Terkini | New

BY CHEFIZA (BCF) MEMPERKENALKAN DUTA JENAMA BAHARU PELAKON TERKENAL UMMI NAZEERA

BY CHEFIZA (BCF) MEMPERKENALKAN DUTA JENAMA BAHARU PELAKON TERKENAL UMMI NAZEERA


Tahniah kepada By Chefiza (BCF) bagi meraikan pelancaran duta jenama empayar produk muslimah yang mudah dan mampu milik. By Chefiza (BCF) telah menganjurkan satu majlis pelancaran ‘Ambassador Signing Ceremony’ diantara By Chefiza (BCF) bersama pelakon terkenal Ummi Nazeera, bertempat di White Sand Cafe, Empire Damansara.


Pemilihan Ummi Nazeera sebagai duta disebabkan dia menepati konsep jenama By Chefiza (BCF) iaitu bersahaja, mematuhi syariah dan menepati profil By Chefiza (BCF). Pada majlis tersebut, By Chefiza (BCF) turut menyampaikan aktiviti kempen ‘Buat Duit Raya Bersama BCF’ serta membina pendedahan dikalangan komuniti Reseller BCF yang bertujuan untuk menarik lebih ramai wanita untuk menggunakan produk keluaran By Chefiza (BCF). Walaupun By Chefiza (BCF) mempunyai butik sendiri, namun penyebaran rangkaian ke pelanggan melalui sistem “reseller” adalah kaedah utama yang digunakan oleh By Chefiza (BCF), iaitu sebanyak 99%.


Bukan itu saja, melalui kempen ini juga, By Chefiza (BCF) komited untuk membantu ramai orang di luar, terutamanya golongan wanita yang tidak bekerja. Betapa pentingnya nilai “kebebasan” itu bagi pengasas By Chefiza (BCF) menyebabkan beliau ingin memberi peluang kepada golongan wanita ini dengan menyediakan platform untuk mereka bebas menjana pendapatan sendiri supaya mereka bebas dari segi kewangan, bebas untuk berbelanja menggunakan hasil titik peluh sendiri, bebas untuk membantu suami, dan bebas untuk memberi kehidupan yang baik untuk diri dan anak-anak.


Dengan perlantikan Ummi Nazeera sebagai duta, ditambah lagi dengan kempen raya yang bakal menampilkan pelakon yang kini popular menerusi drama ‘Rindu Kasih’, By Chefiza (BCF) yakin dapat meraih kepercayaan lebih ramai wanita diluar sana. 


Selain itu, pengasas BCF, Puan Chefiza turut berkongsi aktiviti-aktiviti pemasaran yang akan berlangsung sepanjang tahun 2023 termasuk Program TV di Turki dan ‘Award Dinner’ yang bakal berlangsung pada awal Februari ini. Puan Chefiza juga memperkenalkan strategi ‘Go To Market’ yang akan diimplementasikan untuk tujuan memasarkan produk By Chefiza (BCF) dengan lebih efektif.


Diasaskan oleh Che Nurul Hafizah binti Che Zulkifli yang lebih dikenali sebagai Puan Chefiza dan suaminya, Muhammad Fitri Abdul Razak selaku pengasas bersama, By Chefiza Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 14 Jun 2019. Kini, By Chefiza Sdn. Bhd. semakin berkembang dan sudah mempunyai sebuah kilang pengeluaran sendiri di Pengkalan Chepa, Kelantan dengan dibantu hampir 60 tukang jahit bagi memenuhi permintaan hampir 11,000 ejen yang membabitkan enam cawangan di seluruh negara, serta ibu pejabat yang terletak di PT 354 (Tingkat Bawah), Rumah Kedai Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Sekitar 80 pekerja kini bekerja di bawah naungan By Chefiza Sdn. Bhd.


Nilai produk yang diperkenalkan oleh By Chefiza (BCF) iaitu dengan menghasilkan busana muslimah yang punya tujuan di samping mendapat keredhaan Allah SWT yang mengkhususkan menjual pakaian yang menepati syariah mampu memberikan rasa kebebasan kepada pelanggan, terutamanya bagi yang berhijab dan juga seorang wanita berkerjaya yang ingin bergaya dan merasai perasaan “kebebasan” itu.


Produk terawal iaitu ‘Snowcap Berhantu’, dengan modal yang sangat sederhana telah terjual lebih dari 1,000,000 helai, sejurusnya menjadi penanda aras impian dan sebab utama impian By Chefiza untuk menjual produk muslimah yang mudah dan mampu milik khas buat kaum muslimah, terutamanya tudung. Chefiza amat menitikberatkan nilai kebebasan, selari dengan pelancaran koleksi terbaru jenamanya pada musim raya nanti.


Produk By Chefiza (BCF)




1. Tudung
a. The Souk Classic
b. The Souk Premium
c. The Souk Luxe
d. The Souk Primadona
e. The Souk Modish
f.  The Souk Harameen
g. The Souk Printed
h. Bawal Souk Lofty
i.  Mini Souk
j.  Shawl Souk




2. Stokin
a. Soukin Straight Cut
b. Soukin V-Toe Cut




3. Handsock
a. Handsouk



4. Inner neck
a. Inner Neatneck
b. Inner Neattie



5. Snowcap
a. Snowcap Kid
b. Snowcap Dewasa


Antara visi By Chefiza (BCF) adalah menjadi penyedia penyelesaian pilihan kepada pakaian serba boleh yang menggunakan fabrik terkini dan canggih yang diinovasikan untuk keselesaan dan gaya yang diingini. 

Manakala misi pula sebagai penyedia penyelesaian pakaian yang menghasilkan pakaian yang menekankan keselesaan menggunakan fabrik terkini dan canggih dengan kualiti yang sangat baik berbanding dengan kemampuannya. Berhasrat untuk menyumbang ke arah memperkukuhkan keupayaan negara yang membolehkan pencapaian global melakarkan kebanggaan di peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sosial media untuk sebarang maklumat dan pembelian.


Tiada ulasan

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)