Terkini | New

Karnival Ummah Bestari Anjuran Bersama Naurah Care Malaysia Dan Rabbani Resourses Dengan Kerjasama MAIWP, JAWI, YADIM, IKHLAS.COM Dan UDA Holding

Karnival Ummah Bestari Anjuran Bersama Naurah Care Malaysia Dan Rabbani Resourses Dengan Kerjasama MAIWP, JAWI, YADIM, IKHLAS.COM Dan UDA Holding.
"4 RUMAH 1 BUKU IQRA' BACALAH"


Naurah Care Malaysia sebuah badan NGO telah menerbitkan Buku lqra' Bacalah bagi kegunaan masyarakat Islam di Malaysia dan seluruh pelusuk alam. Program iqra’ Bacalah ini di jenamakan (Branding) dengan “Program Iqra’ Hour” yang julung kali diadakan di Malaysia.


Pihak kami akan menjadikan Iqra' Hour sebagai program penganjuran berterusan bagi meransangkan masyarakat Islam dalam mempelajari Al Quran melalui Buku Iqra Bacalah. Setakat ini kami satu-satunya NGO yang menerbitkan Buku Iqra’ keluaran tempatan bagi menggerakkan Misi Sifar Buta Huruf Al-Quran dikalangan pelbagai lapisan masyarakat.


Bermula awal Ramadhan baru-baru ini, kami telah melantik Kumpulan Nasyid Rabbani sebagai Ikon Buku Iqra’ Bacalah Edisi Premium bagi mempromosikan keseluruh pelusuk Tanah Air.

Pada bulan Ramadhan yang lalu kami telah menggerakkan dua Misi iaitu Misi Infaq @ Wakaf Buku iqra’ Bacalah Biasa @ Edisi Premium dan diserahkan kepada pelbagai kategori Asnaf. Target sasaran kami kepada keluarga mangsa-mangsa banjir yang lalu dari kalangan Anak Yatim, Maahad Tahfiz, Ibu Tunggal dan lain-lain.



Antara kelebihan Buku Iqra’ Bacalah Edisi Premium ini adalah :

1. Buku Terbitan Malaysia.
2. Terbitan sebuah NGO.
3. Mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) [Rujukan : KON.PKK.600-16/5/1 Jid.3(48)).
4. Mempunyai tiga (3) design cover yang berlainan, Ekslusif dengan Cover Tebal dan Spot UV.
6. Colour full dan menarik minat pembaca.

Target dan matlamat kami Buku Ini dapat digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi subjek Pembelajaran Al-Quran, Sekolah Kafa disetiap Negeri, Tadika Kemas, Tadika Swasta dan badann badan yang lain.

Target besar kami juga adalah menjadikan Buku Iqra’ Bacalah berada disetiap rumah Muslim di Malaysia dengan Tema “1 Rumah 1 Buku Iqra’ Bacalah”. la bertujuan bagi menggantikan Buku Iqra’ keluaran Indonesia. Sepertl sedia maklum selama ini kita menggunakan Buku lqra’ keluaran Indonesia bagi dijadikan Buku Pembelajaran Al-Quran diseluruh Malaysia.




“Buku Iqra’ ini dijual pada harga RM25.00 senaskah. Boleh dibeli secara dalam talian dengan melayari laman sesawang kami www.naurahcare.com.

Pihak kami telah pun melancarkan Buku iqra’ Edisi Premium ini seminggu sebelum bulan puasa yang lalu dengan dirasmikan oleh Ahti Lembaga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu Tuan Haji Zainal Abidin Bin Shaikh Zakaria.

Perancangan seterusnya, Naurah Care Malaysia akan membangunkan Aplikasi Iqra’ Bacalah dimana masyarakat akan mempelajari Al-Quran hanya dengan menggunakan aplikasi yang berkualiti dan aplikasi sebagai guru. 



Target sasaran kami penyerahan Buku Iqra’ Bacalah kepada 250,000 pelajar Tabika Kemas diseluruh Malaysia ke Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah-sekolah Kafa Jakim dan semua sekolah Kafa Negeri diseluruh Negara. Kami memeriukan sokongan dari pelbagai pihak bagi membiayai Program Pembangunan Aplikasi ini kerana ianya melibatkan kos yang besar.


Pihak Naurah Care Malaysia mengalu-alukan sumbangan syarikat korporat, agensi kerajaan atau orang perseorangan dalam menjayakan aplikasi ini.


Selaku Pengerusi NGO Naurah Care Malaysia Sheik Ahmad Fakhruddin bersama team menyeru agar semua pihak dapat memberikan sokongan penuh agar Buku Iqra’ Bacalah ini dapat diketengahkan df seluruh pelusuk Tanah Air khasnya dan diseluruh dunia amnya bagi menggerakkan Kempen Sifar Buta Huruf Al-Quran Al Karim didalam masyarakat Islam dengan dijadikan “1 Rumah 1 Buku Iqra’ Bacalah”.

Selagi ada Umat Islam, selagi itu kita mesti adanya Buku Pengajian AI-Quran agar lebih ramai Umat Islam yang dapat iad lagi itu berpandukan mengamalkan Islam sebaiknya dan mendapat perlindungan dari Allah SWT dengan kehidupan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

"Kepada Allah Kamil Berserah"
NAURAH CARE MALAYSIA