Terkini | New

Review Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu!

Review Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu!
Cabaran memegang watak genre seram kepada semua pelakon.


Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! Telah pun berada di pawagam bermula hari ini yang telah diarahkan oleh Arjin Uppal seorang pengarah yang berbakat besar dan berjaya menjadikan naskah menarik ini untuk di pertontonkan kepada semua.



Filem Musyrik REAL REEL PICTURES SDN BHD Musyrik - Api Neraka Menantimu !
Filem bergenre seram terbitan Real Reel Pictures Sdn Bhd ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Aeril Zafrel , Ashraf Muslim dan Ruhainies selaku teraju utama.Penerbit filem Musyrik - Api Neraka Menantimu!.



S Baldev berkata , filem itu mempunyai kekuatan daripada segi mesej yang ingin disampaikan kepada penonton . " Filem Musyrik memiliki mesej untuk membina kekuatan dalaman dan meningkatkan keimanan seseorang daripada memilih jalan salah kerana api neraka akan menanti . 



Sinopsis Musyrik Aril ( Aeril Zafrel) mempunyai sikap panas baran , terutama ketika perniagaannya ditimpa masalah berpunca daripada orang kepercayaannya terhadap pekerjanya . Rumah tangga Aril mula menjadi porak peranda sehingga mampu bertindak di luar kawalan apabila ada sesuatu mendampinginya . Masalah Aril mempunyai kaitan dengan kisah silam dalam mengamalkan perbuatan syirik.


Watak Ustaz Akasyah (Ashraf Muslim) mantap sebagi ustaz yang memmperlihatkan dan melafazkan ayat-ayat Al-Quran yang pendek dan senang penonton memahaminya menjadikan ia lebih menarik dan tenang melakonkan watak ustaz. Walaupun dengan pelbagai perkara mistik terjadi dalam penghasilan filem ini. 

Termasuklah lakonan anak kecil lakonan Puteri. ( Qaseh Shuhada ) yang menarik dan seram diwaktu malam. Pelbagai mesej yang di sampaikan kepada penonton yang rasanya ada dilakukan oleh segelintir orang-orang yang mempunyai sifat dengki dan sikap masyarakat yang tidak pernah bergaul dan bersama dengan masyarakat.


Filem ini pasti membina kekuatan dalaman dan meningkatkan keimanan seseorang daripada memilih jalan yang salah pasti ada balasan diatas perbuatan jahat dan menyesatkan.

Pasukan produksi kami juga membuat kajian mendalam termasuk bertemu ustaz demi merealisasikan filem ini , " katanya.Mengulas sasaran kutipan filem Musyrik , kata S Baldev , dia hanya menyerahkan kepada penonton untuk menilai hasilnya.


Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa boleh menonton filem ini kerana ia sesuai untuk tontonan semua golongan masyarakat. Selain Aeril , Ashraf dan Ruhainies , filem Musyrik - Api Neraka Menantimul turut menampilkan barisan pelakon seperti Aishah Ilias , Qaseh Shuhada , Arwan Umar dan Neera Azizi . 



Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu ! mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 7 Julai Hari ini. Jom semua jangan lepaskan peluang menyaksikan Musyrik - Api Neraka Menantimu! di wayang berhampiran anda semua.


Trailer rasmi filem disiarkan menerusi saluran YouTube White MerpatiMovies sejak 15 Jun lalu. Pelakon Aeril Zafrel :
Aril Ruhainies : Farah
Ashraf Muslim : Ustaz Akasyah
Aishah Ilias : Wati
Arwan Umar : Yazid
Qaseh Shuhada : Puteri.