Terkini | New

Subang Parade Meraikan Musim Bola Sepak

Subang Parade Meraikan Musim Bola Sepak

Mengalu-alukan komuniti untuk musim bola sepak 2022

Subang Parade, sebuah hartanah teras milik Hektar REIT, dengan sukacitanya mengumumkan permulaan Football Fever 2022 untuk meraikan Musim Bola Sepak .


Bagi meraikan Musim Bola Sepak 2022, Subang Parade telah menyediakan pelbagai aktiviti mesra keluarga di zon legar pusat dari 26 November hingga 11 Disember, yang merangkumi Shoot For Glory, Persembahan Bola Sepak Gaya Bebas, Kelas Kemahiran Bola Sepak dan Pertandingan Futsal 3vs3 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun.


Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya YB Michelle Ng Mei Sze, Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Korporat daripada Hektar Reit Puan Zarina Halim, dengan penghadirian pemain bola sepak profesional Malaysia Shivan Pillay.


Puan Zarina Halim berkata, “Ini merupakan peluang yang sangat baik untuk ahli keluarga datang beramai-ramai bersama-sama bermain permainan dan bergembira bersempena cuti sekolah yang baru bermula. Subang Parade adalah merupakan sebuah pusat beli-belah komuniti dan sejajar dengan fokus kami dari aspek sosial berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (“ESG”), keutamaan kami adalah untuk memberikan pengalaman membeli belah dan mempromosikan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan penglibatan kesejahteraan fizikal oleh komuniti. Ini selaras dengan komitmen pihak kami kepada Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ketiga iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (UNSDG 3).”


Shivan berkata, “Demam Bola Sepak ini adalah platform yang baik untuk mempromosikan sukan bola sepak bukan sahaja sebagai permainan tetapi sebagai sukan untuk kehidupan sihat di kalangan kanak-kanak. Ia juga mengajar mereka persaingan sihat dan makna kerja berpasukan dan pada masa yang sama kemahiran dalam cara menendang bola, menghantar bola dan bermain sebagai satu pasukan.


Antara aktiviti yang menarik adalah cabaran “Shoot for Glory” di mana pembeli boleh memenangi hadiah lumayan dengan merembat bola ke sasaran. Hadiah-hadiah lumayan bernilai lebih RM10,000 yang disediakan adalah 70 inci LG 4k TV, Samsung S22, Apple Watch SE dan 5 x hadiah saguhati. Sepanjang tempoh kempen, akan ada persembahan bola sepak gaya bebas, klinik bola sepak disediakan untuk kanak-kanak dan dewasa serta pertandingan timbang bola setiap hujung minggu dari 7pm – 9pm malam.



Aktiviti yang paling menarik adalah pertandingan Futsal 3 lawan 3 pada 10 dan 11 Disember 2022 yang diadakan di kawasan legar pusat beli-belah. Peraduan futsal ini dibuka kepada kanak-kanak dalam dua kumpulan umur – 7 hingga 9 dan 10 hingga 12. 




Pertandingan tersebut telah menerima sambutan yang memberasangkan dan sekurang-kurangnya 24 pasukan akan bertanding untuk bagi setiap kategori umur. Semua aktiviti bola sepak yang dinyatakan di atas tertakluk kepada terma dan syarat.