Terkini | New

MAJLIS PENUTUP PROGRAM PENDAKIAN 121 PUNCAK ( FORESTRY 121 PEAKS ) SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 121 JPSM KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI.

MAJLIS PENUTUP PROGRAM PENDAKIAN 121 PUNCAK ( FORESTRY 121 PEAKS ) SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 121 JPSM KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI.


Kementerian Tenaga dan Sumber Asli ( KeTSA ) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
( JPSM ) telah menganjurkan Program Pendakian 121 Puncak ( Forestry 121 Peaks ) sempena sambutan ulang tahun ke - 121 JPSM yang disambut pada 16 Oktober setiap tahun . Program Pendakian 121 Puncak ( Forestry 121 Peaks ) ini diadakan secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia pada hari ini.




Program ini dilaksanakan JPSM dengan kerjasama Malim Gunung Perhutanan ( MGP ) yang dilatih oleh JPSM di bawah Program Reskill - Upskill Latihan Ekopelancongan Sumber Asli , KeTSA dan sokongan oleh Jabatan Perhutanan Negeri ( JPN ) sebagai inisiatif JPSM memperkenalkan MGP kepada masyarakat awam sebelum penguatkuasaan penggunaan MGP dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Negeri pada tahun 2023. Ianya akan memberikan peluang dan impak kepada orang awam dalam melakukan aktiviti pendakian secara selamat .


YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut hadir bagi merasmikan Majlis Penutup Forestry 121 Peaks di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.


Sebanyak 165 lokasi pendakian Gunung dan Bukit telah didaftarkan hari ini yang dikendalikan oleh JPSM bersama MGP dan komuniti rekreasi . Bilangan kawasan pendakian mengikut negeri ialah Perak ( 30 ) , Selangor ( 29 ) , Johor ( 28 ) , Pahang ( 22 ) , Kelantan ( 15 ) , Negeri Sembilan ( 13 ) , Kedah
 ( 10 ) , Terengganu ( 9 ) , Melaka ( 4 ) , Pulau Pinang ( 2 ) , Perlis ( 1 ) dan Sabah ( 2 ) yang disertai seramai lebih 5,000 orang pendaki .


Rekod peserta teramai yang dicatatkan pada hari ini ialah di Selangor iaitu seramai 1,195 peserta . Tahniah kepada JPSM kerana berjaya melakar sejarah dalam mencatatkan rekod baru pada hari ini yang telah berjaya memecah rekod 60 puncak yang telah dicipta oleh UiTM pada tahun 2017 .





Melalui program ini juga , JPSM telah merekodkan Malaysia Book of Records ( MBOR ) iaitu di bawah kategori Most Simultaneous Mountain Ascents iaitu mendaki sebanyak 121 puncak gunung / bukit dalam kawasan HSK secara serentak terbanyak pada 16 Oktober 2022 .

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.ketsa.gov.my