Marrybrown Perkenalkan Menu Terbaru Oishii Jepun Terbaru Dan Padu!

Julai 01, 2022

Marrybrown Perkenalkan Menu Terbaru Oishii Jepun Terbaru Dan Padu!

Okyaku-sama konnichiwa! Jom kali ini ingin berkongsikan dengan anda semua dalam pengembaraan Around the World bersama Marrybrown ke Jepun. Memperkenalkan menu terbaharu mereka iaitu Oishii Japan yang pasti memikat citarasa anda.



Kali ini dengan menyatukan rasa Teriyaki Wasabi, ia boleh didapati di cawangan Marrybrown di seluruh negara mulai sekarang sehingga 7 Ogos.  Marrybrown telah berusaha untuk menghidangkan "something different". Sementara itu, kempen Around the World merupakan inisiatif Marrybrown untuk menyediakan dan membawa variasi menu dari serata dunia kepada para pelanggan seperti Korea, Thailand dan Itali. Tahun ini, sekali lagi menu diperhebatkan dengan menghidangkan menu baharu yang menyelerakan. 




“Jepun mempunyai pelbagai jenis makanan lazat yang menyelerakan untuk memikat hati anda. Ciri-ciri makanan Jepun boleh dikatakan hampir serupa dengan masakan Malaysia, dimana kedua-duanya sedap, segar, lengkap, dan unik bagi setiap hidangan. Itulah sebabnya rakyat Malaysia mudah menerima makanan Jepun dan berasa amat selesa dengan hidangan dari negara matahari terbit itu. Oleh yang demikian, kami tidak sabar untuk memperkenalkan menu Oishii Japan kami yang unik namun sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.


Bagi penggemar boleh menikmati kepuasan menu Marrybrown Oishii Japan dengan gabungan sos Teriyaki yang manis memikat dengan rasa kepedasan wasabi. Namun, keseronokan tidak berakhir di situ kerana menu Marrybrown Oishii Japan membawa kejutan unik dalam hidangan Oishii mereka. Roti burger Oishii disertakan Sakura Fizz berwarna merah jambu, menggambarkan keindahan pokok bunga sakura. 

Hidangan istimewa ini disediakan sebegitu untuk membawa para penggemar mengembara ke Jepun. Joml lihat menu-menu menarik!


Kombo 2 ketul Ayam Oishii yang diiringi potato wedges dan Sakura Fizz, yang boleh didapati secara eksklusif di Marrybrown, harga bermula dari RM 20.50. 

Mereka yang ingin mencuba citarasa Kombo Oishii Rice Bowl, dimana ayam rangup Marrybrown diselaputi sos Teriyaki Wasabi, dengan hidangan nasi dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 12.90. 

Sebagai alternatif, para penggemar juga boleh mendapatkan Kombo Burger Marrybrown Oishii yang didatangkan dengan Burger Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 15.30.

 

Anda tidak pasti hidangan yang mana satu? Jangan risau, anda boleh mencuba kesemuanya dengan Marrybrown’s Oishii Box Meal yang didatangkan dengan Oishii Burger, 1 ketul Ayam Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 23.90.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:

Laman web: https://marrybrown.com/
Aplikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV

You Might Also Like

0 comments