Selamat Datang ke Peranti Boleh Lipat: Semua Jemput Hadir. Sesetengah Daripada Kami Cuma Tiba Lebih Awal
Selamat Datang ke Peranti Boleh Lipat: Semua Jemput Hadir. Sesetengah Daripada Kami Cuma Tiba Lebih Awal
Temui aktivasi tiga hari yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri peranti boleh lipat terkini Samsung, dengan sebuah Galaxy Z Fold8 Ultra untuk dimenangi dalam setiap pusingan.

Memandangkan semakin banyak jenama memasuki kategori telefon pintar boleh lipat, Samsung menjemput rakyat Malaysia untuk menerokai sejauh mana teknologi ini telah berkembang. Dari 9 hingga 11 Oktober 2026, Samsung akan membawakan siri boleh lipat Galaxy Z8 ke stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) untuk pengambilalihan selama tiga hari, memberikan peluang kepada pengguna pengangkutan awam dan pengunjung untuk melihat dari dekat inovasi boleh lipat terbaharunya serta memenangi pelbagai hadiah.
Tiga hari. Tiga pusingan setiap hari. Sebuah Galaxy Z Fold8 Ultra untuk dimenangi setiap pusingan.
Berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober, aktivasi ini akan menampilkan tiga pusingan setiap hari, iaitu pada jam 10.00 pagi, 12.30 tengah hari dan 3.00 petang. Pengunjung akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktivasi ini dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik, termasuk sebuah Galaxy Z Fold8 Ultra dalam setiap pusingan, di samping cenderamata Samsung yang lain.
- Di mana: Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX), Ruang Legar Bawah
- Bila: 9-11 Oktober 2026
- Pusingan harian: 10.00 pagi, 12.30 tengah hari dan 3.00 petang
- Hadiah: Sebuah Galaxy Z Fold8 Ultra setiap pusingan, serta cenderamata lain
Cara untuk mengambil bahagian:
- Lawat kaunter pendaftaran di ruang legar bawah untuk mengambil satu (1) kad aktivasi
- Cari kad hadiah tersembunyi dan pilih mana-mana satu (1)
- Sahkan kad aktivasi dan kad hadiah di kaunter pendaftaran
- Tebus hadiah anda di Samsung Experience Store di The Exchange TRX
Sejak memperkenalkan telefon pintar boleh lipat pertamanya pada tahun 2019, Samsung telah menghabiskan bertahun-tahun memajukan kategori ini, menambah baik pengalaman lipatan dan meneroka cara baharu untuk orang ramai menggunakan telefon pintar mereka. Menerusi generasi yang berturut-turut, siri Galaxy Z telah berkembang seiring dengan penggunanya, menggabungkan paparan yang lebih besar, lebih serba boleh dan tahan lama, peningkatan produktiviti serta kemudahan peranti yang sesuai dengan kehidupan harian.
Siri Galaxy Z8 terkini membina atas pengalaman ini, dengan inovasi yang direka untuk menjadikan penggunaan harian lebih serba boleh dan mudah. Di samping reka bentuk boleh lipat, ciri-ciri seperti Smart Switch memudahkan pengguna memindahkan hubungan (contacts), foto dan data peribadi lain apabila bertukar ke peranti Galaxy hanya dengan memà¸ิมะ kod QR – tanpa memerlukan aplikasi atau kabel – manakala Quick Share, yang kini turut terbuka kepada AirDrop, mempermudahkan perkongsian foto, video dan fail dengan peranti yang serasi. Bersama-sama, ciri-ciri ini membantu menjadikan peralihan ke telefon pintar baharu, dan kekal terhubung merentasi pelbagai peranti, lebih mudah dan terus.
Kehadiran lebih banyak jenama dalam kategori boleh lipat menandakan perkembangan yang mengujakan bagi industri ini. Apabila kesedaran semakin meningkat dan lebih ramai pengguna mula menerokai bentuk peranti ini, Samsung melihat peluang untuk menyambut khalayak yang lebih luas ke dalam dunia peranti boleh lipat. Lebih banyak pilihan bermakna lebih banyak peluang untuk orang ramai menemui apa yang boleh dibawakan oleh peranti boleh lipat dalam kehidupan harian mereka.
Di stesen MRT TRX, pengguna pengangkutan awam boleh merasai sendiri potensi ini. Aktivasi ini membawakan peranti Galaxy Z terkini Samsung ke dalam persekitaran harian yang biasa, membolehkan orang awam menerokai teknologi tersebut dari dekat dan bukannya sekadar membaca mengenainya.