Terkini | New

Pembukaan Rasmi Kedai Merchandise Premium Liverpool FC

Pembukaan Rasmi Kedai Merchandise Premium Liverpool FC

Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. melangkah setapak lagi dengan merasmikan kedai merchandise premium Liverpool FC (LFC Brand Store) yang pertama di Malaysia.


Menurut En. Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Ikhsan Sports, “Sebagai peneraju barangan sukan terunggul di Malaysia yang kompetitif, kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan kami.



Kami menjangkakan LFC Brand Store ini bakal menjadi hub utama untuk semua penyokong kelab tersebut di mana mereka boleh mendapatkan kesemua koleksi premium LFC di sini. Sunway Pyramid dipilih sebagai lokasi pertama kerana kedudukannya yang strategik dan boleh diakses dengan mudah oleh warga Lembah Kelang.”


Selain daripada barangan rasmi LFC, Al-Ikhsan sebagai “Brand Licensee” LFC turut menyediakan koleksi mampu milik yang direka khas untuk para penyokong kelab tersebut. Koleksi itu merangkumi jersi, baju polo T, jaket, baju T, payung, beg silang, replika bola sepak serta pelbagai barang yang menarik akan dijual pada julat harga serendah RM9.00 sehingga RM1,399 bagi jersi yang ditandatangan khas oleh pemain-pemain kelab itu.



Pembukaan LFC Brand Store ini turut mendapat sokongan yang positif dan sangat dialu-alukan oleh tiga kelab penyokong utama iaitu KL Kopites, All Reds Malaysia dan Kinabalu Reds.

Perasmian LFC Brand Store ini turut dihadiri oleh pemain legenda kelab popular itu iaitu Sami Hyppia. Terdahulu, Sami telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan USJ 12 di Subang Jaya bagi berkongsi pengalaman beliau serta ilmu sukan bola sepak bersama pelajar-pelajar di sekolah berkenaan.

Kunjungan Sami ke Malaysia turut dipenuhi dengan sesi beramah mesra bersama penyokong LFC pada 1 Oktober 2022 bertempat di Pintu Utama Sunway Pyramid, 10 pagi.