Terkini | New

Malaysia Cocoa & Chocolate Day 2022 ( MCCD 22)

Malaysia Cocoa & Chocolate Day 2022 ( MCCD 22)

Malaysia Cocoa & Chocolate Day 2022 ( MCCD 22) telah berlansung dengan meriah pada 14 hingga 16 Oktober 2022 di Hall 1 , Mid Valley Exhibition Centre ( MVEC ) , Mid Valley Megamall.

Malaysia Cocoa & Chocolate Day 2022 ( MCCD 22) telah berlansung dengan meriah pada 14 hingga 16 Oktober 2022 di Hall 1 , Mid Valley Exhibition Centre ( MVEC ) , Mid Valley Megamall , Kuala Lumpur adalah bersempena dengan sambutan Hari Koko Sedunia yang diadakan pada 1 Oktober setiap tahun .


Majlis perasmian Malaysia Cocoa & Chocolate Day (MCCD) 2022, di MVEC KL, disempurnakan oleh Pengerusi LKM, Puan Rahimah Majid. Ketua Pengarah LKM, Dr Ramle Hj Kasin telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (P) KPPK En Abdul Hadi Omar dan Setiausaha Bahg Pembangunan Industri Koko & Lada (IKL) KPPK En Cheah Chee Fong.





Dengan penyertaan 31 syarikat usahawan , pengusaha dan pengilang coklat dan produk - produk koko serta syarikat pembekal peralatan , pembungkusan dijangka dapat menarik kehadiran 10,000 ribu orang pengunjung dengan anggaran hasil jualan melebihi RM100,000 di sepanjang tempoh 3 hari program ini berlangsung.




lanya merupakan program di bawah Skop Program Bersepadu Penggunaan Koko bertujuan untuk meningkatkan penggunaan koko di kalangan pengguna tempatan di samping mengikis salah tanggapan terhadap produk - produk koko melalui penyebaran fakta dan maklumat yang tepat mengenai pelbagai khasiat , kebaikan dan kegunaan koko dan produk - produk koko .




MCCD 22 turut memberi fokus kepada mempromosikan produk - produk koko keluaran usahawan tempatan , syarikat - syarikat pengilang , pembekal mesin dan peralatan serta institusi kulinari yang menawarkan program - program kemahiran dalam bidang kulinari dan bakeri .


Program ini adalah satu inisiatif pemangkin kepada pertumbuhan industri koko dalam mempromosikan produk coklat keluaran tempatan untuk memperkasakan industri hiliran koko di Malaysia . Penganjuran MCCD pertama kali dianjurkan pada tahun 2010 , seterusnya pada tahun 2011 dan dijadikan acara dwi tahunan bermula pada tahun 2012 serta berjaya dilaksanakan sehingga tahun 2016.





Penganjuran MCCD pada tahun 2022 perlu dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan kepada aktiviti - aktiviti promosi domestik dan sebaran maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada pengguna dan pengunjung tempatan .






Untuk maklumat lanjut sila layari laman web di www.koko.gov.my dan facebook : https://www.facebook.com/LKM.gov