Terkini | New

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim Merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022)

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim Merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022)


Tahniah di atas penganjuran dan perasmian yang meriah oleh Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim Merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022). Penganjuran HPPK2022 menjadi bukti penghargaan kerajaan kepada golongan penjaja dan peniaga kecil bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). 


Seramai 2,500 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara hadir ke HPPK2022 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).


HPPK disambut pada 18 November setiap tahun dan ini merupakan tahun kesepuluh sambutan di peringkat kebangsaan. Konvensyen HPPK2022 disertai rakan strategik KUSKOP seperti Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Gabungan Persatuan dan Penjaja Malaysia (G3PM), Yayasan Peniaga Kecil dan Penjaja Malaysia serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil India di negeri Selangor.



Perdana Menteri menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Peserta Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil kepada 16 orang penerima yang berjaya menunjukkan kemajuan memberangsangkan dalam perniagaan setelah mengikuti latihan melalui program keusahawanan anjuran KUSKOP.


Manakala Anugerah Khas Jasamu Dikenang diberikan kepada Allahyarham Dato’ Haji Ramli bin Norani iaitu mantan Presiden GPPPKMM dan juga ahli Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil (M3PK) sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperjuangkan nasib komuniti penjaja dan peniaga kecil di Malaysia sejak tahun 2012.



Terlebih dahulu Perdana Menteri di dalam ucapan perasmiannya mengucapkan syabas kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil yang memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara. 



Beliau turut menyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan untuk terus komited menyediakan sebuah ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif kepada komuniti ini serta menzahirkan keyakinan terhadap KUSKOP untuk menerajui agenda keusahawanan negara selaras Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030).




Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick dalam  majlis yang sama menyatakan komitmen KUSKOP untuk terus membantu memperkasa golongan penjaja dan peniaga kecil selaku penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara. 

Hadir bersama di majlis perasmian adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami dan YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP.



Pengisian program menarik telah disediakan sepanjang konvensyen antaranya adalah seperti :

Rakan Strategik
- Pameran agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan
Klinik Usahawan HPPK 2022
- Sesi konsultansi agensi keusahawanan
Gerak Usahawan Nasional
- Pameran dan jualan produk usahawan
Bicara Program Caknan Bantu Peniaga Kecil
- Peranan agensi KUSKOP membangunkan penjaja dan peniaga kecil)
Sesi Perkongsian Peserta Program KUSKOP
Bicara Usahawan Berjaya
- Kisah kejayaan perserta program KUSKOP



Turut memeriahkan konvensyen HPPK2022 pameran dan jualan produk usahawan yang berada di hadapan pintu masuk konvensyen. Semoga HPPK2022 membawa impak dan manfaat yang positif kepada penjaja-penjaja dan peniaga kecil demi pembangunan ekonomi negara yang lebih mampan.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial media di https://www.kuskop.gov.my/ dan https://www.facebook.com/OfficialKUSKOPMalaysia/