KEMPEN BAHARU KFC CETUS KEMBALI PERASAAN CINTA RAKYAT MALAYSIA DENGAN SAAT-SAAT MANIS DENGAN KFC

Mei 10, 2022

(middle) Stephen Chew, Brand Head KFC Malaysia and Chan May Ling, Chief Marketing Officer KFC Malaysia posed during the It's Finger Lickin' Good event launch

Bukan sekadar ayam goreng, KFC sentiasa dekat di hati kita semua - daripada sambutan hari jadi, ulang tahun, perayaan dan juga peristiwa harian biasa – tersematnya memori KFC yang dikongsi kita bersama. Kita semua membesar menggemari ayam sedap hingga menjilat yang terkenal di dunia dan tidak pernah berhenti menyukainya, Ini bukanlah perkara luar biasa memandangkan KFC sudah berada di Malaysia selama 49 tahun. Tidak mengira muda atau tua, dari seluruh komuniti dan apa jua status, perkongsian cinta kita terhadap KFC mengeratkan hubungan silaturrahim dan membantu mencipta saat-saat manis bersama.

Brand Head KFC Malaysia, Stephen Chew giving speech during the It's Finger Lickin' Good event launch

KFC unik dengan sejarah kaya. Bagi mereka yang tidak mengetahuinya, jenama global terkemuka ini bermula dengan seorang lelaki yang mempunyai semangat tinggi. Kolonel Harland Sanders mula menjual ayam goreng di restoran tepi jalan di Kentucky semasa Zaman Meleset (Great Depression).



Resipi rahsia ini telah dicipta lebih daripada 75 tahun yang lalu menggunakan kaedah adunan tepung menggunakan tangan yang dipatenkan dan memasak ayam menggunakan periuk tekanan. Resipi rahsia ini mengandungi 11 herba dan rempah yang masih misteri sehingga kini. Disebabkan inilah ayam goreng Original Recipe dan Hot & Spicy popular sememangnya signature yang hanya boleh didapati di KFC yang disediakan segar di restoran dengan penuh ketekunan dan kawalan kualiti ketat.


KFC berbesar hati menjadi sebahagian daripada fabrik sosial Malaysia selama hampir lima dekad dengan lebih 740 restoran di seluruh negara menghidangkan juadah KFC kepada rakyat Malaysia setiap hari. Sepanjang beroperasi, KFC Malaysia sebagai sebuah jenama telah mencapai pelbagai kejayaan dan sebaliknya lebih-lebih lagi dua tahun ini yang cukup mencabar disebabkan oleh pandemik yang tidak dijangka dan susulan kesan buruk ekonominya.


Namun, KFC kekal memegang kukuh komitmen yang sama iaitu berterusan mencipta juadah menyelerakan dan pengalaman bermakna untuk semua, tanpa kompromi terhadap nilai dan kualiti supaya setiap lawatan anda tidak mengecewakan. Melalui siri prosedur keselamatan makanan yang ketat, KFC membawakan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan. Pelanggan kami berhak untuk mendapat ayam goreng yang berkualiti tinggi sahaja untuk pengalaman sedap hingga menjilat jari yang lengkap. Oleh itu, bermula hari ini, KFC telah melancarkan polisi "Rasa Berkualiti Terjamin".


Polisi ini membenarkan pelanggan menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan dan tidak berkualiti. Pelanggan cuma perlu imbas kod QR unik yang disediakan di restoran, isi dan 'submit' borang penukaran, dan tunjuk halaman thank you' di kaunter untuk mendapatkan gantian.

Memberi anda lebih sebab untuk mencetuskan kembali rasa cinta terhadap KFC dan mengimbau semula saat berkumpul bersama rakan dan keluarga di restoran KFC untuk menjamu juadah sedap dan mengenyangkan, KFC secara rasminya melancarkan Jimat Siang, promosi baharu untuk waktu terhad, bermula hari ini.


