Terkini | New

YHB Sleepsalot Kini Muncul Dengan Single Terbaru Berjudul Tukar Currency

YHB Sleepsalot Kini Muncul Dengan Single Terbaru Berjudul Tukar Currency

YHB Sleepsalot, Bintang rap dari negara jiran Singapura kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Tukar Currency. Ianya adalah lagu melayu terbaru YHB pada tahun 2021 setelah penerimaan yang cukup baik dari lagu terdahulu Jatuh Boi. 


Lebih mengagumkan YHB telah mula menulis lagu seawal umur 13 tahun dan melancarkan muzik sendiri pada 16 tahun menggunakan rentak yang ditemuinya menerusi YouTube selain mempelajari sendiri produksi penghasilan lagu. Minat dan semangat yang cukup jarang dimiliki dikalangan anak-anak muda.



Mewarisi bakat seni dari ayahnya yang juga seorang drummer untuk pasukan polis satu masa dulu, YHB sememangnya suka menerokai pelbagai genre muzik seperti R&B dan tidaklah hanya pada rentak hip hop sahaja.


Lagu ciptaan YHB Sleepsalot iaitu Karabujan pernah meraih perhatian ikon hip hop serantau iaitu SonaOne dan ALYPH. Begitu juga dengan lagu Terminal dan Blow Up yang memasuki senarai lagu dimainkan di Spotify's New Era: Asian Hip Hop. Bukan itu sahaja, bakat muda ini pernah terpilih menjadi artis pembuka tirai persembahan penyanyi rap terkenal serantau termasuk MK K-Clique, Kidd Santhe, dan Tuju K-Clique.



Single Terbaru Tukar Currency
Penyanyi yang baru berusia 21 tahun ini cukup teruja dengan penghasilan lagu Tukar Currency memandangkan ianya adalah inpirasi daripada pengalaman sebenar. Tukar Currency berkisarkan tentang perasaan YHB sendiri apabila dapat berkunjung ke Malaysia setelah sekian lama berada dalam fasa pandemik. Karya ini juga mendapat snetuhan daripada SonaOne dan anggota FORCEPARKBOIS iaitu Nakalness.

Lagu Tukar Currency ini adalah menggunakan rentak 'breezy trap' yang dicipta RIIDEM yang mana YHB sendiri turut merakamkan perjalanannya dan sambil selitkan juga metafora berkisarkan kemewahan, kesungguhan dan kuasa. Liriknya juga agak catchy dan bersahaja, antaranya seperti "Kalau ambil L aku tambah jadi V, Ini adalah terjemahan daripada "If I evenr take an L (loss), I'll bounce back and turn it back up"



Pengambaraan muzik video (MV) Tukar Currency telah diadakan di sekitar ibukota yang juga ada menampilkan penyanyi Nakalness di dalam muzik video beliau.


Tukar Currency kini boleh ditonton di semua platform digital menerusi Universal Music.Jom temui YHB Sleepsalot bersama artis-artis Universal Music hebat yang lain di Uni-Verse Fest Finale di Kolej Melati UiTM Shah Alam pada 16 Disember 2022 ini. Tahniah kami ucapkan semoga bertambah maju jaya.