Terkini | New

Prestasi Dan Kerja Lebih Pantas Bersama Samsung Galaxy S22+

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar Samsung Galaxy S22+ yang menjadi pilihan peminat photography masa kini. Samsung memperkenalkan siri Galaxy S22 semasa acara Galaxy Unpacked 2022.

Jom kami kongsikan penggunaan Samsung Galaxy S22+ yang menjadikan prestasi kerja lebih pantas dan menjimatkan masa untuk anda terhubung bersama internet, rakan, gadjet tanpa wayar atau komputer peribadi anda. Semuanya bertambah pantas!



Setelah menghasilkan content seperti percutian atau kerja pengambaran kami akan memastikan kerja menjadi cepat untuk sampai kepada pembaca. Jom kami kongsikan beberapa kelebihan dan tips menarik yang anda boleh lakukan bersama Samsung Galaxy S22+.

1. Penghasilan Video Bertambah Pantas.

Samsung Galaxy S22+ menggunakan pemproses Snapdragon 8 Gen 1, 8GB RAM memudahkan lagi kerja-kerja membuat proses video editing menjadi mudah dan bertambah pantas. Tidak menggunakan aplikasi berat untuk membuat suntingan  atau editing berlebihan kerana kualiti video lebih baik.



Kualiti video anda pula dipertingkatkan dengan ciri-ciri baru seperti Auto Framing. Peranti juga disokong teknologi VDIS (Video Digital Image Stabilisation) yang mengurangkan gegaran ketika kamera digunakan. Samsung Galaxy S22+ boleh merakam video sehingga 8K pada 24 frame sesaat.



2. Kekal Terhubung Pada Bila-bila Masa

Pengguna Galaxy boleh kekal berhubung dengan sebarang gabungan Siri Galaxy Buds2, Watch4 dan Tab S8. Semua data, gambar atau video dapat pindahkan dan terhubung bersama dengan lebih cepat dan memudahkan kerja anda.


Pindahan melalui Nearby Share juga menjimatkan masa pindahan gambar kepada telefon pintar yang lain seperti tab kerja atau rakan-rakan anda. Semuanya bertambah mudah dan pantas.


Samsung Galaxy S22+ kali ini menampilkan paparan Dynamic AMOLED 2X 6.6-inci dengan resolusi HD+ Penuh, kadar penyegaran boleh ubah 120Hz, HDR10+, pembesar suara stereo. Anda akan rasa selesa untuk membuat video cuma menggunakan Samsung Galaxy S22+ sahaja.




3. Penggunaan DeX dan Smart View Berkongsi monitor bersama keluarga dan rakan.

Penggunaan DeX dan Smart View sebagai pemudah cara perkhidmatan penstriman ke monitor pc atau smart tv anda, jadi tidak perlu menyambungkan peranti yang berasingan atau sambungan wayar menjadikan kerja anda bertambah mudah.


DeX akan memaparkan aplikasi produktiviti mudah alih anda, termasuk persidangan video, e-mel, dokumen dan penyemak dalam paparan desktop dan apa yang anda perlukan ialah monitor serta telefon anda.








4. Penggunaan Link To Windows

Samsung Galaxy S22+ membolehkan anda berkongsi bersama dengan PC pada Skrin, anda juga boleh mengakses Microsoft tanpa sambungan PC, membolehkan anda melihat, mengedit dan menyimpan data dengan mudah.




5. Perkongsian bateri tanpa wayar.

Samsung Galaxy S22+ dengan hayat bateri yang berkuasa dengan 4,500-mAh. Boleh bertahan sepanjang hari anda dengan sekali caj. Jika bateri anda kehabisan dengan penggunaan yang tinggi S22+ menyokong pengecasan pantas 45W yang laju untuk anda lebih berkerja. Anda juga boleh berkongsi tenaga tanpa wayar.




Samsung Galaxy S22+ menawarkan penggunaan prestasi dan kerja lebih pantas untuk mereka yang sentiasa sibuk. Kami akan kongsikan bagaimana ia dapat menjadikan aktiviti harian kita bertambah mudah dan selesa.

Jadi nantikan gambar-gambar menarik dari Samsung Galaxy S22+ untuk slot Hiburan akan datang.


SPESIFIKASI PERANTI GALAXY S22+

Model: Samsung Galaxy S22+
Paparan: 6.6-inch, Dynamic AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 1750 nits (peak)
GPU: Adreno 730
Pemprosesan: Octa-core (1x3.00 GHz Cortex-X2 & 3x2.40 GHz Cortex-A710 & 4x1.70 GHz Cortex-A510)
Cip: Snapdragon 8 Gen 1 (US); Exynos 2200 (UK)
OS: Android 12, One UI 4.1
Kalis Air: IP68 Water Resistance
RAM: 8GB | Virtual RAM Up to 8GB
Memori Dalaman: 128GB, 256GB
Kamera Utama: Triple: 50 MP, f/1.8, 24mm (wide), 1/1.56", 1.0µm, Dual Pixel PDAF, OIS +, 10 MP, f/2.4, 70mm (telephoto), 1/3.94", 1.0µm, PDAF, OIS, 3x optical zoom +, 12 MP, f/2.2, 13mm, 120˚ (ultrawide), 1/2.55" 1.4µm, Super Steady video
Kamera Depan: 10 MP, f/2.2, 26mm (wide), 1/3.24", 1.22µm, Dual Pixel PDAF
Video: 8K@24fps, 4K@30/60fps, 1080p@ 30/ 60/ 240 fps, 720p@960fps, HDR10+, stereo sound rec., gyro-EIS
Selfie: 4K@30/60fps, 1080p@30fps
Bateri: * Li-Ion 3700 mAh, non-removable battery, Fast charging 25W. / * USB Power Delivery 3.0 / * Fast Qi/PMA wireless charging 15W /* Reverse wireless charging 4.5W
SIM/Telefon: Single SIM (Nano-SIM) or Dual SIM (2 Nano-SIMs + eSIM, dual stand-by)
USB: USB Type-C 3.2, USB On-The-Go
NFC: Yes
Sistem Imbasan: Fingerprint (under display, ultrasonic), accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer

Warna Pilihan: Phantom White, Phantom Black, Green, Pink Gold

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy S22+ anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial Samsung https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22/