Terkini | New

KEDUTAAN REPUBLIK KOREA MENGANJURKAN FESTIVAL FILEM KOREA 2022

KEDUTAAN REPUBLIK KOREA MENGANJURKAN FESTIVAL FILEM KOREA 2022

“Festival filem selama 3 hari yang menawarkan filem-filem Korea secara percuma kepada khalayak Malaysia”


Festival Filem Korea 2022 kembali ke tanah air di GSC Mid Valley Megamall mulai 25 hingga 27 November ini, dengan membawakan filem-filem box office terhangat ke layer perak untuk khalayak penggemar filem.


Seperti tahun-tahun sebelumnya, Festival ini dibawakan khas oleh Kedutaan Republik Korea yang menayangkan filem-filem terbaik Korea. Festival ini juga ditayangkan semasa pandemik pada tahun lepas.


Untuk tahun ini, Kedutaan telah memilih enam filem daripada pelbagai genre termasuk komedi, aksi dan drama bersejarah, yang menyerlah dan menunjukkan pelbagai aspek sejarah, masyarakat dan kebudayaan moden Korea.



"Little Forest," dibintangi Kim Tae Ri yang dikenali melalui drama Korea popular <Twenty five-twenty one> dan <Mr. Sunshine>, mengisahkan tentang seorang wanita muda yang bosan dengan kehidupannya yang serba bermasalah di bandar besar dan berpindah pulang ke kampung halamannya. Di sana, dia merawat luka emosi dengan bantuan alam semula jadi, makanan dan kawan-kawan lamanya.


"A Taxi Driver," ialah filem Korea Selatan yang ke-17 memecahkan rekod box-office negara tersebut dengan 10 juta penonton – jumlah yang besar dibandingkan dengan jumlah penduduk negara tersebut seramai 50 tahun. Pelakon Song Kang-ho membawa peranan sebagai pemandu teksi yang secara tidak sengaja menyaksikan dan terlibat dengan kekejaman Pemberontakan Demokratik Gwangju pada 1980 semasa membawa wartawan asing untuk sejumlah besar wang tunai. Filem aksi bersejarah ini telah memenangi beberapa anugerah termasuk Filem Asing Terbaik 2018 Grownups Award dan Filem Terbaik Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea pada 2018.


"Fengshui," ialah sebuah drama sejarah tentang perebutan taktha dan pergelutan mengenai makam, serta kisah seorang lelaki muda yang ingin membalas dendam terhadap raja setelah kehilangan keluarganya. Filem ini mengisahkan tentang pakar fengshui yang boleh meramal tanah manakah yang boleh membuahkan hasil, dan kelompok individu di sekitarnya yang bersaing untuk menduduki tanah tersebut untuk mengubah nasib mereka dan diangkat sebagai raja.



"Assassination" yang dibintangi pemenang Anugerah Emmy Lee melalui <Squid Game> Jung Jae, dan Gianna Jun(Jun Ji-hyun). Filem ini ditetapkan pada zaman awal dekad 1900-an semasa pendudukan Jepun di Korea. Ramai aktivis penentang Korea lari ke China untuk mengelak daripada ditangkap dan plot pembunuhan ini ditumpukan terhadap organisasi pro-Jepun dengan cita-cita besar untuk mencapai kemerdekaan buat Korea.


"I Can Speak," ialah sebuah filem komedi drama yang menceritakan kehidupan seorang ‘survivor’ perhambaan seks zaman perang Jepun semasa zaman pendudukan Jepun (1910-1945). Na Moon-hee telah memenangi beberapa anugerah aktres terbaik atas peranan beliau melakonkan watak “wanita pendamping”, iaitu istilah tersembunyi bagi mangsa keganasan perhambaan seksual Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

"My Paparotti," ialah sebuah filem yang diinspirasi daripada kisah benar tentang persahabatan istimewa antara seorang gangster sekolah tinggi dan guru muzik yang menggalakkannya mencapai impian menjadi seorang penyanyo seperti penyanyi tenor terkemuka, mendiang Luciano Pavarotti.

Kedutaan Republik Korea mempelawa khalayak Malaysia dan antarabangsa untuk mengambil peluang menonton pertunjukan sinematografi ini. Layari laman sesawang pawagam GSC di www.gsc.com.my atau aplikasi mudah alih GSC untuk mendapatkan tiket berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’ pada 21 November (Isnin).


Selain itu, tiket juga boleh ditebus di kios tiket di GSC Mid Valley. Semua filem yang ditayangkan semasa Festival Filem Korea 2022 ini boleh ditonton secara percuma (surcaj tempahan 50 sen akan dikenakan). Kunjungi www.gsc.com.my untuk maklumat lanjut dan jadual filem.