Terkini | New

SPRITZER MENANG ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA 2022

SPRITZER MENANG ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA 2022 

Jenama air terbaik Malaysia menang anugerah nasional buat kali kelapan berturut-turut.

Kiri-Kanan, Winnie Chin, Pengurus Kumpulan Perhubungan Awam dan Kelestarian Spritzer Bhd dan Richard Rowles, Pengerusi Forum Penjenamaan Dunia .

SPRITZER dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Syarikat telah memenangi Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2022-2023 untuk kategori air peringkat nasional, bagi kali kelapan (08) berturut-turut. Program pengiktirafan anugerah berprestij ini dianjurkan dan dinilaikan oleh Forum Penjenamaan Dunia.

Anugerah nasional telah disampaikan kepada Spritzer pada 3 November 2022 di Kensington Palace, London. Edisi ke-15 Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2022-2023 menyaksikan lebih daripada 3,500 jenama yang dicalonkan dari lebih 45 negara dalam pelbagai kategori di bawah tiga peringkat - global, serantau dan nasional, dengan hanya 250 jenama diisytiharkan sebagai pemenang.

Anugerah ini dinilai secara unik melalui tiga aliran, dengan setiap aliran menyumbang peratusan kepada jumlah skor. Penilaian jenama dan pengundian dalam talian awam masing-masing menyumbangkan 30% dan penyelidikan pasaran pengguna pula menyumbangkan 40%. Hanya satu anugerah nasional akan diberikan kepada jenama dari setiap kategori produk atau perkhidmatan dari negara peserta.

Spritzer ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengguna, pembekal, dan rakan perniagaan setia mereka atas sokongan selama ini. Pihak pengurusan juga ingin merakamkan penghargaan kepada pekerja Spritzer yang bertungkus lumus untuk menjayakannya. Tidak dapat dinafikan, anugerah ini adalah salah satu pengiktirafan bagi kualiti air mineral semulajadi Spritzer

Sumber air mineral semulajadi Spritzer yang kaya dengan silika diekstrak daripada akuifer bawah tanah di tapak seluas 390 ekar yang terletak di Taiping, Perak berdekatan dengan hutan hujan tropika. Spritzer berjanji akan sentiasa menawarkan kualiti terbaik kepada pengguna serta aktif dalam menyokong inisiatif komuniti.

Mengenai Spritzer Bhd

Kumpulan Syarikat Spritzer terdiri daripada sejumlah lapan anak syarikat perniagaan, yang mengkhusus dalam pembuatan dan pengedaran air mineral semulajadi, air mineral semulajadi berkarbonat, air minuman suling, minuman berperisa buah-buahan tidak berkarbonat dan minuman berperisa buah-buahan. Syarikat ini telah beroperasi selama lebih 30 tahun, dan merupakan pengeluar air botol terbesar di negara ini dan satu-satunya tersenarai di Bursa Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.spritzer.com.my