Terkini | New

HONOR X6 telefon mampu milik terbaik dengan penstoran 128GB mula dijual 7 Oktober

HONOR X6 telefon mampu milik terbaik dengan penstoran 128GB mula dijual 7 Oktober

Lagi Berbaloi, Lagi Best’ untuk tawaran harga murah RM599!


Siri HONOR X sering menjadi pilihan komuniti HONOR disebabkan ketahanannya, jangka hayat bateri lama dan harga berpatutan dengan ciri-ciri terbaik. Ini menjadikan siri HONOR X pilihan ramai terutamanya mereka yang mencari telefon pintar pada harga mampu milik.

Selepas melancarkan HONOR X9, X8 dan X7 pada Mac lalu, HONOR kini memperkenalkan model terbaharu siri X iaitu HONOR X6 yang akan mula dijual di pasaran tempatan pada 7 Oktober 2022. Mengetengahkan slogan "Lagi Berbaloi, Lagi Best", HONOR X6 merupakan telefon pintar terbaik dalam kelas tersendiri kerana menawarkan penstoran 128GB pada harga hanya RM599. HONOR X6 juga telefon HONOR pertama dengan penstoran besar 128GB di bawah RM600 dan harga yang cukup berpatutan ini pasti menambat hati ramai pelanggan.

\

Berikut 3 sebab utama anda harus beli HONOR X6.

1. Pengalaman Lancar dengan Penstoran Besar 128GB

HONOR X6 menyokong penstoran dalaman 128GB, cukup untuk menampung simpanan gambar dan video dalam jumlah piksel yang besar. Penstoran MicroSD 1TB yang boleh dikembangkan memenuhi pelbagai kehendak pengguna memberi pengalaman yang lancar dan pintar untuk memiliki HONOR X6. Rakamlah apa sahaja video dan gambar untuk dimasukkan dalam kapasiti memori sebegitu besar!


2. Rekaan Sistem Kamera 50MP Mengagumkan untuk Merakam Detik Indah

HONOR X6 mempunyai ciri-ciri sistem tiga kamera belakang iaitu Kamera Utama 50MP, Kamera Makro 2MP dan Kamera Kedalaman 2MP. Kombinasi kamera menakjubkan ini membolehkan pengguna menangkap dan merakam kenangan dengan mudah mengikut kreativiti masing-masing di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Merancang untuk melepak di kafe atau bar pada hujung minggu ini? Bakal ke percutian yang dinanti-nantikan? Guna HONOR X6 untuk rakam momen-momen terindah tersebut!

3. Bateri Tahan Lama 5000mAh Untuk Ketersambungan Sepanjang Hari

HONOR X6 dimuatkan dengan bateri 5000mAh membolehkan tontonan video dalam talian selama 17 jam, melayari media sosial sehingga 18 jam dan juga melayan muzik tanpa henti selama 31 jam, semuanya dengan hanya sekali cas sahaja bagi penggunaan sehingga dua hari. Jangan tunggu lagi, ini masanya untuk tonton Netflix tanpa henti dan menangi 'Chicken Dinner' ketika bermain PUBG!

Harga dan Pilihan

HONOR X6 ditawarkan dalam dua warna menyerlah iaitu Titanium Silver dan Ocean Blue pada harga bajet RM599. Layari laman web HIHONOR.COM atau kunjungi kedai HONOR terdekat untuk mendapatkan HONOR X6 pada 7 Oktober ini!

Untuk maklumat terkini tentang HONOR X6 dan produk HONOR, sila layari laman web www.hihonor.com