Terkini | New

Unboxing Samsung Galaxy A33 5G Pilihan 5G Yang Terbaik.

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar Samsung Galaxy A33 5G yang menjadi pilihan dalam siri keluarga Galaxy A adalah barisan telefon pintar peringkat permulaan daripada Samsung yang memberikan kuasa, prestasi dan gaya pada titik harga yang berpatutan untuk semua.


Samsung Electronics memperkenalkan serentak keluarga siri Galaxy A dalam membuat pilihan.iaitu Galaxy A73 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G untuk pilihan anda. Siri Galaxy A baharu juga menampilkan sambungan 5G, dan dengan naik taraf One UI dan OS Android selama empat generasi, serta naik taraf sistem keselamatan yang dijamin sehingga lima tahun

Jom kita perkenalkan pilihan Samsung Galaxy A33 5G dahulu antara pilihan 5G terbaik di kalangan pelajar dan semua.


Samsung Galaxy A33 5G menggabungkan kuasa pemprosesan 2 x ARM Cortex-A78 cores (2.4 GHz) & 6 x ARM Cortex-A55 cores (2.0 GHz) dengan sehingga 8GB RAM, penggunaan cip Samsung Exynos 1280 untuk prestasi yang cukup pantas dan ruang storage dalaman 128GB.


Samsung Galaxy A33 5G mempunyai kamera swafoto 13 MP camera, f/2.2. Di bahagian hadapan, anda boleh menemui kamera utama 48MP OIS camera, f/1.8 dan 8MP ultra-wide camera, f/2.2 untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti tinggi. 

Samsung Galaxy A33 5G kini lebih langsing dan lebih canggih dengan kemasan matte, bezel berkualiti.




Panel skrin Samsung Galaxy A33 5G yang digunakan adalah Super AMOLED dengan saiz 6.4 inci yang menawarkan resolusi Full HD +. Selain itu, skrin Galaxy A33 turut disokong dengan kadar penyegaran 90 Hz kadar pensampelan sentuhan hari 180 Hz.


Samsung Galaxy A33 5G menyokong sehingga 25W Pengecasan super pantas yang membolehkan bateri anda kembali ke kuasa penuh dalam masa yang singkat dan membolehkan anda menjalankan pelbagai aplikasi dengan lancar. 



Unboxing Siri Samsung Galaxy A33 5G (2022)
1. Samsung Galaxy A33 5G (8GB RAM/128GB - Awesome Blue ) Telefon Pintar
2. USB Cable (Depan & Belakang Type C)
3. SIM Pin
4. Kertas User Guide A33 5G & Samsung Warranty Register Secara Online


SPESIFIKASI PERANTI GALAXY A33 (5G)

Model: Samsung Galaxy A33 (5G)
Paparan: 6.4-inch Super AMOLED
– 90 Hz dynamic refresh rate
Pemproses: 2 x ARM Cortex-A78 cores (2.4 GHz) & 6 x ARM Cortex-A55 cores (2.0 GHz)
Cip: Samsung Exynos 1280
OS: One UI 4.1 (Android 12)
Kalis Air: Ya
RAM: 8GB RAM
Memori Dalaman: 128GB ROM
Kamera Utama: 48 MP OIS camera, f/1.8
8 MP ultra-wide camera, f/2.2
5 MP macro camera, f/2.4
2 MP depth camera, f/2.4
Kamera Depan: 13 MP camera, f/2.2
Bateri: 5,000 mAh Li-Po battery
Fast charging 25W | 25 watt wired charging
SIM/Telefon: Single SIM (Nano-SIM) or Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
Sistem Imbasan: Fingerprint, Yes, Under Display (side-mounted), accelerometer, gyro, compass

Warna Pilihan: Awesome Peach,awesome Blue, awesome White dan Awesome Black

Harga Jualan:  RM1,499  -  8GB RAM | 128GB 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A33 5G  anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial Samsung https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a33-5g-awesome-blue-128gb-sm-a336elbhxme/