Terkini | New

Cakra Khan Lancarkan 'A Decade' Concert Live In Plenary Hall KLCC Pada 20 Januari 2023

Cakra Khan Lancarkan 'A Decade' Concert Live In Plenary Hall KLCC Pada 20 Januari 2023.



Konsert A Decade: Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2023 anjuran Seven Skies Motion bakal merupakan konsert sulung pertama penghibur berusia 30 tahun yang popular dengan penyanyi lagu Harus Terpisah turut mengumumkan akan mendedikasikan segmen istimewa sebagai penghargaan atas jasa arwah ayahnya yang memberi sokongan kepadanya untuk menceburi arena seni.



Cakra Khan Penyanyi popular Indonesia, kembali ke negara ini dengan berita gembira apabila merancang mengadakan konsert di Plenary Hall, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur pada 20 Januari tahun depan.


"Banyak hal yang terjadi pada waktu itu sehingga sukar diungkapkan. Saya memang ada di hospital menemani ayah sewaktu dia sedang sakit. Suatu hari saya mahu memenuhi jemputan nyanyian dan tiba-tiba diberitahu keadaan kesihatan ayah tiba-tiba merosot.


"Saya tidak berfikir panjang ambil keputusan batalkan show dan patah balik ke hospital. Sebaik sampai di situ, ayah sudah meninggal dunia dan perasaan saya ketika itu sangat berkecamuk," katanya pada sidang media Konsert A Decade: Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2023


Katanya, kebajikan kakitangan yang setia sejak bertahun-tahun lalu lebih diutamakan hingga dia sanggup memilih melepaskan barangan peribadi berikutan kegawatan ketika itu. Saya kasihan dan tak mahu melihat mereka berhenti. Saya kena fikir alternatif lain yang boleh membantu meneruskan kelangsungan mereka. Paling mudah adalah dengan menjual barangan kurang penting termasuk jam tangan,” katanya.






Cakra Khan 'A Decade' Concert Live In Kuala Lumpur pada 20 Januari 2023 Di Plenary Hall, KLCC. Antara artis jemputan pembukaan Konsert ialah Aina Abdul, Ade Govinda dan Khai Bahar. 

Tiket boleh didapati di Ticket2u.com.my dan Radio Rasmi ERA!