Depan: 10 MP, f/2.2, 26mm (wide), 1/3.24", 1.22µm, Dual Pixel PDAF
Video: 8K@24fps, 4K@30/60fps, 1080p@ 30/ 60/ 240 fps, 720p@960fps, HDR10+, stereo sound rec., gyro-EIS
Selfie: 4K@30/60fps, 1080p@30fps
Bateri: * Li-Ion 3700 mAh, non-removable battery, Fast charging 25W. / * USB Power Delivery 3.0 / * Fast Qi/PMA wireless charging 15W /* Reverse wireless charging 4.5W
SIM/Telefon: Single SIM (Nano-SIM) or Dual SIM (2 Nano-SIMs + eSIM, dual stand-by)
USB: USB Type-C 3.2, USB On-The-Go
NFC: Yes
Sistem Imbasan: Fingerprint (under display, ultrasonic), accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer


Warna Pilihan: Phantom White, Phantom Black, Green, Pink Gold

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy S22+ anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial Samsung  https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22/