Terkini | New

Samsung Galaxy A13 Dengan Teknologi Terbaru Tapi Pada Harga Murah Dan Berpatutan

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar Samsung Galaxy A13 4G yang menjadi pilihan dalam siri keluarga Galaxy A. Barisan telefon pintar peringkat permulaan daripada Samsung yang sangat murah tanpa memerlukan jaringan 5G, dengan gaya pada harga yang berpatutan untuk semua.


Jom kita perkenalkan pilihan Samsung Galaxy A13 4G walaupun tanpa 5G ia mempunyai kelebihan tersendiri termasuk skrin yang jelas, kamera empat lens dan bateri yang besar sesuai kalangan pelajar dan semua.

Samsung Galaxy A13 4G menggabungkan kuasa cipset Exynos 850 dan 4GB RAM, penggunaan cip Samsung Exynos 850 untuk prestasi yang cukup pantas. Samsung Galaxy A13 4G mempunyai skrin LCD 6.6 inci 1080 x 2408 dengan kira-kira 400 pixelper inci. Screen dengan teknologi AMOLED sangat sesuai dengan paparan Fhd+ dan kadar segar semula 60Hz.


Samsung Galaxy A13 4G  turut menampilkan sistem empat kamera dengan kamera utama 50MP, serta kamera hadapan 8MP. Kamera Ultra lebar 5MP ultra-wide camera, f/2.2 untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti tinggi. Kamera semakin menjadi pilihan pada masa kini bagi menghasilkan content di media sosial.


Paparan skrin hadapan yang kemas dan penggunaan mod-mode pilihan yang ada yang menarik seperti bluetooth 5.0 dan NFC serta ringan pada 195g sahaja.


Samsung Galaxy A13 4G menjalankan Android 12 dan penggunaan pengimbas cap jari pada sisi bateri 5,000mAh dalam Samsung Galaxy A13 4G yang merupakan saiz yang baik,


Samsung Galaxy A13 4G  turut membolehkan anda mengambil gambar dengan Kamera OIS (Optical Image Stabilization) 50MP dalam ratio 4:3 dengan saiz 8160 x 6120 yang pastinya terperinci dan gambar yang jelas.


Penggunaa shoot dari ultra wide hingga zoom mampu menghasilkan gambar yang baik dan mantap. Sensor 50MP utama terbaik dan tangkapan terperinci serta kelihatan hebat terutamanya dalam pengcahayaan yang bagus.


Kami sempat mengambil gambar di Taman Tugu, Kuala Lumpur bagi memastikan gambar yang di ambil mempunyai kualiti yang terbaik dengan pemandangan indah tetap terhasil. Kali ini kita  bergambar dengan sedikit keindahan semulajadi.


Kami sarankan anda menggunakan kamera 50Mp untuk mendapat hasil yang terbaik dan padu. Samsung Galaxy A13 boleh merakam video dalam resolusi 1080p yang boleh diterima, pada 30fps. Kami kongsikan gambar-gambar ultra wide hingga ke zoom untuk pemandangan menarik kali ini.





Banyak lagi gambar-gambar menarik untuk kami kongsikan dan Samsung Galaxy A13 4G mempunyai banyak kelebihan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Bagi kami kepuasan dengan 4 lensa kamera dan 50MP memang padan dengan harganya temaksuklah teknologi terbarunya.



Warna Pilihan: Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue, Awesome Peach

Harga Jualan:  RM799

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A13 4G anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial Samsung https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a33-5g-awesome-blue-128gb-sm-a336elbhxme/