Terkini | New

Single Baru Berjudul ‘Sahabat’ Diperdengarkan Di Majlis Resepsi Yana Yunus

Single Baru Berjudul ‘Sahabat’  Diperdengarkan Di Majlis Resepsi Yana Yunus.

Nyanyian penuh syahdu dan sebak bertemankan sahabat yang bersama menempuh susah dan senang bersama beliau.


Majlis perkahwinan yang berlansung meriah di The Hall, Kl Gateway Mall sempena resepsi perkahwinan penyanyi Era 90an, Yana Yunus atau nama sebenarnya Kameliana binti Mohd Yunus bersama pasangannya Muhammad Raj Abdul Qayyum. 




Bagi meraikan kedua-dua belah keluarga pengantin dan rakan taulan serta turut sama dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan artis yang seangkatan dengan beliau yang turut juga meyumbangkan suara bagi persembahan nyanyian di majlis tersebut.


Yana Yunus dan Muhammad Raj telah diijabkabulkan pada bulan April yang lalu namun majlis resepsi hanya dibuat pada bulan September akibat kekangan masa dan urusan perniagaan. Yana Yunus dahulunya merupakan bekas penyanyi yang pernah berduet bersama kumpulan Babylon. Beliau bukanlah nama baharu dalam bidang nyanyian kerana pernah dilamar sebagai artis rakaman Pony Canyon (M) Sdn Bhd (kini Interglobal Music).



Ketika berusia 15 tahun diperkenalkan sebagai penyanyi dangdut dan pernah mengeluarkan album penuh ‘Demi Cinta’ menggunakan duit simpanan sendiri dan terlibat dalam beberapa kompilasi album dengan beberapa artis tempatan.




Ditanya mengenai kehilangan beliau selama 10 tahun ini, Yana menjelaskan beliau meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi di hotel, undangan nyanyian dan selepas itu beliau aktif menjalankan perniagaan ‘home SPA’ dan mengeluarkan produk seperti Lip Mate dan bengkung kesihatan dan ketika pandemik Covid-19.





Acara bertambah meriah dengan kehadiran artis-artis yang turut dijemput dan menyanyikan lagu istimewa untuk Raja Mempelai pada malam yang istimewa. Dari meja ke meja jelas menunjukkan berkumpulnya artis-artis seni mengeratkan lagi tanda persahabatan sesama mereka setelah lama tidak bertemu.






Setelah 10 tahun tidak aktif dalam dunia hiburan secara serius kerana terikat dengan komitmen dengan perkahwinan terdahulu, Yana Yunus telah kembali membuat kemunculan semula menerusi single baru berjudul ‘Sahabat’ yang turut diperdengarkan di majlis resepsi yang amat indah ini.