Terkini | New

Majlis Pembukaaan Rasmi Outlet Karaoke Keluarga RED BOX Yang Inovatif Dan Serba Canggih Di Pavilion Elite

Majlis Pembukaaan Rasmi Outlet Karaoke Keluarga RED BOX Yang Inovatif Dan Serba Canggih Di Pavilion Elite.
Label Artis dan Influencer turut hadir memeriahkan suasana perasmian yang meriah.


Pengarah Kanan Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), YBhg. Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar merasmikan pembukaan Red Box Plus Pavilion Kuala Lumpur, yang merupakan outlet karaoke terbaru yang paling eksklusif dan serba canggih.



Sebagai penjunjung industri muzik tempatan, acara pembukaan rasmi tersebut menyaksikan sokongan dari label-label muzik terkemuka dan para pempengaruh tempatan yang turut hadir meraikan pencapaian terbaru Red Box.



Red Box Plus Pavilion Kuala Lumpur mempunyai 32 buah bilik karaoke yang tercanggih beserta sistem karaoke kecerdasan buatan (A.I.), pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa, sistem bunyi yang terbaik, konsep reka bentuk yang menarik dan pilihan lagu-lagu pelbagai bahasa.



Para pengunjung akan pasti dapat menjumpai lagu pilihan hati mereka sama ada lagu tempatan mahupun antarabangsa tanpa mengira bangsa dan usia.



YBhg. Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar berkata, “Komponen perbelanjaan tertinggi bagi pelancong dalam dan luar negara ialah membeli-belah, F&B dan hiburan. Jadi, saya pasti pembukaan Red Box Pavilion Kuala Lumpur akan menjadi penyumbang yang penting untuk industri pelancongan.”.


Red Box Plus Pavilion Kuala Lumpur memulakan operasinya sejak tahun lalu, dengan menyediakan premis yang selamat dan selesa untuk orang ramai mencari ketenangan semasa pandemik.

lanya merupakan tempoh yang sukar untuk rakyat Malaysia dan Red Box tetap memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dengan tarikan yang luar biasa, sambil memastikan keselamatan pelanggan dengan pembersihan premis secara berkala dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Red Box Karaoke Group, En. Karl Khoo berkata, “Red Box Plus Pavilion Kuala Lumpur dibuka sejak Mac 2021, semasa Malaysia di tahap kritikal melawan Covid-19.
 



Kami berjaya lakukan yang mustahil dan kami tabah melalui detik-detik sukar. Semuanya demi menyediakan ruang yang selamat dan selesa untuk orang ramai mencari ketenangan dalam kehidupan seharian mereka.”.

Sejak Red Box Karaoke ditubuhkan pada tahun 2000, mereka sentiasa menyokong industri muzik tempatan dengan memastikan lagu-lagu tempatan sentiasa diketengahkan di outlet-outlet mereka.

Oleh itu, ramai selebriti dan pempengaruh hadir menunjukkan sokongan mereka terhadap majlis pembukaan tersebut. Antaranya ialah Bunga, Jeryl Lee, Zynakal, Crystal Ong, Azzam Sham, Ribbon Ooi dan ramai lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.redbox.com.my