Jimat Siang menawarkan kombo makan tengah hari berbaloi, dengan harga diskaun eksklusif dari Isnin hingga Khamis, 12 tengah hari - 2 petang dari harga serendah RM7.99. lanya mengandungi menu sajian utama dan sampingan ikonik KFC dan boleh terdapat 6 variasi kombo untuk dipilih:

(1) Kombo Snack Plate pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49),
(2) Kombo Dinner Plate pada RM16.99 (harga biasa: RM19.60),
(3) Kombo Rice Plate 1-ketul pada RM8.99 (harga biasa: RM10.49),
(4) Kombo Rice Plate 2-ketul pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49)
(5) Kombo Zinger Klasik, pada RM10.99 (harga biasa: RM13.99 dan
(6) Kombo Burger Kolonel Klasik pada RM7.99 (harga biasa: RM9.49)

Jimat Siang boleh didapati pada hari Isnin sehingga Khamis, 12 tengah hari – 2 petang melalui khidmat Makan-di-restoran, Bawa Pulang, dan Pandu Lalu di "kebanyakan restoran KFC seluruh negara.


Sementara itu, mencipta lebih cinta "tidak sepiawai (non-fungible)" untuk dimiliki peminat KFC, KFC Malaysia yang sentiasa berusaha untuk menjadi peneraju teknologi dan invovasi merupakan peruncit makanan pertama yang menyertai pasaran rantain blok (blockchain). Dinspirasikan oleh rakyat Malaysia, dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia, KFC bekerjasama dengan artis berbakat tempatan Wilson Ng, Book of Lai, dan Arif Rafhan Othman untuk menghasilkan 11 karya NFT unik sebagai penghormatan kepada 11 herba dan rempah rahsia KFC.

Peminat boleh mendapatkan 8 NFT KFC eksklusif - Original KFC Moments bermula 1 petang hari ini di OpenSea, pasaran NFT terbesar. Sementara 3 NFT lagi boleh dimenangi melalui pertandingan di media sosial Instagram KFC @kfcmalaysia.

"Saya percaya untuk kebanyakan rakyat Malaysia, KFC bermaksud keraian' dan 'waktu makan yang menyeronokkan'. lanya juga sebuah tempat untuk berkumpul bersama rakan dan keluarga. Aroma istimewa daripada ayam goreng lazat terkenal di dunia ini sangat kasik dan membangkitkan perasaan riang dan gembira buat seluruh generasi. Disebabkan inilah kami melancarkan kempen "It's Finger Lickin' Good' untuk mencetuskan kembali perasaan cinta yang juga dirasai oleh ibu, bapa, atuk dan nenek kita.



Melalui kempen ini, kami merancang beberapa intiatif penglibatan pengguna yang membawakan nilai bertambah dan kepuasan pelanggan terjamin. Kami komited untuk berterusan menjadi relevan kepada rakyat Malaysia dan membawa kami nostalgia kepada jenama ayam goreng kegemaran negara," kata Stephen Chew, Ketua Jenama KFC Malaysia semasa majlis pelancaran kempen di restoran KFC di Pusat Beli-Belah Pavilion hari ini.


Majlis pelancaran ini juga memperkenalkan mesin cakar KFC Klaw for Chicken dalam KFC Bucket gergasi. Peminat KFC yang melawat Pizza@Starhill Gallery boleh main dan menang baucar KFC dan bantal Drummie, bermula hari ini sehingga 9 Jun 2022 pada tarikh dan waktu yang dijadualkan. Aktiviti menarik lain seperti gerai foto juga ada di sini, jadi jangan ketinggalan!


Akhir sekali, peminat KFC boleh melihat sendiri visual menghidupkan saat-saat manis KFC di papan iklan 3D terletak di KLCC Junction dan Pavilion ELITE.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://itsfingerlickingood.kfc.com.my/.

You Might Also Like

0 comments