Terkini | New

Filem BIKO Kisah Cita-Cita Dan Keluarga Menanti Anda Di Pawagam 13 Oktober 2022

Filem BIKO Kisah Cita-Cita Dan Keluarga Menanti Anda Di Pawagam 13 Oktober 202

Tayangan perdana filem drama romantik berjudul " BIKO " telah diadakan baru - baru ini . Biko bakal ditayangkan kepada umum di pawagam seluruh negara mulai Khamis , 13 Oktober 2022.


Biko menampilkan barisan pelakon seperti Azrel Ismail , Sara Ali , Josiah Hogan dan juga pelakon cilik yang baru meningkat naik iaitu Syed Irfan . Tidak ketinggalan , penyanyi yang terkenal dengan lagu - lagu dangdut iaitu Baby Shima turut menjadi pelakon utama di dalam filem ini .


Pengarah filem Biko , Teng Bee pernah mengarahkan filem biografi " Lee Chong Wei : Rise Of The Legend " . Biko mengisahkan tentang seorang bapa tunggal , Izwan yang telah lama mengimpikan kehidupan yang selesa untuk anaknya , Biko . Sebagai seorang pemandu lori , Izwan berusaha untuk membeli sebuah rumah namun setelah ditipu seorang broker , impian memiliki rumah . kini tertangguh . Keadaan jadi semakin rumit apabila mereka telah dihalau keluar daripada rumah sewa mereka kerana gagal membayar sewa . 

Kerana kesempitan wang , Izwan dan Biko terpaksa menetap di dalam lori . Sherry , rakan baik Izwan serta ibu angkat Biko , membawa Biko ke uji bakat penggambaran muzik video penyanyi popular antarabangsa , Sara . Tanpa diketahui oleh orang lain , Izwan dan Sara mempunyai kisah silam bersama . 

Filem ini juga dipersembahkan oleh Multimedia Entertainment , GSC , Astro , Six Fun Media bersama BONIA dan CUCKOO dengan sokongan bersama Codi Cafe , 7 Days dan KHI . Nantikan di pawagam berhampiran anda bermula13 Oktober 2022.